Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Thursday, May 12, 2016

Us

Assalamualaikum,

Lately ni semangat aku da takde. Separuh jiwa aku dah pergi. Takde apa yang tinggal..Sejak arwah kak Adah n arwah opah meninggal, aku rasa macam dunia dah hampir kiamat. Sungguh, aku tak pernah rasa macam ni. Mungkin jarak mereka tak jauh, sebulan lebih je. That's why aku rasa macam down. Orang yang paling aku kesian of course mak aku..Dia yang paling rapat dengan arwah opah. Lagi pulak, arwah opah dan arwah kak Adah tinggal dengan aku. Mungkin tu yang membuatkan susah nak terima kenyataan bila mereka dah tiada. Tapi aku yakin, percaturan Allah tu tepat. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Arwah opah pernah tanya aku banyak kali bile aku nak kahwin? Jawapan aku simple je, malasla...nak jaga mak dengan opah..Tapi, tulah tak sempat sebab dia dah pergi menghadap Ilahi dulu.

Teringat aku tahun lepas, sewaktu Han ajak aku kuar malam tu waktu kat kampung..Aku katakan pada dia malas la, sebab dah malam, tak elok pulak anak dara kuar malam..lagi pulak, masa tu aku sakit hati dengan si Han tu..mood nak keluar memanglah takde. Tapi, Han ajak juga sebab dia memang nak sangat jumpa dan keluar dengan aku. Untuk puaskan hati dia, aku pergi tanya mak yang keebtulan ada di tingkat atas dengan opah. Mak waktu tu tengah tidur, so aku malas la nak gerak. Aku bagi tahu opah yang Han ajak keluar, dengan harapan opah xbagi aku keluar sebab dah malam. Ternyata sangkaan aku meleset, opah yang beria suruh aku keluar dengan Han. Katanya, tak baik menghampakan permintaan orang. Ok, kenapa opah yang beria? dalam hati aku, kalau opah nak, opah jelah keluar dengan dia..Tapi, akhirnya aku keluar juga dengan Han,.. Opah memang suka sangat dengan si Han ni, sebabnya Han ni pandai bersembangla, hensemlaaa(muntah) dan yang penting dia ni dekat je dengan kampung aku..so senang la kalau nak balik kampung... Pelikkan, baru jumpa pertama kali je, opah terus da suka pada Han....amboiii ilmu apa tah dia pakai tu... Tapi, lepas ni mungkin aku da jarang balik kampung...semalam aku tanya pada mak, tahun ni nak balik raya bila? selalunya 3-4 hari sebelum raya famili aku akan balik kampung.. Tapi, jawapan mak aku yang paling aku x sangka..dia xnak balik..dia nak raya kat KL. Aku tahu yang mak sebenarnya sedih.. Aku tanya lagi pada mak, takkan mak xnak lawat kubur arwah opah? Jawapan mak, kalau balik kampung pun, mungkin akan balik raya ke-2..Biasanya, saban tahun akan singgah ke 1 kubur je,.Tapi tahun ni ada tambahan 2 lagi...so akan ada 3 yang akan kami singgah.. Jujurnya, sampai ke detik ini, tiap kali teringat je mesti akan sedih. Lumrah manusia yang pergi tetap akan pergi dan takkan kembali. Bukan tak redha, tapi masih belajar untuk redha.

Apa yang tertulis kita kena terima. Kadang-kadang apa yang dirancang tak akan menjadi kenyataan tanpa izinnya. Mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dan diberikan petunjuk dan hidayah..InsyaAllah..aminn..

*aku da takde kawan sembang pagi2 sebelum pergi kerja,n takkan ada dah orang yang akan ketuk pintu bilik pagi2 sebab nak ambil tuala dan solat...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...aminnn

Monday, April 25, 2016

Maaf

Assalamualaikum,

Kadang-kadang tiada kata yang terluah apatah lagi untuk aku titipkan di sini. Aku hanya mampu untuk simpan dalam hati dan aku pasti lama-kelamaan apa yang aku simpan akan semakin dilupakan. Seboleh-bolehnya aku tak mahu perkara-perkara sedih menghantui diri aku sehingga ke akhir hayatku. Hanya coretan ringkas dapat aku luahkan di sini agar segala kesedihan tidak bersarang di benak fikiranku.

Belum pun sempat tahun 2016 mencapai pertengahannya, dua orang insan yang rapat dengan aku telah pergi buat selama-lamanya. Kadang-kadang aku rasa umpama hampir kiamat dan aku rasa hampir putus asa.Apa yang paling aku kesalkan ialah aku tak sempat nak minta maaf kepada mereka.Itulah penyesalan terbesar dalam hidup aku. Ditambah pula dengan lepas satu-satu tragedi yang menimpa diri aku dan keluarga.

Aku tahu walau air mata darah sekalipun yang mengalir, tetap tak dapat hapuskan penyesalan aku pada mereka yang telah pergi. Aku akui yang aku hampir lupa diri..aku lupa pada pencipta aku.Aku leka dengan dunia aku sendiri. Mungkin inilah hikmah yang ingin ditunjukkan kepada aku. Semoga Allah beri aku petunjuk untuk aku sentiasa istiqamah dalam mencari keredhaanNya.

Hanya satu je pesanan aku, sentiasalah minta maaf kepada orang di sekeliling kita dan seboleh-bolehnya jagalah hati dan perasaan sesiapa sahaja. Remember that manusia adalah makhluk tuhan yang paling istimewa. Kita akan sedar kebaikan mereka setelah mereka tiada di sisi kita. Di kesempatan ini juga, aku nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakitkan hati, terumpat atau termengata sama ada secara sengaja atau pun tidak..

Buat arwah Kak Adah dan arwah opah, semoga kalian tenang di sana. Al-fatihah..semoga kita jumpa di syurga..InsyaAllah..aminn. i miss both of u :'(