Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Monday, September 22, 2014

Hari-hari terakhir bergelar pendakap gigi 1


Assalamualaikum,

Semalam aku ada appointment dengan dentist. Sebnanya bukan semalam, tapi kelmarin. Tabiat aku kalau appointment hari tu, mesti aku akan postpone esoknye. Aku pun pelik asal tabiat aku pelik.Korang tak pelik ke?

So, dipendekkan cerita, Dr.Fazren Dafi merawat aku seperti biasa. Aku tak faham kenapa debar semalam lain mcam. Seumpama nak tercabut jantung aku. Bagaikan jantung di hujung tanduk. Begitulah hendaknya keadaan jantung aku yang aku sayangi.Aku simpulkan yang kesan ubat aku consume tu. Serius lain mcam dowh.

Bila je turn aku masuk dalam bilik rawatan tu, jantung aku buat hal. Dia pam selaju yang boleh. Macam marathon.Ya tuhan, kadang-kadang memang aku tak boleh nak kawal organ-organ dalam badan aku ni. Bikin saspen je. Kalau ya pun, tak kan la di pangkuan doktor tu plak jantung aku ni nak buat hal.haishhh
Lima minit pas doktor tu dtang,  jantung aku pun stabil. Warm up gamaknya..kadang-kadang jantung aku memang suka buat kelakar.Pantang nampak mamat hensem lagi berkaliber dandan dye buat hal.

Fortunately, kejadian semalam berjalan dengan lancar wlaaupun haruman doktor tu menikam jiwa. Perghhh perfume apa dye pakai..Serius luntur dan kabur iman aku. Nasib baik iman aku kental. Kalau tidak, aku risau aku yang g peluk doktor tu kang..hahaha..

Dan, perkhabaran suka dan dukanya ialah aku dah cukup tempoh pakai pendakap gigi tu. Kau paham-paham la apa yang suka apa yang dukanya. Suka sebab gigi aku dah letup kebaboom alhamdulillah.. Yang duka plak, xleh nak dating dengan doktor wangi dah..sobsob

Ok, will be continue on the next entry.. Mak mentua xcakap pape lagi so aku pakai je lagi besi ni haaa...allryte



im gonna miss u mr.braces..peace one love..sobsob



Much Love
Ayoko

Tuesday, September 2, 2014

Hadiah dari hati


Assalamualaikum,

Buat sang pemberi, 
Terima kasih.
30 Ogos 2014.



Doaku buat kekasih hatiku

Ya Allah hanya padamu ku bersujud
matikan lah aku dalam keimanan
ya allah hanya padamu ku memohon
kurniakanlah kebahagiaan di akhirat
jauh dan lindungi aku dari kejahatan dunia
manusia yang sering alpa
mengejar kemewahan dunia

ku tahu suatu hari akan tiba
waktu untuk aku pergi menghadapmu
Ya Allah berikan aku kesempatan
dalam sisa waktu ini untuk aku bertaubat

sesungguhnya aku berdoa
agama umat sekian alam
ampunilah dosa-dosa kami
oh ya Allah

pancarkan cahaya kepada seluruh anggotaku
mataku telingaku hatiku seluruh anggotaku

ya Allah kabulkan doa-doa hamba
jantungku bergoncang mendengar kalimahmu..



"Ya Allah, 
Aku mohon kepadamu.
Walau setebal mana kebahagiaan yang kau limpahkan kepadaku,
Janganlah jauhkan diriku kepada-Mu Ya Allah,
Kau tetapkanlah cinta aku kepada-Mu setinggi gunung yang tidak bisa untuk aku daki,
Janganlah kau kaburi cinta aku terhadap manusia melebihi daripada cinta kepada-Mu wahai sang pencipta,
Sesungguhnya cinta yang kekal abadi hanyalah cinta buatmu wahai kekasih hatiku,
Terima kasih Ya Allah atas segalanya"...

Much love,
Hamba Allah