Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Monday, March 9, 2015

Beautiful wedding with beautiful people

Assalamualaikum,

Masa kecik-kecik dulu aku selalu berangan kengkonon nak wedding ala-ala garden, aku lah princess yang pakai gaun sekembang alam macam cinderella tu. Lepas tu, nak pulak ada prince charming yang mempunyai seraut wajah yang tampan datang melamar aku..cewahhhh..(angan-angan yang aku adaptasikan dan aku hanya dapat realisasikan melalui penulisan....sungguh kasihan..sob sob)

Tapi, bila dah dewasa ni, angan-angan tu terkubur layu sebab aku sedar yang aku hanyalah Laili Ayoko bukan Nora Danish apatah lagi Siti Nurhaliza. So, aku pun hentikanlah angan-angan karut aku tu..haha..kot kalau Tunku Jalil tu melamar aku ke sape tahu kan?hakss...

So, back to the story, on 21 Feb yang lepas, cousin aku pun melangsungkanlah perkahwinannya di Taman Rekreasi Bukit Jalil. Aku ingatkan akulah manusia yang paling eksaited dalam dunia, rupanya ternyata silap. Kakak ipar akulah manusia yang paling20x eksaited.Aku tak tahu nak gambarkan macam mana dah ke'eksaited'annya tu,, dye umpama mcm baby yg baru dapat menyusu...habaq hang..dari A to Z sume dye eksaited. Aku hanya mampu melihat dan melihat dan melihat. Hebat bukan kakak ipar aku? kalau kau ada masalah berkenaan relationship ke, cinta ke, apa-apa jelah, kakak ipar aku adalah manusia yang paling tepat untuk kau rujuk.Pendek kata, kakak ipar aku adalah seorang  wanita perkasa yang serba-serbi boleh..Belum lagi bak selfie, lepas dye, dye, lepas dye,dye balik. Kalau kau gune kamera yang kodak tu kan, dalam 30 keping, mungkinlah gambar kau terselit sekeping dua.haha...(nasib baik dye xtaw kewujudan blog ni, kalau x mampuih den kene sembelih aihh)..

Tapi, sejak dari kejadian wedding tu, tabiat selfie tu seolah-olah dah berjangkit pada aku dan sepupu aku. Buktinya ada aku paparkan di bawah..haa mcm 999 dah ayat aku nih..


Kesimpulannya, gamba pengantin ada 2 keping je dalam simpanan aku, selebihnya gamba.....xpayah tanya kau orang pun da paham kan..hehe..so, here we go, garden's wedding...
























finally sekeping gamba bersama pengantin..i told ya!!!walaupun pengantin xpndg kamera..errrr


Fuuhhh,lama betul aku nak saring gamba , xnak la kak ipar aku overshadow aku kennnn..........

Ok,happy reading..xoxo


Much love
Ayoko

Tuesday, February 3, 2015

Saviour

Assalamualaikum

Dulu aku ada seorang kawan baik,  Kalau nak diikutkan aku kenal sejak tadika, tapi bila tolak tambah bahagi darab lebih kurang dalam 12 tahun aku kenal. Tapi mula rapat since aku di sekolah menengah. Dia selalu jadi saviour aku waktu aku kene buli dulu, waktu kt kelas dsb. Kalau nak diceritakan aku pun dah xigt sgt. Faktor usia mungkin..kiki..Almost every activity yang aku buat semua dengan dia. Family dia pun semua aku kenal. Menjadi saviour aku dlm setiap perkara yang aku buat.

Tapi, aku paham, bila da menginjak ke alam dewasa ni apa yang aku harapkan tak kan sama dengan waktu dulu. Memang aku rindu dia yang dulu, yang bagi aku cukup sempurna.

Dear saviour, sekiranya aku tak pernah cakap benda ni, hari ni aku nak cakap yang million thanks sebab penah jd kwn aku. Kenangan kita dulu2 memang aku takkan lupa sampai bebila. Dulu aku takde pape pun, in fact aku bukanlah punya ramai kawan, tapi Allah hadirkan dia untuk memberi keceriaan dalam hidup aku yang kosong dulu.

Walaupun kita masing-masing dah berubah, but in my mind, u're still saviour yang 12 tahun lepas aku kenal.








Thursday, January 22, 2015

Sempurna oleh waktu


Assalamualaikum,

Sejujurnya aku telah mati. Perasaan. Kebebasan.Nafsu. Hanya yang tinggal jasad yang bernyawa. Itu pun jika diizinkan Allah untuk terus menghembuskan nafas di muka bumiNya.

Benarlah apa yang orang kata, waktu yang paling sukar dalam kehidupan ni bila saja kau tempuh alam perkejaan dan perkahwinan.

Mungkin aku hanya mengaplikasikan 'sempurna oleh waktu' dalam kehidupan seharian aku. Apa yang jadi aku teruskan, apa yang buruk aku cuba elakkan, dan apa yang berlaku  aku cuba berlapang dada. Supaya aku dapat menjadi insan yang cekal dan kuat.

Perkara yang mendatang aku cuba telan. Tiadalah kehidupan tanpa pancaroba, tiadalah laili tanpa ayoko.EH?

Puitis gak kata-kata aku ni..kihkih..

Last word, pls tk cr of urself frens..errmmm i miss him, truly miss him..

Much love
Ayoko

Thursday, January 8, 2015

Selamat tahun baru 2015

Assalamualaikum,

Since tahun baru pun dah membuka tirai, secara tidak langsung aku pun nak buka azam baru dengan harapan baru. Sebenarnya, aku tak pernha pun tanam azam ke apa sebab sama je, bukan tercapai pun, paling tidak pun aku forward2 ke depan. Last2 harapan menjadi layu..

Tapi, pembukaan tahun baru jugak da buat aku sedih dengan 2-3 perkara. Tapi, sebagai seorang yang cool dan comel as usual, perkara tersebut tak pun membenakkan fikiran aku yang memang sentiasa kusut ni.sedih bukan kisah aku?sobs

So, azam tahun baru aku nak lupakan perkara indah yang terjadi pada tahun 2014. Sebab, nanti kita akan dibayangi dengan memori indah yang pada hakikatnya benda tu tak lagi releven bagi tahun baru ni.

Jadi, kepada semua pembaca catatan akhir sekolah, akak nak wish uolz selamat tahun baru 2015!!! yuhhuuu.. pls read this entry with happy mood k!

Monday, December 29, 2014

Selamat malam dunia


Selamat malam dunia,
Walau kita berjauhan,
Kami sentiasa denganmu,
Untuk mendoakan kalian,

Selamat malam dunia,
Di saat kami bahagia,
Kau pula menderita,
Mencari sebutir kejujuran

Selamat malam dunia,
Mogamu lena di sana,
Di sisi tuhanmu,
Pastinya bahagia.

*Titipan buat saudara-saudara kita. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di seluruh dunia. Sesungguhnya, tuhanmu sentiasa ada di sisimu. Moga tahun 2015 memberi kita sinar baharu dan menjadikan kita hambaNya yang beriman dan bertaqwa..aminnn

Thursday, December 18, 2014

Review: Olay regenerist serum


Assalamualaikum,

It's been quite long time jugak aku x buat review about beauty product. Since everyone know that I've been faicng a toughest month, so aku x dapat membahagikan masa dengan sempurna gittew...

So, sepanjang kesepian aku daru dunia blog, aku sebenarnya telah menjumpai satu solusi yang mengakses kepada penyerlahan kecantikan bak mutiara mekar mengindahkan muka tuan/puan. Atau ayat yang lebih ringkas, produk yang kasi muka kau yang dah mulus tu, berkali ganda mulus. contohnya sekarang ni muka kau da sekali mulus, bila kau pakai produk ni, muka kau akan jadi 20x mulus. Terkesima x? Aku pon..

Keterujaan tentang produk tu membuatkan aku x boleh duduk diam.Panas punggung dibuatnya tatkala melihat kulit model korea tu halus bak bayi yang baru semalam dilahirkan. Tapi, sebenarnya aku menghadapi masalah setiap kali aku masuk ke Guardian/Watson. Sebabnya, kalau tujuan aku tu nak beli serum A, aku mesti tengok sampai serum Z. Kesimpulannya aku akan terbeli serum M. Itu masalah yang serinng aku hadapi, engkorang punya masalah aku x khatam la plakss. Tapi normally, kebanyakan perempuan mesti akan sama dengan aku. Nak beli A terbeli Q. But, for this one, akhirnya aku stick kepada pilihan pertama aku iaitu olay regenerist serum.

So, ini lah rahsia kulit bertambah mulus aku tu.kahkah..mulus ke kulit aku ni?

olay regenerist serum


SO far dalam 3 bulan dah aku guna, even harga mahal sikit, tapi aku rasa lah perubahan kulit menjadi lebih mulus.hikss. So, aku sgt syorkan kepada mereka-mereka yang bz bekerja tu untuk try guna produk ni supaya kulit korang x nampak la kusam.. kalau kasam pun, kusam-kusam manja gittew..

And, sesetengah orang berpendapat yang serum ni hanya untuk warga 40-an ke atas, tapi ternyata silap.Sebab, tidak semestinya, serum ada banyak jenis, sebab tu bila nak beli sesuatu produk tu, pls make sure korang tahu apa fungsi/kegunaan produk tu dan masalah kulit yang dihadapi..ok aku dah boleh jadi beauty consultant dah aku igt..kahkah..

That's it, and selamat mengekalkan kecantikan kulit!!! letopp ayat mak taw..hikss.


Much love
Ayoko

Wednesday, November 19, 2014

.....

Assalamualaikum,

Belakangan ni, aku rasa aku makin jauh daripada dia.Aku merasakan aku makin lupa diri. Aku seolah-olah menjauhkan diri daripada dia. Walhal, dialah yang selalu menjadi peneman aku, selalu mendegar rintihan hati aku, dan selalu beri aku harapan.Dialah 'A', yang abadi dalam hati aku.

Sesungguhnya, di waktu kejatuhan aku, di waktu aku sedih kau tak pernah jauh dari aku Ya Allah.Tiada 'A' yang boleh mengisi ruang dalam hatiku ini ya Allah. Sejujurnya, aku tak pernah memberi cinta aku kepada mana-mana 'A' seperti yang digembar-gemburkan.Engkaulah 'A' yang sering bertakhta dalam hati aku.

Ya Allah, aku merayu kepadamu, peliharalah aku daripada kejahatan dunia. Peliharalah aku daripada setiap kemungkaran yang berlaku di dunia ini Ya Allah, aku rindu ramadan yang lalu. Aku rindu saat-saat aku menghabiskan masa-masa aku menghadapmu.Sesungguhnya, saat paling indah dalam hidup aku bila engkau membuka peluang dan ruang untuk aku menghadapmu.Terima kasih Ya Allah, aku percaya apa yang aku rasa ni pasti sukar untuk diungkapkan kepada orang lain kerana kemanisannya hanya engkau dan aku sahaja yang rasa.

Ya Allah, aku berjanji kepadamu, aku akan menjadi manusia yang taat akan perintahmu dan akan menjadi hambamu yang solehah.Insyaallah.... Aku rindu padamu Ya ALLAH... :'(