Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Monday, October 21, 2013

Aku manusia paling bz tp ada masa update blog


Assalamualaikum dan salam satu dunia!

Nampak x aku ni x bias?satu dunia aku bagi salam...

OK.Serius.

Aku bukanlah orang penting dalam organisasi tempat aku bekerja.Tetapi sejak kebelakangan ni, aku merasakan bahawa kepentingan aku daalam organisasi aku ni macam dah nak sama level dengan Ketua Pengarah tempat aku bekerja.

Bayangkan sahaja sampai aku tidur pun mimpi hal kerja.Ok sgt duniawi. Nak makan pkr sal keje.Nak tdo pikir sal keje.Nak driving pkr sal keje.Nak mandi pkr sal keje.Panjang kata semua benda yang aku buat secara automatisnya akan mendorong aku pkr sal keje.Automatis?Ok nampak tak bahasa aku macam gamps kat situ.

Tugas aku sekarang dah macam bukan Pegawai Penerbitan.Kini, aku dengan bongkak serta takburnya menjelaskan bahawa tugas secretary merangkap event manager semua aku sapu.Sikit lagi jawatan tea lady dan mak cik cleaner sume aku pegang.Rupa xyah ckp mmg dah ada...tq for the compliment.

So, to Rosmah kalau pasni aku besfren dengan laki hang xyah nak jeles.Pasal kami dah sama taraf.Aku bz dye pon bz.Nampak x kekimian kitorg kat situ.

Jadi, apa yang aku cuba tonjolkan kat sini adalah aku nak bgtaw satu dunia yang kengkonon aku manusia paling bz.Orang lain memang x bz, aku je yang bz..puihhhhh

Disebabkan aku manusia paling bz, maka terhasillah satu lagi entry terbaru ni.Ini membuktikan bahawa walaupun aku bz, tapi aku komited utnuk tidak mengabaikan blog bajet comel kengkonon ni.

Sekian, terima kasih..

lots of love..hihihih.

To ms Yati, this entry is for u!enjoice workg bebeh..

Wednesday, October 2, 2013

............

Assalamualaikum,

Tajuk nak serius.

Aku bukanlah seorang yang cepat terasa or emo lebih.Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa x sedap hati.Banyak perkara buruk yang aku pikir yang susah untuk aku share pada kawan2.Takkan la sebab aku amek Shaklee?Memang sawan la aku kalo tiap kali gini..

Ape pun, aku juz nak minx maaf pd sume yang mengenali aku..gitewww bajet aku retiss..puihhhh. haha.so, kawan2 sila la maafkan saya kalau aku ada buat hampa terasa k.hihi eden x sengaja..

ok lah.act aku bosan sbb kene stay lelama kat opis ni..hadoiiii esok konvesyen lak, pastu ada interview lagi..xpelah x de rezeki mak jemah nak p interview.Aku da nampak masa depan aku kat koperasi ni.haha..

Allryte. c ya.Bye :)

Tuesday, October 1, 2013

Penakut


Assalamualaikum,,

Dulu aku bukanlah penakut.Habaq mai sume cite 'h' bukan nama sebenar sume aku dah ktaham.Xkira lah kat tv ke wayang ke cd ke akulah antara wanita yang terawal di Malaysia yang tengok dulu.Gitteww..

Tapi......

Semenjak kebelakangan ini, dahku mula merasakan perasaan berani aku yang selama ni aku banggakan telah mengecut, dan lelama berani tu jadi berani-berani takut..Pasai apa aku pun kurang pasti.Nak kata aku jenis yang cakap besar??choiiiiiii.....langsung tak pernah.Pasal aku bukanlah berani gile, gi tandas kat hostel tu memang wa kejut siap-siap rumet wa.Sanggup wa tahan dari wa g toilet sensorang..mau terketaq lutut kalau wa g sensorang.Cuma yang aku boleh katakan kat sini, dikalangan kawan-kawan aku, (ni masa degree, pasal tyme diploma aku belum upgrade tahap keberanian lagi) aku antara yang berani. Bukan untuk menunjuk,bongkak atau riak mahupun takbur, cuma aku nak buktikan pada depa yang Laili Ayoko adalah seorang yang berjiwa kental dan bersifat pelindung.muahahahah.Nampak tak sikap riak aku dah mai?astaghfirullahalazim..sorry ter'riak' plak tetibe.unexpected. Pdahal in reality aku masih tido dengan mak aku masa tu.muahahha


Cuma, yang aku musykil tu lah, sejak bila perasaan takut tu menguasai diri aku.Pengaruh cite 'h' (aku xleh type nama penuh beliau sbb ketika entry ni ditulis aku tgh sensorg,mohon memahami) yang aku rasa telah mengubah diri ini menjadi penakut sedemikian rupa..Sebab nya aku nak bgtaw, kalau aku g tgk wayang dgn kak Ziana,cite 1st yang aku cari ialah cite 'h'.Kejadahnya la yang syok sgt cite tu. Cuma, satu je , kalau xdpt tgk cite 'h' tu, jiwa aku akan memberontak dan silap-silap panggung wayang tu aku bakar..amboiii metaphor aku kemain kau..

So, kesimpulannya, bagaimanakah cara untuk aku perbaiki kesifatan penakutan aku ini?

1.Pasang yassin?ok tu xyah ckp mmg automatik aku buat
2.Baca surah ape-ape?Kalau aku dah gelabah ayam kat situ kau rasa aku akan ingat?
3.Bayangkan muka Izzue Islam?Hoiiiii laki orang, kau gile?
4.Ajak 'depa' jd bestfren aku?Memang aku sawan pastu..







doa kurangkan rasa takut..sila hafal..:)



Allryte then, ni ada sedikit doa, aku pon nak hafal kot-kot aku leh jadi berani.Silap-silap depa yang takut dgn aku...who knows??.hihiihi..

Ok.daaaaaaaa~~~~~. i heart u :)





Thursday, September 26, 2013

Butik pengantin


Assalamualaikum,

It's almost 7 months i've been working with MKM,and sepanjang tu jugak la aku lalu kedai-kedai pengantin yang super awesome.muahahha...zantik zangatt..memandangkan aku lalu ss2, memang laluan sepanjang jalan tu adalah kedai pengantin wa cakap lu...hampir menangis aku tengok sebab cantik sgt..rege toksah cite la kan mmg kompem beriban la derr...bila lalu je jalan tu automatik plak terberangan dengan sendirinye..muahahha aku kan ratu berangan, tengah bawak kete pon bleh berangan..gile hebat aku ni...

salah satu contoh butik pengantin yang kalau kau tgk rasa nak menangis 80x.

imaginelah all the way aku jalan bersepah butik pengantin yang bisa meruntun kalbuku..aikk, ni mcm nak soh aku kawen cepat je ke ape?muahhaha..sweet nye tgk bride kat atas ni..yg lelaki kemain gatal sandar port baik punye..ish2..

Allryte then, aku nak menenagkan jiwa jap.hahha..bye :)

Monday, September 9, 2013

when i start to speak nonsense



when speaking about dreams, hell yeah so many things i wanna do. That is why it called "dreams". True, i am definitely won't struggling to achieve that so called dreams because I know it's only dreams.

Ok, let's no talk about dreams whatsoever. soTired to listen, tired to plan.I dont wanna have dreams.It's ridiculous. I dont wanna be adult. I wanna be a kid. I wanna see my mom remains young.U know how much I love my mom?Yeah, if I could give all my heart to her, Yes I do. My mom would definitely not found this blog because she didn't know anything about social media except facebook. Yeah, she is very expert on that.Esp candy crush.Oh goshh, i really wonder why this game give a huge impact towards malaysian.I've tried once..OMG fullstop.

Ok, I guess its enough for today.Ya Allah, im so bored and im so lost.LAILI IS BORED.LAILI IS BLUR.thanks for not reading this entry because it is super boring.I'll get back to u later with an interesting entry.Allryte then.Got to go.

Thursday, August 15, 2013

Raya yang jadi..ini serious

Assalamualaikum,

Bile aku bukak pesbuk ke ape ke, memasing nak cite psl raya.alaa cliche..Tolongla cite psl klaka klaka ke yang boelh buat aku gelak.Tahu tak aku keje hari ni.Raya ke-7 aku keje..Kau ada?Padahal tahun lepas wa heaven gile dok umh sebulan pon tade hal der.demmmmitt. sorilah aku mmg suke sawan sekoq2 ni..

Allryte, seems everyone dok cite psl raya upload sana sini gambar raya eh aku pon kene lah.Tabiat orang Mesia kan suke upload gamba raya bagi penuh notification aku, pastu tag nama aku.Ni belum cite gamba aritu buka posa..30 hari posa 30 hari la dye upload menu bukak posa dye.Ni raya ni, ko tgu jelah smp raya ke 30. Meriah newsfeed aku...

So, kau igt aku aku xde gamba raya?haha zemangat nak kepoyoan mula menular dalam diri....bab bab gambar gedik dan control ayu kau bg pada aku..pandaila aku kaver line cemerlang..


comel?well......muahahha


tang bergamba memasing bg muka paling comel.muahahha tableyblah


ok..2 keping dah la kan..aku bukan retis nak tayang 66 keping gambaq raya.haha..allryte then :) 


 "selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin"

   and special thanks for those who read my blog.wahh ade ke?muahah..i heart u!!byeeee
 

Wednesday, July 24, 2013

Jiwang


Assalamualaikum..

Aku boleh dikatakan jiwang kadang-kadang. Sebabnya aku suka baca novel cinta.Tapi realiti, aku bukanlah jiwang. Aku serius.OK bukan, aku bukan seorang yang serius sebab aku suka main-main.Dalam kehidupan pon, bukan semua benda kau boleh serius.Nanti kedut sejuta muka tu.Dan bukan semua benda boleh buat main-main.

Jadi, aku amik inisiatif iaitu untuk berada di skala tengah-tengah. Ha, dah macam hape ayat aku ni haa..Perangai aku memang macam budak-budak sebab aku budak-budak lagi..jiwa sentiasa muda, jadi aku amik keputusan untuk mengkategorikan diri aku sebagai remaja yang sentiasa berjiwa muda.

Tapi.....bila sahaja jejari aku mula menyelak novel, perangai dewasa aku mai dah...dah mcm saka pon ade..Datang tanpa diundang..Maka tercetusnya sikap jiwang aku yang keterlaluan dicampur dengan secubit emosi yang boleh tahan adunannye.puihhhh ayat aku mcm gelimat..enoughhhhh!!

Ehemm, kalau bercerita tentang novel, macam biasa aku tak nak kalah. Intan Bairuha Abd Malik (nama penuh kauuu....ok jgn lupa byr royalti aku promote kau ni) pon kalah aku ingat..Walhal dia yang mempengaruhi aku smp terjebak dalam arena novel bagai ni...puihhhh...

Intan satu aje, kalau bab ngajak std novel memang gua igt terserlah sikap kepimpinan dlm diri dye..Cube kalau aku ajak std psychology dlu, 88 juta alasan, harammm....aku ingt g library nak std le kengkonon....puihhhh..rupanya std novel...last2 pinjam novel 9 buah.. Jenuh aku tebalkan muka kat abg library tu esp tyme dye baca tajuk novel yg aku pinjam tu..ok terasa bangang plak tyme moda modi dlu.....Begitulah sikap kami pelajar yang berdedikasi suatu masa dahulu...

Kami memang dilahirkan sebagai manusia yang jiwang..Tapi di sudut kecil hati aku ni mmg kompiden yang Intan kalau baca novel mmg menagis.Nampak mcm macho..usah nak wayangla...dalam selimut tersedu sedu tu hape?Aku??sorry ah...aku jiwa kental..kemon ah, x macho nangis2 bagai ni..it just a story rite?



 
Nampak mcm x jiwang dan kuat nagis kan?kalian usah terpedaya.
cdt:Facebook Intan Bairuha.(bleh add aku izinkan..haha)


Ok,Babai.Selamat berpuasa kwn2..n selamat hari raya ak ckp siang2 kalau2 aku x update dah..duit raya bak sket....ak kan budak lagi..hihi

 

Thursday, June 27, 2013

They need us!


Assalamualaikum..

Bila aku da hidup selama 24 tahun ni.Aku rasa macam menyesal n berdosa sebab selama ni aku macam x bersyukur dengan apa yang aku ada. Asik nak beli tu beli ini, x pernah rasa puas dengan apa yang aku dah ada. Cuba tengok orang miskin, anak anak yatim, ibu tunggal, warga Palestin sume tu keperluan mereka tu tak pernah cukup.

So, aku sangat berharap aku dapat sumbang sesuatu untuk golongan-golongan macam ni. Selain daripada duit, aku nak sangat sedekahkan baju-baju aku yang masih elok dan ada yang hanya pakai sekali je. Dan bila aku buat research sikit pasal ni, ternyata bukan barang dan wang ringgit sahaja yang kita boleh sumbangkan, malahan tenaga kita juga boleh disumbangkan contohnya kau mengajar anak-anak ni mata pelajaran sekolah agar mereka ni tak tercicir dalam pelajaran.

And, Insyaallah aku berharap aku dapat sumbangkan sesuatu untuk mereka ni. So, below are the links yang aku jumpa..


http://rumahanakyatimselangor.blogspot.com/
http://rumahanakyatimkualalumpur.blogspot.com/2008/08/senarai-rumah-anak-yatim-di-kuala.html
http://rumah-kebajikan-kbm.blogspot.com/
http://rumahserikenangan.blogspot.com/

Ad banyak act, tp ni sebahagian yang aku jumpa.Hopefully, aku dapat berbakti pada golongan ni.

Ni aku nak share video tentang seorang budak yang dulu dye seorang pengemis, tapi sekarang dah jadi artis top kat Indonesia. Im sure ramai yang dah tahu tentang penyanyi Tegar ni. Tapi aku nak share lirik dye memang perghhh sedih..Allryte then. Apa-apa pun kita kene bersyukur dengan apa yang kita ada ok. Keep luv :)




Monday, June 24, 2013

Punca kulit bermasalah!


Assalamualaikum..

As usual, aku dengan barang kecantikan n skincare x dapat nak dipisahkan.Setiap hari ada je keterujaan aku terhadap sesuatu produk tu. But, aku akan make sure supaya aku dapat exposure tentang satu produk tu x kesahlah dari blog orang lain or website produk tu.

Yang aku perasan muka aku ni satu je.

Sejak aku bekerja ni, aku malas nak cuci muka. Yang aku tahu amek wet tissue tonyoh kat muka pastu tido. Well, sebab ni lah muka aku jadi problem balik.

So, bila aku dah kaji balik, memang wet tissue x sesuai kalau nak remove make up secara detail.Sebabnya, aku pasan muka aku naik jerawat halus-halus pastu banyak. Memang x obvious, tapi kalau kau jumpa orang depan-depan haaa hambek kau, menggerutu seyhh!

Apa yang aku buat bila kulit aku masalah macam ni?

1. Aku cuci mekap menggunakan make up remover. Tapi memandangkan bio oil masih banyak, aku buat as makeup remover.






2.After that, aku akan cuci muka. Owh, btw aku ada terbaca kat satu artikel ni, x silap aku mingguan wanita.Pencuci muka yang elok sebaik baiknya adalah jenis sabun.So,lepas simplysiti  habis, aku guna sabun ni pulak.Act da lama beli, tapi x terpakai. So far, rasa tegang je bila pakai sabun ni, mcm sabun eumora plak aku rasa effect dye...hehe tapi versi murah la.





3.Lepas da cuci tu, aku akan apply kan toner dan moisturizer. Seriously lepas tu muka aku terus licin balik. Parut jerawat sume dah ilang.Alhamdulillah dalam masa 2 minggu je kulit aku licin balik.

Kalau sape yang follow blog aku korang memang tahu la kan aku ni sangat tertib menjaga muka. Tapi lepas je tamat zaman belajar, moisturizer ke mana, toner ke mana pastu aku dok complain muka jerawat bla bla bla then beli produk tah pape.

Kesimpulannya, NEVER skip mositurizer and toner. Even kau gune produk murah ke mahal ke, kalau skip steps ni, alamat muke kau harapanlaa nak mcm Nora Danish.haha.and sila guna make up remover untuk menanggalkan make up anda ye.Say  bye bye to wet tissue.




Additional info

Moisturizer - Safi lidah buaya
Toner - Syahirah (Whitening lotion Hada Labo aku da abes, so aku tukar pd Syahirah)
Krim Pencerah spf 50++ - Syahirah
Gel pengelupasan - Syahirah

Aku eksaited nak try Syahirah cuz ramai yang review produk ni bagus. So ko bleh nampak la Syahirah conquer kat atas ni haaa.


And yeahh, aku baru consume virgin coconut oil sebotol.Aku xtaw la kalau produk ni membantu hilangkan jerawat aku cuz the reason i bought this supplement untuk period pain aku yg tahap gaban sakitnyee.

So, hope that tips yg aku bagi ni sedikit sebanyak membantu korang eh!



Thursday, June 6, 2013

Lelaki bujang da kurang


Assalamualaikum..

Semalam aku ada baca artikel dari mana entah pasal golongan sekarang banyak lambat kahwin dan ada juga yang tak berkahwin, bujang ke tua.Memandangkan umur aku baru 24 tahun, rilexx der wa muda lagi, apa kecoh sangatt..So, aku tak termasuk dalam ini gambar la.

Tetapi, mengikut observation aku la kan, aku tengok ramai plak membe aku yang kahwin muda. Berkejar-kejaran nak kawen awal seperti main bermain roller blade gayanya. Aku yang tengok ni pon sawan.. sedey ah camni.Jonhhy depp poojaan hati xmasuk masuk lagi islam, cemane nak pinang eden ni haa.Ternyata kata-kata I love u tu rupanya omongan kosong.Puihhhhh.

Begitulah konflik dalaman yg terjadi dalam diri aku. Berangan sehingga menjadi sawan.Kasihan.

OK, back to business.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Prof Dr Laili Ayoko, kini lelaki bujang semakin kurang. Sebab tulah ramai wanita yang berminat dengan suami orang dan warga emas.Kalau kau tanya aku, jawapan no comment. Aku actually, x beranilah nak komen apa apa berkaitan isu ni. Takut-takut ianya terjadi pada diri daku.

Sebabnya, aku pernah terpesona dengan seorang mamat ni.. (abaikan ayat gelimat aku) Muka usah citelah, perghhhhh hensem+macho dan berkarisma..Tapi, iollz x minat yang hensem hensem ni, sorry not my taste.haha.Tapi kalau mamat ni approach, 1000 tapak tangan aku hulurkan..rezeki jangan ditolak gitu. Sekali, suatu hari tu colleague aku habaq mai kat aku yang mamat ni dah kawen ada anak sorang.. taun lepas dye kawen. Kau rasa?? sumpah aku x caya sehinggalah aku nampak dye pegang baby anta anak dye kat nursery blkg tmpt kerja aku..f734@#$%$^%&*  baru nak berangan nak anak muka cam Nora Danish..puihhhhh

So, based on experience aku, janganlah kita senang terpengaruh tengok laki yang sweet talker pastu ala-ala cam x kahwin lagi..Nasib aku dapat tahu awl, kalau aku rapat sgt dgn dye, jiwa aku yang cedera. Terus aku buat video gwiyomi.pftftttt

This situation happened to a friend of mine. She loves someone else's husband. At first, she didn't know that guy status, but after 2 years bercinta baru laki tu reveal status dye.. Kadang-kadang kita tak boleh nak salahkan kaum wanita juga, cube pikir ada ke wanita yang sanggup ambil suami orang? Kompem dye akan rasa serba salah at the first place. For me, dua dua salah, lelaki and perempuan.

So, untuk mengelakkan keluarga kucar-kacir dan sentiasa aman sejahtera, sila amalkan doa ini ye! n kalau nak cari pasangan yang baik-baik pon boleh diamalkan doa di bawah..Untung-untung ko dapat ustaz ke..haaaa




Tuesday, June 4, 2013

Review: SimplySiti facial foam


Assalamualaikum..

Bila bercerita tentang kecantikan, akulah orang yang paling banyak bercakap seolah-olah aku lah yang tahu everything about beauty walaupn muka aku x secomel Nora Danish. Dari dok membeku kat belakang tu, bila saje topik pasal kecantikan tetibe meluap-luap zemangat aku nak berkongsi sama.

Kadang-kadang aku ada terpikir jugak, mungkin aku sebenarnya dilahirkan sebagai beautycian berwajah bibik. Namun, mungkin Allah tu lebih sayangkan aku dan dia bagi aku jadi pegawai penerbitan yang langsung tiada kene mengena dgn kosmetik....errrr ..

So, lemme straighforward je la k. Kalau aku sebut SimplySiti komfem berjuta rakyat Malaysia tahu akan kewujudan ini produk. Same goes to me. Nipu nau kalau kata x pernah dengar. Tapi yang samar-samar tentang produk ni memang beriban.itu aku kompem.

SimplySiti is a product from Korea.Sebelum ni, kecoh tentang isu brush yang dikatakan mengandungi unsur kebabian, tetapi bila da dikonfemkan rupanya tiada sama sekali.Well, biasalah itu sering terjadi bila kau kat Malaysia. Unsur-unsur yang mengandungi babi memang tidak dibenarkan sama sekali, sebab dah konfem-konfemlah harommmm. Tapi, dah kata produk ni dibawah label retis letop, isu isu sebegini tade hal la beb..Dan kerana itu juga, aku pon terbeli la produk ahkak aku ni..kerrlas kakak title Dato'.

Actually, aku takde terniat pon nak beli produk ni. Tapi kalau dah namanya pon aku yang bertenggek kat kedai tu. mimpilah kalau tak beli hape-hape. Dengan promoter yang wajah bak Scha Alyahya, gila kau tak terpengaruh. Padahal dye pakai fair & lovely, promote kat aku SimplySiti. Bab menjahamkan duit aku memang terbaik.

Hasilnya, I bought this


Tapi, aku hanya beli:

1.CLEAR SOLUTION Charcoal cleanser
2.CLEAR SOLUTION Acne gel.



So far, pencuci muka dye ok lah.Takde la beza mana sebelum dan selepas pakai. Cuma, rase fresh bila kau cuci muka dgn pencuci muka dye tu. And then, acne gel tu aritu aku beli sebab jerawat dah membiak secara agresif, aku ape lagi, sambar la sekali. Mengharapkan muka seperti Siti Nurhaliza, tapi sampai sekarang muka aku dok lagu tu ja..ini semua poyo.haha.To be honest, acne gel dye ni macam takdak pe. Taktau lah kalau skin aku yang xseswai, tapi aku perasan satu je bila dipikir balik. Muka aku sesuainya dengan produk murah.. Kalau kau nak jimat boleh klik sini.Tak payah beriban ko kuar duit.

So, kesimpulannya some products x suits dgn semua orang,It depends ok. Allryte then.bai


Tuesday, May 28, 2013

Novel:Mimpi bab 1



M.I.M.P.I

SINOPSIS
Mimpi kadangkala sukar ditafsirkan. Kadangkala ia boleh menjadi kenyataan, kadangkala ia hanya mainan tidur.
Lara seorang gadis berusis 24 tahun yang sering dibelenggu masalah penceraian ibu bapanya selalu didatangi mimpi pelik. Pelik kerana kelibat lelaki yang muncul di dalam mimpi tersebut tidak jelas kelihatan. Walaupun sudah beberapa kali mimpikan orang yang sama, dia masih tidak dapat mengenalpasti maksud mimpi tersebut. Dalam hari-hari Lara mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu fikirannya, dia didatangi seorang lelaki secara kebetulan.
“Kenapa saya selalu terserempak dengan awak? Jangan cakap awak ikut saya”! Aku pula bersuara tatkala melihat dia dengan muka blurnya.
“Saya takde masa nak ikut awaklah. Baik saya kejar model ke. Tolong jangan perasan”. Balas lelaki itu. Pendek.Tapi, sentap aku dibuatnya.
Azrol. Lelaki yang sering dijumpai Lala. Sejak pertemuan pertama di Shopping mall itu, makin kerap mereka bertembung. Seperti sudah dirancang.
Siapa Azrol sebenarnya?Dan siapa lelaki di dalam mimpi Lala? Apakah kaitan mimpi Lala dengan semua yang berlaku?



Bab 1
Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa petang itu menyedarkan aku bahawa jam hampir 6.30 petang. Aku masih duduk sendirian di taman layang-layang Kepong. Sejak akhir-akhir ni aku rasa jiwa macam kosong.Entah. Aku sebenarnya tertekan.Hal keluarga lain, hal rumahtangga lain dan bila semua masalah ni bercampur buat aku rasa nak lari ke Korea tenangkan diri. Fuhhh, tak beragak aku nak bercuti ke Korea.”Mimpilah cik Lara oii”.Detik hati aku sendiri. Dan, angan-angan aku tu berlalu pergi bersama sorakan kanak-kanak riang yang bermain layang-layang di situ.
Disebabkan terlalu banyak berfikir dan sering tidur lewat, aku perasan yang muka aku nampak kusam dan mata aku sudah dihuni eyebag. Di usia 24 tahun ni aku sedar yang banyak proses kematangan yang aku dah tempuh. Kehidupan aku tak sama seperti remaja seusiaku. Aku dibelenggu dengan masalah penceraian ibu bapaku yang sehingga kini masih belum menenemui penghujungnya. Sejujurnya aku malu dengan jiran-jiran yang lain, tetapi demi kebahagiaan ibuku, aku rela penceraian mereka terjadi.Jika diikutkan, memang sejak kecil lagi aku tak pernah dapat kasih sayang dari seorang bapa, apatah lagi wang saku. Semuanya adalah hasil ibuku bekerja penat lelah. Dan, aku tak kisah tak punya seorang bapa kerana bagiku ada atau tiada sama sahaja,tiada perbezaan. Hati aku kini kebal.Tanpa kehadiran seorang bapa pun aku boleh hidup bahagia.Namun, aku tidak pernah menyalahkan takdir, aku tahu semua ini adalah dugaan Allah dan semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku seorang remaja berusia 24 tahun, pendiam dan kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling. Yang pastinya, ke mana sahaja aku pergi pasti akan dilabel “anti-sosial” yang kebanyakannya adalah golongan lelaki. Bagi aku, lebih baik aku digelar anti sosial daripada seorang yang sosial. Itukan lebih baik bukan? Arghhh, mereka senang untuk menggelar seseorang, tetapi mereka tak faham yang aku ni tidak pandai bergaul dengan lelaki. Sejak kecil lagi aku dilarang untuk rapat dengan budak lelaki, apatah lagi bercinta. Jadi, sehingga aku dewasa boleh dikatakan aku tiada langsung kawan lelaki. Setakat kawan sekelas sahaja adalah. Itu pun kalau terserempak di luar, aku akan menyorokkan diri dan pura-pura tidak perasankan mereka.

 **************************************************

 Memandangkan hari itu hari sabtu, aku bercadang untuk keluar membeli belah. Fikirku, dapat sehelai seluar jeans pun jadilah kerana seluar aku banyaknya dah ketat. Alamatnya memang aku kena kawal pemakanan aku la nampak gayanya.
Aku mengambil keputusan untuk pergi ke Parkson area Selayang sahaja, malas pulak aku nak keluar jauh-jauh. Fikirku, nak cari parkir lagi konfem dah buang masa di situ. Sedang aku membelek-belek seluar jeans di Parkson, aku terasa ada sepasang mata memerhatikan aku. Mulanya aku malas nak layan, tetapi bila hampir 5 minit “dia” khusyuk perhatikan aku, haruslah aku cepat cepat blah. “Haish, nak shopping pon tak senang”.Marah aku dalam hati.
Setelah lebih kurang sejam mencari-cari, namun satu seluar jeans pun langsung tak berminat. Kalau ada pun, saiznya pulak habis. Bila saiz ada, warna pula tak berkenan. Tuhan maha mengetahui, dia tahu aku nak memboroskan diri sebab tulah pencarian aku hari ni menemui kegagalan. “Macam tu lebih baik aku pergi makan dulu, perut pun boleh tahan meraung dari tadi” bisik hati aku sambil menuju ke arah restoran KFC.
Setelah membuat pembayaran untuk set Snack Plate, aku menuju ke meja kosong di hujung berhampiran dengan sos. Bukan apa, senang nak ambil sos, tak payah nak ke hulu kehilir patah balik. Leceh.
Lebih kurang setengah jam sahaja makanan yang terhidang di atas meja aku tadi licin. Memang betul lapar aku ni sambil gelak sendirian. Usai makan aku pon berlalu kearah sinki. Bukan main terkejut aku tatkala terpandang wajah seseorang yang agak familiar di benak fikiranku.Otak aku tidak mampu berfikir apabila pandangan lelaki itu tajam menusuk mataku. Ah, satu yang aku tak suka dengan diri aku bila aku cepat kelihatan gelabah walhal tiada apa yang perlu aku kabutkan. Ah, baru aku teringat dia lelaki yang aku nampak kat Parkson tadi. Jahanam.
“Awak, boleh saya tumpang tanya’”? tegur lelaki itu apabila selesai aku mencuci tangan Dengan muka yang agak blur aku menjawab dengan gugupnya “Nak tanya apa”?. Sebenarnya paras degupan jantung aku agak tinggi ketika itu. Rasa seperti nak terkeluar jantung aku ni. Mana tahu laki ni perogol bersiri ke.Fuhhhh, di fikiran aku terbayang dah benda bukan-bukan.Memang shopping mall ni kecil, kenapa aku kena jumpa lelaki ni lagi. Masalah lain pula timbul.
“Saya rasa macam kita pernah jumpa.Tapi saya tak boleh ingat kat mana”. Perlahan sahaja lelaki di hadapanku ini menutur kata-kata. Jika diamati, lelaki ini agak boleh tahan dari segi paras rupa.Tetapi agak-agakla, aku bukan macam Dora yang pantang tengok lelaki hensem sikit dah longlai. Setakat jadi pemerhati dari jauh bolehlah, aku mana pandai bergaul dengan golongan diorang ni. Mahu terketar lutut aku dibuatnya.
“Tapi saya tak pernah kenal awak.Jumpa apatah lagi” dengan yakin aku membidas kata-kata lelaki itu. Memang sah, takde alasan lain gamaknya nak bagi.Cliche. “Ha,mungkin dalam mimpi kot” tambah aku lagi. Tatkala itu aku sudah tergelak sakan. Sebenarnya aku agak kekok nak berbual lama-lama dengan orang yang aku tak kenal. Lebih-lebih lagi lelaki. Bimbang sekarang ni macam-macam kes keluar di dada akhbar. Seriau aku dibuatnya.
Setelah melihat muka lelaki itu seperti berkerut kerut memikirkan sesuatu, aku terus berlalu meninggalkan lelaki tersebut. Tak kuasa aku nak tunggu lama-lama sampai dia habis berfikir. Aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah setelah jam menunjukkan jam 3 petang. Disebabkan kepenatan, aku tertidur bersama pakaian dan tudung yang tidak diganti.


**********************************************
Mak memberi sampul surat yang tertera nama aku. Aku mengambil dan terus membuka isi kandungan surat tersebut. Serentak itu aku tersenyum apabila mendapati isi kandungan surat itu adalah kad jemputan perkahwinan rakan sekolah yang suatu ketika dahulu pernah rapat dengan aku. “Mun nak kahwin dah mak 2 minggu lagi, tak sangka” jelas aku apabila melihat muka mak yang penuh dengan persoalan. “Mun?Oh,kawan sekolah kau dulu tu”? tanya mak. Aku mengiyakan pertanyaan mak sambil tersenyum. “Eh, macam kau pula yang nak kahwin ni. Tersenyum-senyum macam kerang busuk”  tegur mak. Teguran mak itu membuatkan aku sedikit terperanjat. Aduh, yang aku tak tahan dengan mak aku ni satu je, volume suara tu memang tak boleh nak control. Alamat tak lama lagi memang aku sah jadi penghidap sakit jantung.
“Mana ada.Merepak” jawab aku sambil berlalu ke dalam bilik. Berita perkahwinan rakan aku itu benar-benar mengejutkan aku. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Sebenarnya tahun ni sahaja berbelas –belas kad undangan perkawinan yang aku terima. Perasaan?hmmm… 

Malam itu, aku mimpi pelik. Aku mimpi aku memakai gaun perkahwinan ala-ala princess gitu ditemani seorang lelaki. Adakah aku yang berkahwin?Tak dapat aku gambarkan betapa meriahnya perkahwinan yang berkonsepkan garden wedding itu.Tapi sayang, muka lelaki atau senang cerita suami aku tu langsung aku tak nampak. Yang pastinya, dia berkulit putih dan tinggi dari aku.Damnn. Aku pernah dengar orang kata, kalau dalam mimpi kita tak nampak wajah seseorang tu, maksudnya dialah bakal suami kita.Erm, petunjuk yang sangat bagus.

“Hello, Ziana kau pergi tak wedding Mun ke”? Tanya aku apabila telefon berjawab.”Kau yang nak kahwin ke apa”?Soalan dibalas dengan soalan. “Ala,cepatlah berpeluh aihh aku tunggu kau ni”. Terus aku meletakkan telefon bimbit.Tak kuasa aku nak layan alasan minah ni.
Tak lama kemudian telefon bimbit aku berbunyi. mesej masuk. “Ok.Tunggu depan rumah kau.Lagi 5 saat aku sampai”. Mesej dari Ziana rupanya. Kadang-kadang ayat yang digunakan Ziana ni memang hiperbola. Nasib kawan, kalau tak dah lama aku tak mengaku kawan. 

Ziana antara kawan yang aku rapat sejak sekolah. Walaupun kaya, tapi dia tak pernah berlagak atau membangga diri. Semua orang tahu yang aku tak kan mulakan sebarang perbualan sewaktu awal pertemuan. Tapi, Ziana ni lah di antara orang yang pertama tegur aku semasa hari pertama aku di Tingkatan satu dulu. Sehingga kini, perhubungan kami tidak pernah renggang. Kalau cakap sayang, memang aku tak tipu. Tapi memang tidaklah aku cakap depan dia. Kalau nak memalukan diri dan kena bahan bolehlah bagitahu dia. Kaki mengejek boleh tahan perempuan seorang ni.

Sejurus terlihat kelibat kereta Viva biru, aku pun berlari-lari anak menuju dan masuk ke dalam kereta tersebut. Belum panas punggung aku duduk, Ziana dah menegur aku “ Bukan main cantik kau hari ni, tu yang aku tanya tadi kau ke yang nak kahwin”?.Terdegar ketawa garau yang menjengkelkan bikin hati aku panas sahaja. “Aku rasa aku hari-hari cantik, tapi takdelah sejelita macam kau dengan berkebaya pink bagai wahai kak Ziana Zain”. Perli aku. Dalam hati aku gelak sakan. Nak perli aku konon,puihhh..
Dulu sewaktu masih bersekolah, Ziana digelar tomboy oleh pelajar lelaki disebabkan perangainya yang lasak dan berambut pendek. Tapi, aku tak kisah berkawan dengan dia kerana bagi aku, dia seorang yang jujur dan tak hipokrit.

“Yelah.Aku dah berubah ok. Manusia berubah.Mesti kau bangga kawan dengan perempuan hot macam aku ni kan”? Pertanyaan Ziana ku biarkan tanpa jawapan. Sambil memuncungkan bibir aku pura-pura sibuk cari lokasi peta. Perempuan ni kalau dah start merepek meraban memang aku biarkan je malas nak layan. Lagi dilayan sawan aku dibuatnya.
“Ok.kat dewan yang banyak kereta tu.Jom cari parkir”. Arah aku sambil menunjuk kearah dewan yang sudah dipenuhi kereta.
Sesampai sahaja di dewan. Aku terus bersalaman dengan mak pengantin dan beberapa penyambut di situ. Setelah kuhulurkan hadiah, kami bergerak untuk mengambil makanan. Perasaan aku semacam gemuruh. Tak tahu kenapa. Sebenarnya sejak dari rumah lagi aku rasa macam ada yang tak kena.Nervous. Tapi aku biarkan sahaja perasaan itu berlalu.
“Eh, Lara. Kalau aku cakap ni kau jangan pandang tau. Mamat kat meja belah hujung kiri kau tu dari tadi asik pandang sini je. Berkenan kat kau kot”. Hampir tersedak nasi minyak yang aku makan apabila ditegur Ziana.”Kau ni terkejut aku jelah, nak cerita apa-apa pun tunggu aku habis makan boleh tak? Aku ni dari semalam tak makan. Nak nasi pengantin punya pasal”. Marah aku sambil meneruskan makan.
“Kau kena tengok mamat tu, entah- entah kau kenal kot” pujuk Ziana lagi. Bukan aku tak kenal Ziana ni, kalau dia suruh kau buat sesuatu, kau kena la turutkan apa kata dia.
“Yang mana?Baju warna apa?Aku ni dah la rabun”.Bising aku sambil meliar mencari susuk yang dikatakan oleh Ziana tadi.
Tiba-tiba mata aku terpersan sesuatu. “Oh my god.Macam mana lelaki ni boleh ada dekat sini”. Hati aku berdebar-debar buat kali ke 150 juta kali. Takkan dia jodoh aku?Jap, tapi dia sangat hensem ok pakai baju melayu.Ini aku tak tipu. Patutlah dari tadi aku nervous. Ok apa aku nak buat? Aku nampak dia buat isyarat keluar. Oh no, mamat ni nak apa pulak dari aku.Pening kepala dibuatnya.
“Kan aku cakap kau mesti kenal punya dia.Dia panggil kau tu, pergilah”.Sambil membuat isyarat mata Ziana menyuruh aku pergi berjumpa lelaki yang aku sendiri tak pernah kenal.
Malas nak panjangkan cerita, aku pun turuti langkah lelaki itu sehingga ke luar dewan. “Ada apa panggil saya”?. Soal aku sambil buat muka tak puas hati. Walaupun hensem, tapi aku bukan jenis yang mudah longlai dengan lelaki. Aku lebih senang memerhati dari jauh.Couple? apa tu?
“Saya rasa betul apa yang awak cakap.Saya pernah jumpa awak 2-3 kali.Pasti”. Jelas lelaki tersebut dengan wajah yang yakin. Dia fikir aku bodoh.Keluar rumah pun jarang-jarang, ni kan pulak terserempak 2-3 kali. “Sudahlah.Sekarang ni zaman da berubah.Alasan lapuk”. Balas aku pula. Aku tidak selesa bila bercakap lama-lama dengan lelaki. Oleh itu, aku sebenarnya tak nak tersangkut dengan persolan lelaki ni yang bagi aku sungguh mengarut.
Baru sahaja aku melangkah kaki kananku lelaki itu sudah bersuara. “Demi Allah saya tak tipu, saya pernah jumpa awak.”. Makin berserabut kepala otak aku dengan lelaki ni. Kalau jumpa aku kat mana-mana pun, apa masalahnya.Lantaklah dia. Panas pula aku dengan mamat ni. Siap main sumpah-sumpah pulak.
“Ok.So?Apa masalah dia sekarang ni”?Soal aku tak puas hati. Aku risau jugak kalau-kalau betul aku kenal dia ke ataupun aku ada terpinjam barang dia sewaktu aku pergi kursus. Memang kalau diamati memang wajahnya macam pernah aku kenal.Tapi, aku tak boleh nak ingat. Kalau jumpa sewaktu kursus memang logiklah sebab da beratus kursus aku pernah pergi sepanjang berkerja ni.
“Saya takde niat pun nak takutkan awak, Cuma saya nak pastikan betul ke awak ni”.Bersungguh-sungguh lelaki itu menenangkan aku.Padahal tak pernah kenal.
“Hah?pastikan betul ke saya?Awak pernah jumpa saya kat mana”?.Kali ni aku pula nak kepastian.Nampak gaya dia tak nak habiskan perbualan ni. Aku go with the flow je. Dalam hati aku ragu-ragu. Kata-kata lelaki susah nak dipercayai.Ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku.Bukan aku kata.

bersambung.............