M.I.M.P.I
SINOPSIS
Mimpi
kadangkala sukar ditafsirkan. Kadangkala ia boleh menjadi kenyataan, kadangkala
ia hanya mainan tidur.
Lara
seorang gadis berusis 24 tahun yang sering dibelenggu masalah penceraian ibu
bapanya selalu didatangi mimpi pelik. Pelik kerana kelibat lelaki yang muncul
di dalam mimpi tersebut tidak jelas kelihatan. Walaupun sudah beberapa kali
mimpikan orang yang sama, dia masih tidak dapat mengenalpasti maksud mimpi
tersebut. Dalam hari-hari Lara mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu
fikirannya, dia didatangi seorang lelaki secara kebetulan.
“Kenapa
saya selalu terserempak dengan awak? Jangan cakap awak ikut saya”! Aku pula
bersuara tatkala melihat dia dengan muka blurnya.
“Saya
takde masa nak ikut awaklah. Baik saya kejar model ke. Tolong jangan perasan”.
Balas lelaki itu. Pendek.Tapi, sentap aku dibuatnya.
Azrol.
Lelaki yang sering dijumpai Lala. Sejak pertemuan pertama di Shopping mall itu,
makin kerap mereka bertembung. Seperti sudah dirancang.
Siapa
Azrol sebenarnya?Dan siapa lelaki di dalam mimpi Lala? Apakah kaitan mimpi Lala
dengan semua yang berlaku?
Bab 1
Tiupan
angin sepoi-sepoi bahasa petang itu menyedarkan aku bahawa jam hampir 6.30
petang. Aku masih duduk sendirian di taman layang-layang Kepong. Sejak
akhir-akhir ni aku rasa jiwa macam kosong.Entah. Aku sebenarnya tertekan.Hal
keluarga lain, hal rumahtangga lain dan bila semua masalah ni bercampur buat
aku rasa nak lari ke Korea tenangkan diri. Fuhhh, tak beragak aku nak bercuti
ke Korea.”Mimpilah cik Lara oii”.Detik hati aku sendiri. Dan, angan-angan aku
tu berlalu pergi bersama sorakan kanak-kanak riang yang bermain layang-layang
di situ.
Disebabkan
terlalu banyak berfikir dan sering tidur lewat, aku perasan yang muka aku
nampak kusam dan mata aku sudah dihuni eyebag.
Di usia 24 tahun ni aku sedar yang banyak proses kematangan yang aku dah
tempuh. Kehidupan aku tak sama seperti remaja seusiaku. Aku dibelenggu dengan
masalah penceraian ibu bapaku yang sehingga kini masih belum menenemui
penghujungnya. Sejujurnya aku malu dengan jiran-jiran yang lain, tetapi demi
kebahagiaan ibuku, aku rela penceraian mereka terjadi.Jika diikutkan, memang
sejak kecil lagi aku tak pernah dapat kasih sayang dari seorang bapa, apatah
lagi wang saku. Semuanya adalah hasil ibuku bekerja penat lelah. Dan, aku tak
kisah tak punya seorang bapa kerana bagiku ada atau tiada sama sahaja,tiada
perbezaan. Hati aku kini kebal.Tanpa kehadiran seorang bapa pun aku boleh hidup
bahagia.Namun, aku tidak pernah menyalahkan takdir, aku tahu semua ini adalah
dugaan Allah dan semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku
seorang remaja berusia 24 tahun, pendiam dan kurang bergaul dengan masyarakat
sekeliling. Yang pastinya, ke mana sahaja aku pergi pasti akan dilabel
“anti-sosial” yang kebanyakannya adalah golongan lelaki. Bagi aku, lebih baik
aku digelar anti sosial daripada seorang yang sosial. Itukan lebih baik bukan?
Arghhh, mereka senang untuk menggelar seseorang, tetapi mereka tak faham yang
aku ni tidak pandai bergaul dengan lelaki. Sejak kecil lagi aku dilarang untuk
rapat dengan budak lelaki, apatah lagi bercinta. Jadi, sehingga aku dewasa
boleh dikatakan aku tiada langsung kawan lelaki. Setakat kawan sekelas sahaja
adalah. Itu pun kalau terserempak di luar, aku akan menyorokkan diri dan
pura-pura tidak perasankan mereka.
**************************************************
Memandangkan
hari itu hari sabtu, aku bercadang untuk keluar membeli belah. Fikirku, dapat
sehelai seluar jeans pun jadilah kerana seluar aku banyaknya dah ketat.
Alamatnya memang aku kena kawal pemakanan aku la nampak gayanya.
Aku
mengambil keputusan untuk pergi ke Parkson area Selayang sahaja, malas pulak
aku nak keluar jauh-jauh. Fikirku, nak cari parkir lagi konfem dah buang masa
di situ. Sedang aku membelek-belek seluar jeans di Parkson, aku terasa ada
sepasang mata memerhatikan aku. Mulanya aku malas nak layan, tetapi bila hampir
5 minit “dia” khusyuk perhatikan aku, haruslah aku cepat cepat blah. “Haish,
nak shopping pon tak senang”.Marah
aku dalam hati.
Setelah
lebih kurang sejam mencari-cari, namun satu seluar jeans pun langsung tak
berminat. Kalau ada pun, saiznya pulak habis. Bila saiz ada, warna pula tak
berkenan. Tuhan maha mengetahui, dia tahu aku nak memboroskan diri sebab tulah
pencarian aku hari ni menemui kegagalan. “Macam tu lebih baik aku pergi makan
dulu, perut pun boleh tahan meraung dari tadi” bisik hati aku sambil menuju ke
arah restoran KFC.
Setelah
membuat pembayaran untuk set Snack Plate, aku menuju ke meja kosong di hujung
berhampiran dengan sos. Bukan apa, senang nak ambil sos, tak payah nak ke hulu
kehilir patah balik. Leceh.
Lebih
kurang setengah jam sahaja makanan yang terhidang di atas meja aku tadi licin.
Memang betul lapar aku ni sambil gelak sendirian. Usai makan aku pon berlalu
kearah sinki. Bukan main terkejut aku tatkala terpandang wajah seseorang yang
agak familiar di benak fikiranku.Otak aku tidak mampu berfikir apabila
pandangan lelaki itu tajam menusuk mataku. Ah, satu yang aku tak suka dengan
diri aku bila aku cepat kelihatan gelabah walhal tiada apa yang perlu aku
kabutkan. Ah, baru aku teringat dia lelaki yang aku nampak kat Parkson tadi.
Jahanam.
“Awak,
boleh saya tumpang tanya’”? tegur lelaki itu apabila selesai aku mencuci tangan
Dengan muka yang agak blur aku menjawab dengan gugupnya “Nak tanya apa”?.
Sebenarnya paras degupan jantung aku agak tinggi ketika itu. Rasa seperti nak
terkeluar jantung aku ni. Mana tahu laki ni perogol bersiri ke.Fuhhhh, di
fikiran aku terbayang dah benda bukan-bukan.Memang shopping mall ni kecil,
kenapa aku kena jumpa lelaki ni lagi. Masalah lain pula timbul.
“Saya
rasa macam kita pernah jumpa.Tapi saya tak boleh ingat kat mana”. Perlahan
sahaja lelaki di hadapanku ini menutur kata-kata. Jika diamati, lelaki ini agak
boleh tahan dari segi paras rupa.Tetapi agak-agakla, aku bukan macam Dora yang
pantang tengok lelaki hensem sikit dah longlai. Setakat jadi pemerhati dari
jauh bolehlah, aku mana pandai bergaul dengan golongan diorang ni. Mahu
terketar lutut aku dibuatnya.
“Tapi
saya tak pernah kenal awak.Jumpa apatah lagi” dengan yakin aku membidas
kata-kata lelaki itu. Memang sah, takde alasan lain gamaknya nak bagi.Cliche.
“Ha,mungkin dalam mimpi kot” tambah aku lagi. Tatkala itu aku sudah tergelak
sakan. Sebenarnya aku agak kekok nak berbual lama-lama dengan orang yang aku
tak kenal. Lebih-lebih lagi lelaki. Bimbang sekarang ni macam-macam kes keluar
di dada akhbar. Seriau aku dibuatnya.
Setelah
melihat muka lelaki itu seperti berkerut kerut memikirkan sesuatu, aku terus
berlalu meninggalkan lelaki tersebut. Tak kuasa aku nak tunggu lama-lama sampai
dia habis berfikir. Aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah setelah
jam menunjukkan jam 3 petang. Disebabkan kepenatan, aku tertidur bersama
pakaian dan tudung yang tidak diganti.
**********************************************
Mak
memberi sampul surat yang tertera nama aku. Aku mengambil dan terus membuka isi
kandungan surat tersebut. Serentak itu aku tersenyum apabila mendapati isi
kandungan surat itu adalah kad jemputan perkahwinan rakan sekolah yang suatu
ketika dahulu pernah rapat dengan aku. “Mun nak kahwin dah mak 2 minggu lagi,
tak sangka” jelas aku apabila melihat muka mak yang penuh dengan persoalan.
“Mun?Oh,kawan sekolah kau dulu tu”? tanya mak. Aku mengiyakan pertanyaan mak
sambil tersenyum. “Eh, macam kau pula yang nak kahwin ni. Tersenyum-senyum
macam kerang busuk” tegur mak. Teguran
mak itu membuatkan aku sedikit terperanjat. Aduh, yang aku tak tahan dengan mak
aku ni satu je, volume suara tu memang tak boleh nak control. Alamat tak lama
lagi memang aku sah jadi penghidap sakit jantung.
“Mana
ada.Merepak” jawab aku sambil berlalu ke dalam bilik. Berita perkahwinan rakan
aku itu benar-benar mengejutkan aku. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih.
Sebenarnya tahun ni sahaja berbelas –belas kad undangan perkawinan yang aku
terima. Perasaan?hmmm…
Malam
itu, aku mimpi pelik. Aku mimpi aku memakai gaun perkahwinan ala-ala princess gitu ditemani seorang lelaki.
Adakah aku yang berkahwin?Tak dapat aku gambarkan betapa meriahnya perkahwinan
yang berkonsepkan garden wedding itu.Tapi sayang, muka lelaki atau senang
cerita suami aku tu langsung aku tak nampak. Yang pastinya, dia berkulit putih
dan tinggi dari aku.Damnn. Aku pernah
dengar orang kata, kalau dalam mimpi kita tak nampak wajah seseorang tu,
maksudnya dialah bakal suami kita.Erm, petunjuk yang sangat bagus.
“Hello,
Ziana kau pergi tak wedding Mun ke”?
Tanya aku apabila telefon berjawab.”Kau yang nak kahwin ke apa”?Soalan dibalas
dengan soalan. “Ala,cepatlah berpeluh aihh aku tunggu kau ni”. Terus aku
meletakkan telefon bimbit.Tak kuasa aku nak layan alasan minah ni.
Tak
lama kemudian telefon bimbit aku berbunyi. mesej masuk. “Ok.Tunggu depan rumah
kau.Lagi 5 saat aku sampai”. Mesej dari Ziana rupanya. Kadang-kadang ayat yang
digunakan Ziana ni memang hiperbola. Nasib kawan, kalau tak dah lama aku tak
mengaku kawan.
Ziana
antara kawan yang aku rapat sejak sekolah. Walaupun kaya, tapi dia tak pernah
berlagak atau membangga diri. Semua orang tahu yang aku tak kan mulakan
sebarang perbualan sewaktu awal pertemuan. Tapi, Ziana ni lah di antara orang yang
pertama tegur aku semasa hari pertama aku di Tingkatan satu dulu. Sehingga kini, perhubungan kami tidak pernah renggang. Kalau cakap sayang, memang aku
tak tipu. Tapi memang tidaklah aku cakap depan dia. Kalau nak memalukan diri
dan kena bahan bolehlah bagitahu dia. Kaki mengejek boleh tahan perempuan
seorang ni.
Sejurus
terlihat kelibat kereta Viva biru, aku pun berlari-lari anak menuju dan masuk
ke dalam kereta tersebut. Belum panas punggung aku duduk, Ziana dah menegur aku “
Bukan main cantik kau hari ni, tu yang aku tanya tadi kau ke yang nak
kahwin”?.Terdegar ketawa garau yang menjengkelkan bikin hati aku panas sahaja.
“Aku rasa aku hari-hari cantik, tapi takdelah sejelita macam kau dengan
berkebaya pink bagai wahai kak Ziana Zain”. Perli aku. Dalam hati aku gelak
sakan. Nak perli aku konon,puihhh..
Dulu
sewaktu masih bersekolah, Ziana digelar tomboy oleh pelajar lelaki disebabkan
perangainya yang lasak dan berambut pendek. Tapi, aku tak kisah berkawan dengan
dia kerana bagi aku, dia seorang yang jujur dan tak hipokrit.
“Yelah.Aku
dah berubah ok. Manusia berubah.Mesti kau bangga kawan dengan perempuan hot
macam aku ni kan”? Pertanyaan Ziana ku biarkan tanpa jawapan. Sambil
memuncungkan bibir aku pura-pura sibuk cari lokasi peta. Perempuan ni kalau dah
start merepek meraban memang aku biarkan je malas nak layan. Lagi dilayan sawan
aku dibuatnya.
“Ok.kat
dewan yang banyak kereta tu.Jom cari parkir”. Arah aku sambil menunjuk kearah
dewan yang sudah dipenuhi kereta.
Sesampai
sahaja di dewan. Aku terus bersalaman dengan mak pengantin dan beberapa
penyambut di situ. Setelah kuhulurkan hadiah, kami bergerak untuk mengambil
makanan. Perasaan aku semacam gemuruh. Tak tahu kenapa. Sebenarnya sejak dari
rumah lagi aku rasa macam ada yang tak kena.Nervous. Tapi aku biarkan sahaja
perasaan itu berlalu.
“Eh,
Lara. Kalau aku cakap ni kau jangan pandang tau. Mamat kat meja belah hujung
kiri kau tu dari tadi asik pandang sini je. Berkenan kat kau kot”. Hampir
tersedak nasi minyak yang aku makan apabila ditegur Ziana.”Kau ni terkejut aku
jelah, nak cerita apa-apa pun tunggu aku habis makan boleh tak? Aku ni dari
semalam tak makan. Nak nasi pengantin punya pasal”. Marah aku sambil meneruskan
makan.
“Kau
kena tengok mamat tu, entah- entah kau kenal kot” pujuk Ziana lagi. Bukan aku
tak kenal Ziana ni, kalau dia suruh kau buat sesuatu, kau kena la turutkan apa
kata dia.
“Yang
mana?Baju warna apa?Aku ni dah la rabun”.Bising aku sambil meliar mencari susuk
yang dikatakan oleh Ziana tadi.
Tiba-tiba
mata aku terpersan sesuatu. “Oh my god.Macam mana lelaki ni boleh ada dekat
sini”. Hati aku berdebar-debar buat kali ke 150 juta kali. Takkan dia jodoh
aku?Jap, tapi dia sangat hensem ok pakai baju melayu.Ini aku tak tipu. Patutlah
dari tadi aku nervous. Ok apa aku nak buat? Aku nampak dia buat isyarat keluar.
Oh no, mamat ni nak apa pulak dari aku.Pening kepala dibuatnya.
“Kan
aku cakap kau mesti kenal punya dia.Dia panggil kau tu, pergilah”.Sambil
membuat isyarat mata Ziana menyuruh aku pergi berjumpa lelaki yang aku sendiri
tak pernah kenal.
Malas
nak panjangkan cerita, aku pun turuti langkah lelaki itu sehingga ke luar
dewan. “Ada apa panggil saya”?. Soal aku sambil buat muka tak puas hati.
Walaupun hensem, tapi aku bukan jenis yang mudah longlai dengan lelaki. Aku
lebih senang memerhati dari jauh.Couple? apa tu?
“Saya
rasa betul apa yang awak cakap.Saya pernah jumpa awak 2-3 kali.Pasti”. Jelas
lelaki tersebut dengan wajah yang yakin. Dia fikir aku bodoh.Keluar rumah pun
jarang-jarang, ni kan pulak terserempak 2-3 kali. “Sudahlah.Sekarang ni zaman da
berubah.Alasan lapuk”. Balas aku pula. Aku tidak selesa bila bercakap lama-lama
dengan lelaki. Oleh itu, aku sebenarnya tak nak tersangkut dengan persolan
lelaki ni yang bagi aku sungguh mengarut.
Baru
sahaja aku melangkah kaki kananku lelaki itu sudah bersuara. “Demi Allah saya
tak tipu, saya pernah jumpa awak.”. Makin berserabut kepala otak aku dengan
lelaki ni. Kalau jumpa aku kat mana-mana pun, apa masalahnya.Lantaklah dia.
Panas pula aku dengan mamat ni. Siap main sumpah-sumpah pulak.
“Ok.So?Apa
masalah dia sekarang ni”?Soal aku tak puas hati. Aku risau jugak kalau-kalau
betul aku kenal dia ke ataupun aku ada terpinjam barang dia sewaktu aku pergi
kursus. Memang kalau diamati memang wajahnya macam pernah aku kenal.Tapi, aku
tak boleh nak ingat. Kalau jumpa sewaktu kursus memang logiklah sebab da
beratus kursus aku pernah pergi sepanjang berkerja ni.
“Saya
takde niat pun nak takutkan awak, Cuma saya nak pastikan betul ke awak
ni”.Bersungguh-sungguh lelaki itu menenangkan aku.Padahal tak pernah kenal.
“Hah?pastikan
betul ke saya?Awak pernah jumpa saya kat mana”?.Kali ni aku pula nak
kepastian.Nampak gaya dia tak nak habiskan perbualan ni. Aku go with the flow
je. Dalam hati aku ragu-ragu. Kata-kata lelaki susah nak dipercayai.Ini
berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku.Bukan aku kata.
bersambung.............