Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Tuesday, September 2, 2014

Hadiah dari hati


Assalamualaikum,

Buat sang pemberi, 
Terima kasih.
30 Ogos 2014.



Doaku buat kekasih hatiku

Ya Allah hanya padamu ku bersujud
matikan lah aku dalam keimanan
ya allah hanya padamu ku memohon
kurniakanlah kebahagiaan di akhirat
jauh dan lindungi aku dari kejahatan dunia
manusia yang sering alpa
mengejar kemewahan dunia

ku tahu suatu hari akan tiba
waktu untuk aku pergi menghadapmu
Ya Allah berikan aku kesempatan
dalam sisa waktu ini untuk aku bertaubat

sesungguhnya aku berdoa
agama umat sekian alam
ampunilah dosa-dosa kami
oh ya Allah

pancarkan cahaya kepada seluruh anggotaku
mataku telingaku hatiku seluruh anggotaku

ya Allah kabulkan doa-doa hamba
jantungku bergoncang mendengar kalimahmu..



"Ya Allah, 
Aku mohon kepadamu.
Walau setebal mana kebahagiaan yang kau limpahkan kepadaku,
Janganlah jauhkan diriku kepada-Mu Ya Allah,
Kau tetapkanlah cinta aku kepada-Mu setinggi gunung yang tidak bisa untuk aku daki,
Janganlah kau kaburi cinta aku terhadap manusia melebihi daripada cinta kepada-Mu wahai sang pencipta,
Sesungguhnya cinta yang kekal abadi hanyalah cinta buatmu wahai kekasih hatiku,
Terima kasih Ya Allah atas segalanya"...

Much love,
Hamba Allah

Friday, August 22, 2014

Braces and fashion?

Assalamualaikum,

Since I’m turning 25, I feel like kakak-kakak and aku macam da reda la with any gelaran yang those people panggil aku. Just so u know that, masa aku 20-22 y/o, most people call me kakak, even I guess that diorang yang sepatutnya dipanggil kakak sebab obviously la they look older and mature than me. I feel like, heyyy what is your problem call me like that? See……. How sensitivenya bila usia ni menjadi isu especially ‘perempuan’ macam ahkak.

But, what happen now is, people start calling me ‘dik’. Di usia aku yang mcm sekarang ni sebnanye aku x expect pun people call me adik..sebab, first thing first is, aku da keje. Hey, come on la, xkan la nak panggil dik kot?jatuhlah reputasi i!! Mesti orang fikir yang aku ni baru lepas SPM walaupun da berabad aku abes kot.


So, jenuh aku pikir punya pikir, telek punya telek muka aku ni, barula dapat idea.Otak aku mula menunjukkan ion-ion positif dan bila aku start merepek mcm ni uolz tahulah kan I try to make u guys laugh even it’s not funny.haha…

So,finally aku dapat jawapan kepada persoalan ini. I think that this is because of my braces. Muka aku nampak bujur dan kecil. Pendek cite mcm Nora Danish.Eh?? awet muda dan comel..muahahhaha..just joking

Aku bukan suruh korang pakai braces sebab nak cantik, nauzubillah..kalau gigi korang da letup, tidak perlu mengubah ciptaan Allah. Just be confident and keep smiling exactly macam apa yang aku tengah buat sekarang ni.. keep smiling while typing..bukankah ciptaan Allah itu semua indah-indah belaka? Aku punya alasan tersendiri kenapa aku pakai besi ni.. Tidak sama sekali berangan-angan untuk mendapatkan bentuk muka atau gigi yang cantik. Kesempurnaan bukan perkara utama dalam hidup aku..let me keep this braces story in my heart..gitteww

Tapi, nowadays, aku ada jumpa satu iklan kat fesbuk pasal satu braces untuk fesyen. Dia mcam trend la uolzz. Pakai untuk cantik.errrrr.... no comment. 

So, that's it..

Much love
Ayoko



Tuesday, August 12, 2014

Aku Bukan Malaikat


Aku bukan Malaikat

Walau seteguh mana sekalipun imanku, memang hakikatnya aku bukan malaikat,
Aku adalah insan biasa, dilahirkan ke bumi ini sebagai hamba Allah
Berkongsi kesedihan bersama kalian tatkala Gaza dizalimi zionis laknatullah
Ya, aku tak sehebat saudara maraku di sana, aku akui aku lemah.
Hanya doa mampu aku titipkan buat kamu wahai penghuni firdausi


Aku bukan Malaikat,

Tetapi aku yang kerdil ini insyaallah akan sentiasa berhijab demi agamaku
Walau di hati tak siapa tahu kemelut yang bersarang di jiwa,
Yang pasti Dia lebih mengetahui segala-gala yang berserakan di hati ini.


Aku bukan Malaikat,

Justeru aku perlukan kamu sebagai pelindung, sebagai pendamping, dan sebagai pepohon 
untuk dahan ini bersandar.
Mahukah kamu? relakah kamu?
Pergilah menghadap Tuhanmu. Dia setia menunggumu di 1/3 malam.

Thursday, July 17, 2014

Korea dan aku memang tak boleh dipisahkan

Assalamualaikum,

Happy fasting everybody!! Nama saya Ayoko, tapi darah yang mengalir dalam badan saya bukan dari kalangan komunis haa. Ini adalah truly Malaysian yang berwajah bak korea.ececececec...

Anyway, bercerita pasal Korea, as u all know itulah tempat yang aku idam-idamkan selama ini..Tapi, belum berkesempatan nak melawat ke sana..Tunggu aku kawen, aku ajak laki aku honeymoon sana...sweet sweet la kononnya..haishhhh x sabar pulak kita nak kawen....hagagagaga...

So, when talking about korea, memang fenomena yang depa bawak ke negara kita ni memang mcm tsunami dah aku tengok. Bukan aku je terpengarauh, siap mak dengan opah aku  yang umo 73thn tu pun terjebak sama. Apatah lagi anak buah aku yang baru 2 tahun..haaa detail kau umo siap.

Kalau kau tanya aku pasal korea, inilah manusia yang boleh menceritakan segala-galanya, konon akulah queen of korea gitu..padahal jejak kaki ke sana pon idok.hihkhikhik. Jangan salah paham, maksud aku kalau kau tanya pasal running man ke, drama korea ke, itu aku lah master nya. Jangan kau tanya tiket masuk ke Everland udahlah..jenuh mak nak google uolzz..

Jadi, untuk tatapan kalian, aku belanja gamba ehem ehem aku..semoga gamba ni dpt merangsang korang untuk TERUS berpuasa...haha.Tetibe aku tengok muka mamat ni mcm muka aku EH? berjodohkah kami? errrrrrr....hahah..bye c ya






                               

Much love'
Ayoko                                                    

Wednesday, July 16, 2014

Gaza need us!!

Assalamualaikum,

Sekarang Gaza tengah kritikal akibat diserang Israel laknatullah. So, sebagai seorang Muslim aku memang kalau boleh tak nak langsung ketinggalan untuk bantu saudara seislam kita di sana. So, kat sini ada few steps yang boleh kita lakukan untuk sedikit sebanyak membantu mereka. Mudah-mudahan sedikit bantuan ni dapat meringankan bebanan dan boleh tampung bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk mereka.Mudah-mudahan di bulan ramadan ni, pahala kita akan berlipat ganda dengan amalan yang kita lakukan ni. Sorry for the straightforward intro.

1. kalau nak menderma boleh ikut panduan ni




2. Boikot barangan keluaran israel

3. Sama-sama doakan buat saudara kita di Gaza


4. Teruskan berdoa usai solat fardu kerana doa adalah senjata orang mukmin. Mudah-mudahan doa kita diterima Allah dan jangan putus berdoa untuk mereka ya. InsyaAllah. TQ


Much love
   Ayoko

Monday, July 7, 2014

please read this if u think that u're awesome

Assalamualaikum,


Semenjak bulan puasa ni aku asik kekurangan tidur. Kesannya, mata aku mula ada menunjukkan lingkaran hitam semacam panda. Tapi, tu hanya untuk sebulan je. So, aku kena sabar dan nanti raya aku boleh qada' balik tidur aku.haha..

ok. aku nak cerita kisah yang tiada kaitan dengan pengenalan di atas.

Sebelum ni, aku ada tersuka pada seseorang ni, actually dari tahun lepas lagi. Tapi aku tak mengharapkan apa-apa sebab memang agak mustahil. Tapi yang aku pasti, semua crush aku ni mesti start dengan huruf A. Adakah aku sememangnya berjodoh dengan depa ni?haha...

Nak dipendekkan cerita, si A ni contact aku 2 bulan lepas and until now he still contact me. Memang tak dinafikan aku memang pernah suka dia.Dan, setiap kali lepas solat, aku mesti akan doa kalau betullah dia untuk aku, maka permudahkanlah segalanya, tapi kalau dia bukan jodoh aku, maka timbulkanlah perkara2 yang boleh membuatkan aku  rasa jauh dengan dia.

At the first place, yeah. Aku admit aku senang dengan dia. Tapi, sekarang ni aku rasa macam jauh dengan dia.Perasaan aku memang dah takde langsung untuk dia.Gila tak? kejap je perasaan tu..Termakbulkah doa aku? and now aku hanya nak beri kasih sayang pada parents and family aku je.memang agak poyo ayat aku ni, tapi aku memang sweet kot.So, terima jelah hakikat tu ye!!

........................................................................................................................

Mungkin aku terlalu bosan dan mengantuk sehingga mengarang cerita mengarut ni...hahaha..tq for reading!!! xsabar nak hang out dengan kawan Uni n sekolah..miss them so much!!

Much love'
laili