Dulu, aku tak pernah kenal dan faham erti 'ikhlas'. Dan, aku tak pernah berminat langsung nak selami makna ikhlas tu. Dalam hidup ni ada ke orang yang betul-betul ikhlas? Aku bagi contoh situasi ya..
1. Dalam wallet korang ada duit RM1, RM5,RM10 dan RM50. Mana yang kau akan pilih?
2. Ada satu tabung yang disediakan dalam sesuatu event yang memerlukan kau untuk sumbangkan duit, dan kebetulan time tu ada ramai orang termasuk kawan-kawan kau, adakah kau akan buat tak tahu je ataupun derma je duit supaya orang tak labelkan kau si kedekut? Dan, jumlah amaun duit yang disumbangkan tu adakah mengikut keikhlasan hati kau? Ataupun nak tunjuk pada kawan-kawan sikap dermawan kau yang langsung tak berkira pasal duit? Atau nak jaga nama?
Hmm, itu baru sentuh pasal ikhlas dalam bersedekah atau derma, belum lagi pasal keikhlasan dalam beribadat dan berpuasa? Bagaimana pulak dengan kerja/tugasan di tempat kerja ? Ikhlas ke kita buat kerana Allah? Ataupun kita buat sebab terpaksa?
Aku selalu tertanya-tanya kalau betul ada orang yang ikhlas, kenapa kita bila doa je mesti minta supaya Allah ikhlaskan hati kita? Ikhlas bila mana kau langsung tak pernah terfikir pun atau teringat segala perbuatan baik yang pernah kau buat dan kadang-kadang kau lupa yang kau pernah lakukan perkara baik tu. Tapi, Allah tak pernah lupa. Sebab tu, Malaikat tu diutuskan untuk mencatat segala amalan baik dan buruk yang manusia lakukan...sebagai bukti kat akhirat nanti..
Tapi, kita ni manusia biasa. Mana mungkin kita lupa perbuatan baik yang kita buat. Tapi, perbuatan jahat kita mudah je lupa. Contohnya, mengumpat. Kau ingat tak berapa kali kau mengumpat dalam setahun? Kau ingat tak berapa jumlah duit yang kau pinjamkan pada kawan kau? Kau ingat tak kali terakhir kau buat qiamullail?Errrr...jadi, ikhlas ke kita?
Sebenarnya aku sendiri susah nak ikhlaskan hati aku dalam sesuatu perkara. Hati kata ikhlas. Tapi, sejauh mana keikhlasan tu diukur? Pasti ke itu dikira ikhlas?
Hakikatnya, keajaiban ikhlas tu sebenarnya terletak di setiap sudut ruang diri kita. Bukan sahaja hati, tapi semua anggota badan kita yang menyambungkan dan menghubungkan setiap satu fungsi kepada fungsi yang lain. Insya Allah, aku doakan agar kita semua memperoleh keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan..aminn..
Much love
Ayoko