Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Wednesday, November 5, 2014

Kisah aku dan pejabat

Assalamualaikum,

Semenjak bekerja, aku tak penah post gamba aku dan rakan-rakan satu department, senang cite gamba yang adalah ialah gamba selfie bak nora danish tak berapa nak siap.Haha..Ini sebab takde orang nak amek kan gamba aku sob sob.

Sebnanya aku adalah seorang pemalu, bila beraksi depan kamera muka aku suci persis bayi yang baru dilahirkan. Jadi, mak aku habaq, tak baik hipokrit. Jadi, bila selfie diperkenalkan, aku adalah manusia yang mula-mula sekali faham erti keterujaan. Lihat sahaja dekat dalam fon aku, 3267426478748&*^%!@###$ keping gambar 'selfie' aku. . Tapi, dun worry bebeh, aku selfie sorang-sorang, tak mainlah tayang kat fesbuk, aku cintakan privacy. So, yeahh sebab itu aku bukan dilahirkan dalam kalangan retiss walaupun darah yang mengalir dalam badan aku ni ada kacukan seni.

Zaman belajar aku adalah sangat berbeza dengan masa aku bekerja. Dulu, aku boleh dikatakan berkawan dengan orang yang letop dan femes. Bukan aku yang nak act, depa yang nak...aku ok je universal la katakan..So, tempiasnya dapatlah sikit aku rasakan. Kalau dulu, aku aktif join berlakon,menyanyi bla bla bla, so secara tidak langsung bahang nora danish tu sipi-sipi dah kene kat aku.
Sebab tulah, aku tak heran sangat populariti bagai ni..muahhaha

Bukan itu je, zaman bergelar pelajarlah aku berani buat hal ponteng kelas, lewat datang kelas, makan nasi lemak, buli orang, meniru tu toksah cite every sem aku buat, nasib baik aku berpengalaman coverline cemerlang, tapi kenakalan aku tu terbatas semenjak aku berkawan/sebilik dengan budak-budak dekan. Secara tidak langsung, aku pun turut jadi insaf dan kembali ke pangkal jalan..Hasilnya seperti yang korang nampaklah skang, laili yang ayu,manis lagi bersopan-santun kekal hingga ke hari ini....muahhahah

Nak dijadikan cerita dan dipendekkan cerita supaya related dengan tajuk entry aku, zaman kegemilangan aku diteruskan apabila aku berkhidmat di bawah pusat RNI,MKM. I absolutely feel grateful cuz having colleague macam diorang because we help each other..walaupun aku yang paling muda dan comel.hahah

So, that's it..Enjoy?yay or nay? Nah aku blanje gamba...haha

Bye,,,
Much love
Ayoko

nasib aku pakai heels yg betul2 heels.heee

waktu 5S, dah macam mangsa banjir aku tgk

kan dah kata,bab selfie aku demam pon bleh sihat

masa kolokium,Melaka..yg laki 2 orang tu pembuli!! pembuliiii!!

during BP yang aku jd emcee kengkononnya tu..hihi

boleh tahan playboy abby yus nii

sesi bermaaf-maafan selepas masing2 kutuk each other..haha





Friday, October 3, 2014

Kenapa manusia sangat awesome?

Assalamualaikum,

Hey, it's friday! Pepagi lagi aku da bedal Nasi Dagang. Memang harapan menjadi layu nak kuruskan badan. Agaknya aku memang dah dilahirkan untuk menjadi segini badan aku. Pasrah aku.Aku memang berdendam dengan lemak aku ni.Tak reti nak blah.

Tapi xpe, keajaiban akan berlaku jua satu hari nanti. Just wait and see.

Anyway, I just thinking to share some of my opinion about life. Kau pepaham jelah, bila usia makin meningkat, kematangan pun setara dengan pemikiran. Hakikatnya, aku memang bukan lagi budak hingusan yang engkorang sesenang je nak buli, walhal kat ofis aku selalu dibuli untuk bancuh air dan mop lantai..apakah??? hihi...

So, aku perasan yang dalam hidup ni kita kene belajar memberi dan menghargai. Not even for human, but all the god's creatures.We are special in our own. Whenever aku bagi sesuatu kat orang, depa mesti appreciate. Honestly dari sudut hati aku, kalau aku boleh bagi jiwa aku ni kat orang (kalau benda ni boleh menggembirakan mereka) Insyaallah I will. Mungkin bila kita bagi sesuatu kat orang, orang itu akan mendoakan kita.Kan? x gitu?

Jadi, jangan kedekut dan berkira untuk memberi. Pls appreciate setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita tu. Insyaallah Allah akan mempermudahkan dalam setiap apa yang kita lakukan. Inilah kegembiraan yang paling tak tenilai dalam hidup kita yang sementara ni.

Last word, di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti selama ini and Selamat Menyambut Hari Raya Qurban kepada semua muslimin di dunia. Kelas satu dunia baca blog aku dowh!!haha....

Remember, manusia ni sangat awesome kalau kau pemurah,suka memberi dan suka menghargai!!!

daaa....c ya!!

Much Love,
Ayoko

Monday, September 22, 2014

Hari-hari terakhir bergelar pendakap gigi 1


Assalamualaikum,

Semalam aku ada appointment dengan dentist. Sebnanya bukan semalam, tapi kelmarin. Tabiat aku kalau appointment hari tu, mesti aku akan postpone esoknye. Aku pun pelik asal tabiat aku pelik.Korang tak pelik ke?

So, dipendekkan cerita, Dr.Fazren Dafi merawat aku seperti biasa. Aku tak faham kenapa debar semalam lain mcam. Seumpama nak tercabut jantung aku. Bagaikan jantung di hujung tanduk. Begitulah hendaknya keadaan jantung aku yang aku sayangi.Aku simpulkan yang kesan ubat aku consume tu. Serius lain mcam dowh.

Bila je turn aku masuk dalam bilik rawatan tu, jantung aku buat hal. Dia pam selaju yang boleh. Macam marathon.Ya tuhan, kadang-kadang memang aku tak boleh nak kawal organ-organ dalam badan aku ni. Bikin saspen je. Kalau ya pun, tak kan la di pangkuan doktor tu plak jantung aku ni nak buat hal.haishhh
Lima minit pas doktor tu dtang,  jantung aku pun stabil. Warm up gamaknya..kadang-kadang jantung aku memang suka buat kelakar.Pantang nampak mamat hensem lagi berkaliber dandan dye buat hal.

Fortunately, kejadian semalam berjalan dengan lancar wlaaupun haruman doktor tu menikam jiwa. Perghhh perfume apa dye pakai..Serius luntur dan kabur iman aku. Nasib baik iman aku kental. Kalau tidak, aku risau aku yang g peluk doktor tu kang..hahaha..

Dan, perkhabaran suka dan dukanya ialah aku dah cukup tempoh pakai pendakap gigi tu. Kau paham-paham la apa yang suka apa yang dukanya. Suka sebab gigi aku dah letup kebaboom alhamdulillah.. Yang duka plak, xleh nak dating dengan doktor wangi dah..sobsob

Ok, will be continue on the next entry.. Mak mentua xcakap pape lagi so aku pakai je lagi besi ni haaa...allryte



im gonna miss u mr.braces..peace one love..sobsob



Much Love
Ayoko

Tuesday, September 2, 2014

Hadiah dari hati


Assalamualaikum,

Buat sang pemberi, 
Terima kasih.
30 Ogos 2014.



Doaku buat kekasih hatiku

Ya Allah hanya padamu ku bersujud
matikan lah aku dalam keimanan
ya allah hanya padamu ku memohon
kurniakanlah kebahagiaan di akhirat
jauh dan lindungi aku dari kejahatan dunia
manusia yang sering alpa
mengejar kemewahan dunia

ku tahu suatu hari akan tiba
waktu untuk aku pergi menghadapmu
Ya Allah berikan aku kesempatan
dalam sisa waktu ini untuk aku bertaubat

sesungguhnya aku berdoa
agama umat sekian alam
ampunilah dosa-dosa kami
oh ya Allah

pancarkan cahaya kepada seluruh anggotaku
mataku telingaku hatiku seluruh anggotaku

ya Allah kabulkan doa-doa hamba
jantungku bergoncang mendengar kalimahmu..



"Ya Allah, 
Aku mohon kepadamu.
Walau setebal mana kebahagiaan yang kau limpahkan kepadaku,
Janganlah jauhkan diriku kepada-Mu Ya Allah,
Kau tetapkanlah cinta aku kepada-Mu setinggi gunung yang tidak bisa untuk aku daki,
Janganlah kau kaburi cinta aku terhadap manusia melebihi daripada cinta kepada-Mu wahai sang pencipta,
Sesungguhnya cinta yang kekal abadi hanyalah cinta buatmu wahai kekasih hatiku,
Terima kasih Ya Allah atas segalanya"...

Much love,
Hamba Allah

Friday, August 22, 2014

Braces and fashion?

Assalamualaikum,

Since I’m turning 25, I feel like kakak-kakak and aku macam da reda la with any gelaran yang those people panggil aku. Just so u know that, masa aku 20-22 y/o, most people call me kakak, even I guess that diorang yang sepatutnya dipanggil kakak sebab obviously la they look older and mature than me. I feel like, heyyy what is your problem call me like that? See……. How sensitivenya bila usia ni menjadi isu especially ‘perempuan’ macam ahkak.

But, what happen now is, people start calling me ‘dik’. Di usia aku yang mcm sekarang ni sebnanye aku x expect pun people call me adik..sebab, first thing first is, aku da keje. Hey, come on la, xkan la nak panggil dik kot?jatuhlah reputasi i!! Mesti orang fikir yang aku ni baru lepas SPM walaupun da berabad aku abes kot.


So, jenuh aku pikir punya pikir, telek punya telek muka aku ni, barula dapat idea.Otak aku mula menunjukkan ion-ion positif dan bila aku start merepek mcm ni uolz tahulah kan I try to make u guys laugh even it’s not funny.haha…

So,finally aku dapat jawapan kepada persoalan ini. I think that this is because of my braces. Muka aku nampak bujur dan kecil. Pendek cite mcm Nora Danish.Eh?? awet muda dan comel..muahahhaha..just joking

Aku bukan suruh korang pakai braces sebab nak cantik, nauzubillah..kalau gigi korang da letup, tidak perlu mengubah ciptaan Allah. Just be confident and keep smiling exactly macam apa yang aku tengah buat sekarang ni.. keep smiling while typing..bukankah ciptaan Allah itu semua indah-indah belaka? Aku punya alasan tersendiri kenapa aku pakai besi ni.. Tidak sama sekali berangan-angan untuk mendapatkan bentuk muka atau gigi yang cantik. Kesempurnaan bukan perkara utama dalam hidup aku..let me keep this braces story in my heart..gitteww

Tapi, nowadays, aku ada jumpa satu iklan kat fesbuk pasal satu braces untuk fesyen. Dia mcam trend la uolzz. Pakai untuk cantik.errrrr.... no comment. 

So, that's it..

Much love
Ayoko



Tuesday, August 12, 2014

Aku Bukan Malaikat


Aku bukan Malaikat

Walau seteguh mana sekalipun imanku, memang hakikatnya aku bukan malaikat,
Aku adalah insan biasa, dilahirkan ke bumi ini sebagai hamba Allah
Berkongsi kesedihan bersama kalian tatkala Gaza dizalimi zionis laknatullah
Ya, aku tak sehebat saudara maraku di sana, aku akui aku lemah.
Hanya doa mampu aku titipkan buat kamu wahai penghuni firdausi


Aku bukan Malaikat,

Tetapi aku yang kerdil ini insyaallah akan sentiasa berhijab demi agamaku
Walau di hati tak siapa tahu kemelut yang bersarang di jiwa,
Yang pasti Dia lebih mengetahui segala-gala yang berserakan di hati ini.


Aku bukan Malaikat,

Justeru aku perlukan kamu sebagai pelindung, sebagai pendamping, dan sebagai pepohon 
untuk dahan ini bersandar.
Mahukah kamu? relakah kamu?
Pergilah menghadap Tuhanmu. Dia setia menunggumu di 1/3 malam.