Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Monday, April 30, 2012

Drama yang akan ditayangkan...

hai ASSALAMUALAIKUM....

tetibe hari ni aku macam nak update pasal beberapa filem dan drama yang aku dah preview. memandangkan aku kene buat offline untuk cerita yang akan disiarkan kat TV2. so, kat sini aku listkan beberapa drama dan filem yang aku rasa best. 

1. Sepatu merah. drama ni arahan Erma Fatima dan pelakon dia Umie Aida dan Ku Haris. Boleh tahan cite die. drama ni sempena hari ibu nanti. Not bad la. Sedih. pelakon yang jadi anak umie aida ni memang talented. dia bawak watak cam sengal sket. Tapi aku xpenah tengok mamat ni berlakon sebelum ni. entah la. xpasan plak. sinopsis?haha..kena la tengok sendiri...tapi kalau korang tengok tajuk pon taw da kan!! Tarikh tayangan die x bape ingt nt aku update..

2.Teppanyaki. filem cina. sumpah kelakar weyh. aku gelak gile sorang-sorang masa tengok cite ni. die pasal restoran dan seorang chef yang sengal dan gatal. pantang tengok pompuan cantik. macam-macam la gelagat dia ni.. x kering gusi korang tengok. tarikh tayangan 4 may 2012.

3. Cempaka Dahlia. drama khas hari guru. mula-mula aku tengok tajuk macam boring. nak tak nak kene tengok gak.. tapi kelakar gila weyh. budak-budak sekarang memang talented. pandai berlakon.. aku tengok tergelak-gelak.. pelakon dia Darling ngasri, Maimon Mutalib dan pelakon yang aku x bape kenal sangat. tapi korang tengok lah..lawak cite die. tarikh tayangan 15 may 2012.

4. Ku sangka siang kiranya malam. yang ni mula-mula die best gile.. tapi ending die cliche. kite boleh agak. tapi story line dia best. dialog dia cam spontan dan aku suka lakonan Fauzi nawawi yang bersahaja walaupun aku xminat dia sangat. lawak spontan bukan dibuat-buat. kalau korang tengok tajuk dia macam cite sedih kan? tapi x sebnanye... kisah pompuan ni yang terlalu ego dan berlagak last2 jatuh cinta dengan lelaki kampung.. watak perempuan ni dilakon kan oleh Dira Abu Zahar. best2..

Saturday, April 28, 2012

Stalker..

Assalamualaikum..

hey, kadang-kadang bila aku baca balik previous entry aku sume. Perghh, serius mengarut dan tah pape. Tapi sayang nak delete sebab kot-kot kalau aku tengok balik 3-4 tahun nanti mesti yang aku macam orang gile gelak sorang-sorang.haha.. sebab sekarang pon aku dah gelak cam orang gile ni apetah lagi nanti..konon....

Nevermind, tapi arini tetibe je aku rasa cam nak cite pasal stalker. Hobi aku yang satu ni memang pelik sebab sometimes bile aku buka fb ke konfem, pasti, guarantee aku akan stalk orang. dan sekarang aku terbawak bawak perangai gila aku ni kat tempat kerja...say watttttt!!!!! dulu penah sekali taw aku jadi stalker yang berjaya pastu kantoi dowh..yang bestnye aku bawak gang eh stalk senior aku masa kat UITM dulu..last last kantoi..tahniah pada diri sendiri sebab konfem r bila da kantoi malu..tapi kan, bila kita macam minat kat sumone ni, minat je ea bukan hape pon..then, kawan kite lak excited.. pastu yang kantoi nye sebab diorang la... erm, tapi serius kelakar sebab macam diorang lak yang minat senior tu..aku relax je..cool..bese je. tapi bila tang malu tu, aku sorang je yang malu..dorang plak relax..erm, naseb baik membe..kalau x lame da aku cium sekor2..haha..gurau je..no heart feeling lorr.

japp, cite aku tadi x abes lagi sebnanye. sambung balik. so, sekarang ni ade  mamat kat tempat keje aku ni. muka die ada iras-iras munir phyne ballerz dowh!sket je x banyak. 30% cenggitu je. sebnanye aku berbulu dengan manmat tu, muka die kalau lu orang tengokk perghhh kerek siot! apa lu ingat lu sorang leh buat muka kerek. wa pon bleyh!! tapi kan yang aku pelik nye, orang cakap muka aku sombong..weyh, tang mana tah. aku belek balik gamba aku manis je..senyuman comel je..hahahahhaktuihhhh wakaka. entah la. lantak la. mamat tu bajet weyhhh! tapi disebalik aku cam nyampah tengok muka dia tapi sebnanye ari2 aku konfem akan jumpa dia. aduyaiiii. tak r, atleast senyum la sket. die xkenal aku si retiss ni. takpa takpa. hang taw dak aku ni popular. aku rase la..so, please be nice to me..kot2 hang ley jadi menantu mak aku.haha...goli den. den sendiri yang type den sendiri yang goli.

p/s: stalk x semestinya suka. kengkadang nyampah pon den stalk gak orang tue.

Monday, April 23, 2012

Tips make up jadi muka flawless gitu..

Assalamualaikum..

wah, tajuk entry arini taw, kelasss u olz!!hehe..ok hari ni nak kongsi tips kat korang yang tercari-cari make up yang boleh cover muka n at the same time buat muka korang jadi flawless n gojess..tapi..yang penting produk ni sume murah ok!! bawah RM50..aku a.k.a gadis gigibesi  dah try ok sume produk-produk ni..perghhh memang gojess muka akak..hehe psn la plak.. orait lets check this out..

1. Bedak Rona Sutra(RM 48)
















Ok, bedak ni function dia sebagai foundation dan jugak sebagai bedak. Kiranya korang xyah pakai foundation, juz guna bedak ni je dah cukup. Jimat dan yang penting bedak ni tahan lama dan tak berminyak. Kalau muka korang jenis yang berminyak, sesuai sangat pakai bedak ni. dan lagi satu, yang bestnya bedak ni, kalau korang amalkan hari-hari pakai bedak ni, lama-lama muka korang akan licin, sebab bedak ni memang berasaskan mineral. Tapi, kadang-kadang kalau ada macam majlis apa-apa ke, aku akan pakai bb cream dengan bedak ni untuk kesan yang lagi mantapp.


2. BB Cream Maybelline (below RM 20)















Bb cream ni sebenarnya aku baru je tahu dalam tahun lepas. ramai sangat yang cakap elok krim ni. So, memandangkan aku ni jenis yang gila terhadap make up, so aku x tunggu lama terus je pagi watson n beli krim ni. Result die memang puas hati sebab bila pakai je krim ni, muka korang memang nampak flawless n nampak natural. Memang xnampak macam korang pakai something kat muka.


3.Stick Foundation PIXY (below RM 17)
  












So far, pixy ni kategori foundation yang memang serasi dengan muka aku. Sebab, dia tahan lama n boleh tutup cela-cela dekat muka. Nampak natural n flawless gitu.. korang kena guna sebab dia sesuai untuk solekan yang tahan lama sampai ke malam. Even kalau kena air pun dia still sama dan korang x payah nak touch up banyak kali. Harga pun affordable. Worth it la kalau korang beli.


4. Eyeliner AVON( Below RM 10)

Kalau eyeliner pulak, sori xde contoh gamba. Tapi brand AVON. Eyeliner ni favourite aku sebab die sangat pekat walaupun die jenis pensil.Susah aku nak cari eyeliner pensil yang pekat dan hitam. Mostly yang aku jumpe sume nye cair dan x pekat sangat. So, kalau yang jenis AVON ni, memang pekat gila dan boleh buatkan mata korang galak. Sumpah cantik. Memang awesome gile la...



oraittt tu saje nak share dengan korang..kene try!!sebab memang awesome! sume produk yang aku listkan kat atas ni memang puas hati dan x mahal. korang jangan guna semua pulak!!ok tips nye, kalau korang nak cepat macam nak g kuliah ke n terlambat, juz sapu kan je bedak rona sutra tu. sebab, die x berminyak n tahan lama. so, kalau nak g kelas tu xdelah nampak muka cam baru bangun tdo ke, pucat ke.. tapi kalau ade event ke dinner yang memerlukan solekan, guna lah foundation pixy tu sebagai asas solekan muka korang tu untuk tutup cela-cela kat muka.. n kalau BB Cream  tu,  of coz macam nak g kuar jalan-jalan ke hang out dgn kawan ke. Depends kat korang la sebab bb cream ni dia x berminyak, so selesa nak pakai utk jalan2 n bersantai untuk tempoh yang lama... oraitttt selamat mencuba!!

p/s: kalau ada masa aku akan upload gamba aku pakai benda alah di ats ni yee..

Wednesday, April 18, 2012

Perbaiki diri

setiap hari pasti kita akan rasa perasaan yang x puas hati pada diri sendiri. Ala macam kenapa aku x tinggi?kenapa aku x ramping?kenapa aku x kaya?dan macam-macam lagi..yepp,aku selalu sangat ada perasaan macam ni, especially bila kita tengok ada yang lebih daripada kita. tapi bila aku pikir balik, ada hikmah kenapa ALLAH cipta manusia tu lain-lain. mungkin kalau aku cantik, aku ni lupa diri.Tapi yang pasti aku bersyukur sebab aku sempurna fizikal tubuh badan.

tapi, aku pelik ada segelintir manusia yang langsung tak reti nak bersyukur. dah kurus gilerr cakap diri tu gemuk.aishh, pelikla dunia..macam-macam kita jumpa....

Sunday, April 15, 2012

NO TITLE

aku tak impikan lelaki yang kacak.
aku tak angankan lelaki yang stylo.
tetapi aku impikan lelaki yang baik dan berpegang teguh kepada ajaran Allah.
boleh membimbing aku dengan baik.
boleh menerima aku seadanya.
pandai mengambil hati dan yang penting hormat orang tua.

Saturday, April 14, 2012

SEKIRANYA...

lately ni aku sering menulis entry yang sedih-sedih ataupun kekecewaan. dunia aku suram. satu persatu cerita yang membuatkan aku sedih. bilalah cerita sedih aku ni akan berakhir.. nak tulis entry yang happy-happy pun.....entahlah, mungkin aku patut bersyukur sebenarnya sebab sekurang-kurangnya Allah x duga aku dengan dugaan yang berat..ok lah apa pun aku kena tabah dan sabar dalam menghadapi sebarang dugaan. semoga lepas ni aku boleh tulis entry yang best-best dan happy sokmo..

THE PROMISES

the promises:

1.saya berjanji untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dan patuh akan perintahNya.
2.saya berjanji akan menutup aurat dan menjaga tingkah laku sebagai seorang muslimin.
3.selagi saya bernafas, saya berjanji untuk menjaga maruah diri dan keluarga serta menjaga nama baik Islam.
4.saya berjanji akan sentiasa bersedekah kepada mereka yang lebih memerlukan tidak kira harta, doa dan juga senyuman. Insyaallah.
5.saya berjanji akan menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa.
6.jika suatu hari nanti saya akan berkahwin, saya berjanji akan taat dan patuh akan arahan suami.
7.saya berjanji untuk tidak lupa diri, sombong dan bongkak.

INSYAALLAH....

Thursday, April 12, 2012

what happen to me..

assalamualaikum..

lately ni aku rasa macam sering sakit-sakit, muntah and sometimes rasa nak pitam?adakah kesan pil yang aku makan ni?like seriously?atau pun aku mengalami depression yang sangat teruk..OMG..x larat sangat..:(







ok bai..

Wednesday, April 4, 2012

Counting days!

Lately ni, aku rajin mengupdate blog. Biasalah, dah xde keje nak buat. so, aku pun nak lah luahkan pada blog ni. lagipun, bukannya ada orang baca.hihi. so, besides updating blog, im also counting days untuk habis praktikal ni. OMG sangat x sanggup rasanya dengan environment macam ni! what should i do is buat bodoh ok..now, i have to be hypocrite and try to be friendly even im not really in the mood. by the way, thanxs to my beloved friends shera shariff, Asmira, Bai, Kak Nini, Fakhriah, Ima, Faa, Syaza dan not to forget Izzati. thanks cuz give me motivation supaya aku x patah semangat.

sebabnya...............i am totally lost!! aku sangat blur! and i don't have confidence..what happen to me?LILI wake up!!!arghhhh..demmit.aku bukan pelakon yang boleh berpura-pura and aku xminat nak berlakon. so, this is me. kalau aku x senyum tu, faham sendiri la yang aku serabut+ stress ok! like seriously???( annoying face) sigh.

anyway, aku nak bagitahu ni yang semalam ade orang cakap aku macam makcik...watttdaF?hello suke ati la aku nak pakai ape! haram J betollah..aku cuba nak sesuaikan dengan keadaan sekeliling jew. aku xnak orang cop..eh tu budak praktikal ea?come on la.. atleast orang cam konon konon pandang la, eh staff RTM ea?see...cam xde la budak?praktikal?oh no....
orang cam pandang sebelah mata je bile aku cakap praktikal. owh praktikal je?(annoying voice)

suke suki je kan!!anyway, like do i care?? banyak betol orang dengki dengan aku ni.. kat ofis ade.haiyoo susah oh ini macam..aku bukannye cantik, bijak pun xdelah sangat, tapi comel 2 ade lah..hahahhaktuihh..gelimatt.oklah mengarut banyak pun tak guna. later on i story lagi yaww. bai sweetheart

Tuesday, April 3, 2012

me kecewa..

semasa entri ni dibuat, aku dalam keadaan tertekan. tak tahu pada siapa harus aku mengadu. im just not a perfect person. aku sangat frust dengan diri sendiri. aku bukan sombong. aku cuma x ramah dan susah nak mulakan sesuatu perbualan itu. hanya benda ni memakan diri sendiri and the consequences is, nobody talk to me. bukanlah everyone, but most of the people in my office ignoring me. yup, i am the one who should be blame because of my attitude.

aku sebenarnya tertekan. maybe i miss my best friend in UITM. they are the best friend that can make me laugh and entertain me.such a wondeful friends. how i wish the time can come back and we are having a gud time together, karaoke for almost every week and makan ayam penyet.. sob sob. i have another 3 months to complete my practical training.. sangat lama!!please,, i need a motivation..i am totally down and depress. never feel this feeling before.

Monday, April 2, 2012

maaf ..

assalamualaikum..

da bace tajuk untuk entri ni? ok, mesti korang cam tertanya ape yg terjadi kan!! ok, sometimes, benda yang kita harapkan x semua yang kita dapat. macam aku ni..masa aku dploma dulu aku selalu doa yang bukan- bukan after solat..contohnye macam ni, aku nak kahwin dengan 'A' bukan name sebenar, aku nak kapel dengan die and aku rase sgt bodoh sebab doa macam ni. ok yang MR 'A' tu aku ade buat entri pasal die dlm cinta pertama.. dan ungunya cinta.. sile la check dengan segera..hakhak.terasa bodoh sgt sebab suke mereka yang takkan suke pada kite which is the stupid thing ever i've done. aku rase mungkin ni hikmahnya yang aku terima sebab aku pernah permainkan perasaan orang. so, awk Mr 'A' saya minx maaf if i've hurt u.ok, orang yang ade kaitan dengan aku semua huruf 'A' kan..ok wondering jap..haha..pasan x?semua nak huruf A.pelik lak aku.

but, the story yg aku nak mory pada malam ini ialah, once again i think i have hurt someone. lately ni im always think about him..bukan sebab tangkap cintan ke ape, tapi memikirkan perasaan die yang suke dekat aku.ok, 1 thing yang aku boley detect awl bile ade mamat minat dekat gua..haha..geli x?ok sememangnya korang korang geli kan , but tell u what this is the truth tapi x semua la..banyak nye aku yg syok sendirik. tapi adik yang aku perkatakan ni da admit yang suke dekat aku,n ape yang membuatkan aku seriau ialah everyday die kol aku sehinggalah baru2 ni aku rase aku xbls msg die n aku hanya bls msg kwn rapat die padahal dorg dekat tempat yang sama then sejak tulah die da stop ganggu aku.

ok, die bukan mamat psiko yang gile stalker aku ke, tapi cara dia sometimes buat aku rasa terganggu sedikit sebanyak. ok, die ni baru 19 tahun ok n aku 23. gile beza kowt. n aku hanya anggap die mcm kwn biasa sahaja. not more than that. PLUS, he is non muslim. saya hanya kenal awk 2 minggu dan awak dah boley suka saya. it is actually not love, but crush. even aku dah pernah tolak cinta dia tapi die still nak try gak..ok salute but u're just my fren. im so sorry...i already give my heart for someone even he is not mine..:(