Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Thursday, June 27, 2013

They need us!


Assalamualaikum..

Bila aku da hidup selama 24 tahun ni.Aku rasa macam menyesal n berdosa sebab selama ni aku macam x bersyukur dengan apa yang aku ada. Asik nak beli tu beli ini, x pernah rasa puas dengan apa yang aku dah ada. Cuba tengok orang miskin, anak anak yatim, ibu tunggal, warga Palestin sume tu keperluan mereka tu tak pernah cukup.

So, aku sangat berharap aku dapat sumbang sesuatu untuk golongan-golongan macam ni. Selain daripada duit, aku nak sangat sedekahkan baju-baju aku yang masih elok dan ada yang hanya pakai sekali je. Dan bila aku buat research sikit pasal ni, ternyata bukan barang dan wang ringgit sahaja yang kita boleh sumbangkan, malahan tenaga kita juga boleh disumbangkan contohnya kau mengajar anak-anak ni mata pelajaran sekolah agar mereka ni tak tercicir dalam pelajaran.

And, Insyaallah aku berharap aku dapat sumbangkan sesuatu untuk mereka ni. So, below are the links yang aku jumpa..


http://rumahanakyatimselangor.blogspot.com/
http://rumahanakyatimkualalumpur.blogspot.com/2008/08/senarai-rumah-anak-yatim-di-kuala.html
http://rumah-kebajikan-kbm.blogspot.com/
http://rumahserikenangan.blogspot.com/

Ad banyak act, tp ni sebahagian yang aku jumpa.Hopefully, aku dapat berbakti pada golongan ni.

Ni aku nak share video tentang seorang budak yang dulu dye seorang pengemis, tapi sekarang dah jadi artis top kat Indonesia. Im sure ramai yang dah tahu tentang penyanyi Tegar ni. Tapi aku nak share lirik dye memang perghhh sedih..Allryte then. Apa-apa pun kita kene bersyukur dengan apa yang kita ada ok. Keep luv :)




Monday, June 24, 2013

Punca kulit bermasalah!


Assalamualaikum..

As usual, aku dengan barang kecantikan n skincare x dapat nak dipisahkan.Setiap hari ada je keterujaan aku terhadap sesuatu produk tu. But, aku akan make sure supaya aku dapat exposure tentang satu produk tu x kesahlah dari blog orang lain or website produk tu.

Yang aku perasan muka aku ni satu je.

Sejak aku bekerja ni, aku malas nak cuci muka. Yang aku tahu amek wet tissue tonyoh kat muka pastu tido. Well, sebab ni lah muka aku jadi problem balik.

So, bila aku dah kaji balik, memang wet tissue x sesuai kalau nak remove make up secara detail.Sebabnya, aku pasan muka aku naik jerawat halus-halus pastu banyak. Memang x obvious, tapi kalau kau jumpa orang depan-depan haaa hambek kau, menggerutu seyhh!

Apa yang aku buat bila kulit aku masalah macam ni?

1. Aku cuci mekap menggunakan make up remover. Tapi memandangkan bio oil masih banyak, aku buat as makeup remover.






2.After that, aku akan cuci muka. Owh, btw aku ada terbaca kat satu artikel ni, x silap aku mingguan wanita.Pencuci muka yang elok sebaik baiknya adalah jenis sabun.So,lepas simplysiti  habis, aku guna sabun ni pulak.Act da lama beli, tapi x terpakai. So far, rasa tegang je bila pakai sabun ni, mcm sabun eumora plak aku rasa effect dye...hehe tapi versi murah la.





3.Lepas da cuci tu, aku akan apply kan toner dan moisturizer. Seriously lepas tu muka aku terus licin balik. Parut jerawat sume dah ilang.Alhamdulillah dalam masa 2 minggu je kulit aku licin balik.

Kalau sape yang follow blog aku korang memang tahu la kan aku ni sangat tertib menjaga muka. Tapi lepas je tamat zaman belajar, moisturizer ke mana, toner ke mana pastu aku dok complain muka jerawat bla bla bla then beli produk tah pape.

Kesimpulannya, NEVER skip mositurizer and toner. Even kau gune produk murah ke mahal ke, kalau skip steps ni, alamat muke kau harapanlaa nak mcm Nora Danish.haha.and sila guna make up remover untuk menanggalkan make up anda ye.Say  bye bye to wet tissue.




Additional info

Moisturizer - Safi lidah buaya
Toner - Syahirah (Whitening lotion Hada Labo aku da abes, so aku tukar pd Syahirah)
Krim Pencerah spf 50++ - Syahirah
Gel pengelupasan - Syahirah

Aku eksaited nak try Syahirah cuz ramai yang review produk ni bagus. So ko bleh nampak la Syahirah conquer kat atas ni haaa.


And yeahh, aku baru consume virgin coconut oil sebotol.Aku xtaw la kalau produk ni membantu hilangkan jerawat aku cuz the reason i bought this supplement untuk period pain aku yg tahap gaban sakitnyee.

So, hope that tips yg aku bagi ni sedikit sebanyak membantu korang eh!



Thursday, June 6, 2013

Lelaki bujang da kurang


Assalamualaikum..

Semalam aku ada baca artikel dari mana entah pasal golongan sekarang banyak lambat kahwin dan ada juga yang tak berkahwin, bujang ke tua.Memandangkan umur aku baru 24 tahun, rilexx der wa muda lagi, apa kecoh sangatt..So, aku tak termasuk dalam ini gambar la.

Tetapi, mengikut observation aku la kan, aku tengok ramai plak membe aku yang kahwin muda. Berkejar-kejaran nak kawen awal seperti main bermain roller blade gayanya. Aku yang tengok ni pon sawan.. sedey ah camni.Jonhhy depp poojaan hati xmasuk masuk lagi islam, cemane nak pinang eden ni haa.Ternyata kata-kata I love u tu rupanya omongan kosong.Puihhhhh.

Begitulah konflik dalaman yg terjadi dalam diri aku. Berangan sehingga menjadi sawan.Kasihan.

OK, back to business.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Prof Dr Laili Ayoko, kini lelaki bujang semakin kurang. Sebab tulah ramai wanita yang berminat dengan suami orang dan warga emas.Kalau kau tanya aku, jawapan no comment. Aku actually, x beranilah nak komen apa apa berkaitan isu ni. Takut-takut ianya terjadi pada diri daku.

Sebabnya, aku pernah terpesona dengan seorang mamat ni.. (abaikan ayat gelimat aku) Muka usah citelah, perghhhhh hensem+macho dan berkarisma..Tapi, iollz x minat yang hensem hensem ni, sorry not my taste.haha.Tapi kalau mamat ni approach, 1000 tapak tangan aku hulurkan..rezeki jangan ditolak gitu. Sekali, suatu hari tu colleague aku habaq mai kat aku yang mamat ni dah kawen ada anak sorang.. taun lepas dye kawen. Kau rasa?? sumpah aku x caya sehinggalah aku nampak dye pegang baby anta anak dye kat nursery blkg tmpt kerja aku..f734@#$%$^%&*  baru nak berangan nak anak muka cam Nora Danish..puihhhhh

So, based on experience aku, janganlah kita senang terpengaruh tengok laki yang sweet talker pastu ala-ala cam x kahwin lagi..Nasib aku dapat tahu awl, kalau aku rapat sgt dgn dye, jiwa aku yang cedera. Terus aku buat video gwiyomi.pftftttt

This situation happened to a friend of mine. She loves someone else's husband. At first, she didn't know that guy status, but after 2 years bercinta baru laki tu reveal status dye.. Kadang-kadang kita tak boleh nak salahkan kaum wanita juga, cube pikir ada ke wanita yang sanggup ambil suami orang? Kompem dye akan rasa serba salah at the first place. For me, dua dua salah, lelaki and perempuan.

So, untuk mengelakkan keluarga kucar-kacir dan sentiasa aman sejahtera, sila amalkan doa ini ye! n kalau nak cari pasangan yang baik-baik pon boleh diamalkan doa di bawah..Untung-untung ko dapat ustaz ke..haaaa




Tuesday, June 4, 2013

Review: SimplySiti facial foam


Assalamualaikum..

Bila bercerita tentang kecantikan, akulah orang yang paling banyak bercakap seolah-olah aku lah yang tahu everything about beauty walaupn muka aku x secomel Nora Danish. Dari dok membeku kat belakang tu, bila saje topik pasal kecantikan tetibe meluap-luap zemangat aku nak berkongsi sama.

Kadang-kadang aku ada terpikir jugak, mungkin aku sebenarnya dilahirkan sebagai beautycian berwajah bibik. Namun, mungkin Allah tu lebih sayangkan aku dan dia bagi aku jadi pegawai penerbitan yang langsung tiada kene mengena dgn kosmetik....errrr ..

So, lemme straighforward je la k. Kalau aku sebut SimplySiti komfem berjuta rakyat Malaysia tahu akan kewujudan ini produk. Same goes to me. Nipu nau kalau kata x pernah dengar. Tapi yang samar-samar tentang produk ni memang beriban.itu aku kompem.

SimplySiti is a product from Korea.Sebelum ni, kecoh tentang isu brush yang dikatakan mengandungi unsur kebabian, tetapi bila da dikonfemkan rupanya tiada sama sekali.Well, biasalah itu sering terjadi bila kau kat Malaysia. Unsur-unsur yang mengandungi babi memang tidak dibenarkan sama sekali, sebab dah konfem-konfemlah harommmm. Tapi, dah kata produk ni dibawah label retis letop, isu isu sebegini tade hal la beb..Dan kerana itu juga, aku pon terbeli la produk ahkak aku ni..kerrlas kakak title Dato'.

Actually, aku takde terniat pon nak beli produk ni. Tapi kalau dah namanya pon aku yang bertenggek kat kedai tu. mimpilah kalau tak beli hape-hape. Dengan promoter yang wajah bak Scha Alyahya, gila kau tak terpengaruh. Padahal dye pakai fair & lovely, promote kat aku SimplySiti. Bab menjahamkan duit aku memang terbaik.

Hasilnya, I bought this


Tapi, aku hanya beli:

1.CLEAR SOLUTION Charcoal cleanser
2.CLEAR SOLUTION Acne gel.



So far, pencuci muka dye ok lah.Takde la beza mana sebelum dan selepas pakai. Cuma, rase fresh bila kau cuci muka dgn pencuci muka dye tu. And then, acne gel tu aritu aku beli sebab jerawat dah membiak secara agresif, aku ape lagi, sambar la sekali. Mengharapkan muka seperti Siti Nurhaliza, tapi sampai sekarang muka aku dok lagu tu ja..ini semua poyo.haha.To be honest, acne gel dye ni macam takdak pe. Taktau lah kalau skin aku yang xseswai, tapi aku perasan satu je bila dipikir balik. Muka aku sesuainya dengan produk murah.. Kalau kau nak jimat boleh klik sini.Tak payah beriban ko kuar duit.

So, kesimpulannya some products x suits dgn semua orang,It depends ok. Allryte then.bai