Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Sunday, September 2, 2012

Jawapan yang perlu kau fikirkan bila pakai braces

Assalamualaikum..

kadang-kadang aku rasa aku ni macam alien. Hang taw pasai po? Bila reaksi masyarakat terhadap gigi aku sungguh luar biasa.

Masuk harini je dah hampir empatratustujuhpuluhlima kali orang dok tanya aku persoalan mengenai braces. Tak tak aku tipu. Tapi memang banyak kali da.Sumpah. Takdelah aku kira.Jujuq nau hampa nie.

Ni antara persoalan-persoalan yang aku terima:

1.Berapa kamu bayar pakai braces ni?Mesti mahai no?  (Agaklah,padahal besi je pun)
2.Amboi, banyak duit hang pakai braces?Pinjaman eh?
3.Berapa ratus hang pakai?
4.Berapa puluh ribu hang bayaq?
5.Kat mana buat braces ni dik?
6.Kenapa tak buat dekat government?

ni antara soalan yang famous amous aku slalu dapat.kadang tu sumpah bosan. dan setengah soalan tu aku rasa cam perli aku je. Soalan no 2,3, dan 4. Hang rasa? xgitu?

ade plak sorang uncle india ni masa aku praktikal die penah tanya aku.


uncle india: Hey, berapa ratus u buat itu gigi?

aku: Erm...erm..4 ribu. (tyme ni aku mst jwb lembab lembab sebab aku taw respond org yg tanya aku ni mesti harapkn jawapan aku macam ni    ------->"erm, 50 ringgit je uncle").

uncle india: (sambil buat muka terkejut) . Huh,4 ribu? mahalnya..saya berapa bulan punya gaji tu..erm, membazir. kenapa u tak buat dekat governement?lagi murah..u elaun bape sebulan?

aku: Uncle, governent budak skolah je bawah 18. Saya sudah 20 lebey. Lagipun saya bayar bukan sekaligus 4 ribu, bayar sikit sikit la..

uncle: Ok la.(sambil buat muka tak puas hati Uncle tu pun blah)


Ok. kalau kau, orang tanya macam ni apa reaksi korang? Tipulah kalau aku tak mencarut..tapi dalam hati la. Giler aku mencarut depan orang tua.mahu mak aku sekeh pale aku kalo taw anak die ni mencarut depan warga emas.

Ni tak cite plak reaksi budak kecik pada gigi aku? Pandangan seolah-olah aku ni adalah kakak alien  yang baru turun dari planet pluto..

"Dik, besi ni mahal taw, kalau gigit adik mau putus 10 jari tangan hang"... aku bagi warning pada budak kecik tu. Terus dia lari kat mak dia mengadu aku kacau dia..Cehh, kurang asam punya budak..sapa soh berminat sangat tengok gigi aku.Hang da besaq nanti p google sendirik apa itu braces.

Semuanya gara-gara besi mahal ni.. dahla mahal pastu sebabkan kau aku terpaksa melayan kerenah peminat tegar gigi besi.


 OK, let me explain.(japp....perlu ke aku explain?makcik dgn uncle tu tadi baca ke blog aku ?ko ingat ko pemes?) aku berangan sendirik lagi di petang yang syahdu..

Dipendekkan cerita,

Kos braces =RM 4,000
Pendahuluan= RM2,400( 1,200 atas 1,200 bwh)

balance nak cukupkan 4 ribu tu, aku bayar every month untuk setiap rawatan nak ketatkan getah tu.
tapi mula-mula tu nak buat mold, xray bagai tu sume tak termasuk dlm 4 ribu..so kiranya memang agak mahal la. Tapi kalau pandai cari ko boley dpt 3 ribu je. Government?mimpilah....bawah umo boley la..aku ni separa abad dah..

Camne aku bayar?ok..ni duit simpanan aku+duit belanja+duit ptptn.. setahun gak la aku pkai barang bundle.haha nak cantik punya pasal..Kawan aku sume dok pelik aku x shoping sgt, cakap aku bagus la tak boros. dye tak taw aku melabur ha..nah kau sekali pelaburan makan riban riban untuk gigi je..


 dari sisi hadapan


 ha ambek ko gigi.sori buruk. masa kecik eden nakal.




3 comments :

  1. sini ada soklan baru. hahaha X sakit ke pakai besi? XD ahahah datang sini bw. interesting and kinda funny post. :)

    ReplyDelete
  2. hehe..konfem sakit..3-4 hari gakla sakit.mkn bubur mcd je.. pastu maki makanan sedap..haha..thanxx traceyy...

    ReplyDelete
  3. apakah Anda pernah mencari tawaran pinjaman tertentu? Mungkin pemberi pinjaman yang sah atau pinjaman murah dan cepat sebesar 2% per tahun untuk membayar tagihan darurat dan utang? hubungi kami sekarang, greatfuturefinancialservices@gmail.com

    ReplyDelete

Time Kacehh sebab udah baca ini entry:)