Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Monday, December 29, 2014

Selamat malam dunia


Selamat malam dunia,
Walau kita berjauhan,
Kami sentiasa denganmu,
Untuk mendoakan kalian,

Selamat malam dunia,
Di saat kami bahagia,
Kau pula menderita,
Mencari sebutir kejujuran

Selamat malam dunia,
Mogamu lena di sana,
Di sisi tuhanmu,
Pastinya bahagia.

*Titipan buat saudara-saudara kita. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di seluruh dunia. Sesungguhnya, tuhanmu sentiasa ada di sisimu. Moga tahun 2015 memberi kita sinar baharu dan menjadikan kita hambaNya yang beriman dan bertaqwa..aminnn

Thursday, December 18, 2014

Review: Olay regenerist serum


Assalamualaikum,

It's been quite long time jugak aku x buat review about beauty product. Since everyone know that I've been faicng a toughest month, so aku x dapat membahagikan masa dengan sempurna gittew...

So, sepanjang kesepian aku daru dunia blog, aku sebenarnya telah menjumpai satu solusi yang mengakses kepada penyerlahan kecantikan bak mutiara mekar mengindahkan muka tuan/puan. Atau ayat yang lebih ringkas, produk yang kasi muka kau yang dah mulus tu, berkali ganda mulus. contohnya sekarang ni muka kau da sekali mulus, bila kau pakai produk ni, muka kau akan jadi 20x mulus. Terkesima x? Aku pon..

Keterujaan tentang produk tu membuatkan aku x boleh duduk diam.Panas punggung dibuatnya tatkala melihat kulit model korea tu halus bak bayi yang baru semalam dilahirkan. Tapi, sebenarnya aku menghadapi masalah setiap kali aku masuk ke Guardian/Watson. Sebabnya, kalau tujuan aku tu nak beli serum A, aku mesti tengok sampai serum Z. Kesimpulannya aku akan terbeli serum M. Itu masalah yang serinng aku hadapi, engkorang punya masalah aku x khatam la plakss. Tapi normally, kebanyakan perempuan mesti akan sama dengan aku. Nak beli A terbeli Q. But, for this one, akhirnya aku stick kepada pilihan pertama aku iaitu olay regenerist serum.

So, ini lah rahsia kulit bertambah mulus aku tu.kahkah..mulus ke kulit aku ni?

olay regenerist serum


SO far dalam 3 bulan dah aku guna, even harga mahal sikit, tapi aku rasa lah perubahan kulit menjadi lebih mulus.hikss. So, aku sgt syorkan kepada mereka-mereka yang bz bekerja tu untuk try guna produk ni supaya kulit korang x nampak la kusam.. kalau kasam pun, kusam-kusam manja gittew..

And, sesetengah orang berpendapat yang serum ni hanya untuk warga 40-an ke atas, tapi ternyata silap.Sebab, tidak semestinya, serum ada banyak jenis, sebab tu bila nak beli sesuatu produk tu, pls make sure korang tahu apa fungsi/kegunaan produk tu dan masalah kulit yang dihadapi..ok aku dah boleh jadi beauty consultant dah aku igt..kahkah..

That's it, and selamat mengekalkan kecantikan kulit!!! letopp ayat mak taw..hikss.


Much love
Ayoko

Wednesday, November 19, 2014

.....

Assalamualaikum,

Belakangan ni, aku rasa aku makin jauh daripada dia.Aku merasakan aku makin lupa diri. Aku seolah-olah menjauhkan diri daripada dia. Walhal, dialah yang selalu menjadi peneman aku, selalu mendegar rintihan hati aku, dan selalu beri aku harapan.Dialah 'A', yang abadi dalam hati aku.

Sesungguhnya, di waktu kejatuhan aku, di waktu aku sedih kau tak pernah jauh dari aku Ya Allah.Tiada 'A' yang boleh mengisi ruang dalam hatiku ini ya Allah. Sejujurnya, aku tak pernah memberi cinta aku kepada mana-mana 'A' seperti yang digembar-gemburkan.Engkaulah 'A' yang sering bertakhta dalam hati aku.

Ya Allah, aku merayu kepadamu, peliharalah aku daripada kejahatan dunia. Peliharalah aku daripada setiap kemungkaran yang berlaku di dunia ini Ya Allah, aku rindu ramadan yang lalu. Aku rindu saat-saat aku menghabiskan masa-masa aku menghadapmu.Sesungguhnya, saat paling indah dalam hidup aku bila engkau membuka peluang dan ruang untuk aku menghadapmu.Terima kasih Ya Allah, aku percaya apa yang aku rasa ni pasti sukar untuk diungkapkan kepada orang lain kerana kemanisannya hanya engkau dan aku sahaja yang rasa.

Ya Allah, aku berjanji kepadamu, aku akan menjadi manusia yang taat akan perintahmu dan akan menjadi hambamu yang solehah.Insyaallah.... Aku rindu padamu Ya ALLAH... :'(

Wednesday, November 5, 2014

Kisah aku dan pejabat

Assalamualaikum,

Semenjak bekerja, aku tak penah post gamba aku dan rakan-rakan satu department, senang cite gamba yang adalah ialah gamba selfie bak nora danish tak berapa nak siap.Haha..Ini sebab takde orang nak amek kan gamba aku sob sob.

Sebnanya aku adalah seorang pemalu, bila beraksi depan kamera muka aku suci persis bayi yang baru dilahirkan. Jadi, mak aku habaq, tak baik hipokrit. Jadi, bila selfie diperkenalkan, aku adalah manusia yang mula-mula sekali faham erti keterujaan. Lihat sahaja dekat dalam fon aku, 3267426478748&*^%!@###$ keping gambar 'selfie' aku. . Tapi, dun worry bebeh, aku selfie sorang-sorang, tak mainlah tayang kat fesbuk, aku cintakan privacy. So, yeahh sebab itu aku bukan dilahirkan dalam kalangan retiss walaupun darah yang mengalir dalam badan aku ni ada kacukan seni.

Zaman belajar aku adalah sangat berbeza dengan masa aku bekerja. Dulu, aku boleh dikatakan berkawan dengan orang yang letop dan femes. Bukan aku yang nak act, depa yang nak...aku ok je universal la katakan..So, tempiasnya dapatlah sikit aku rasakan. Kalau dulu, aku aktif join berlakon,menyanyi bla bla bla, so secara tidak langsung bahang nora danish tu sipi-sipi dah kene kat aku.
Sebab tulah, aku tak heran sangat populariti bagai ni..muahhaha

Bukan itu je, zaman bergelar pelajarlah aku berani buat hal ponteng kelas, lewat datang kelas, makan nasi lemak, buli orang, meniru tu toksah cite every sem aku buat, nasib baik aku berpengalaman coverline cemerlang, tapi kenakalan aku tu terbatas semenjak aku berkawan/sebilik dengan budak-budak dekan. Secara tidak langsung, aku pun turut jadi insaf dan kembali ke pangkal jalan..Hasilnya seperti yang korang nampaklah skang, laili yang ayu,manis lagi bersopan-santun kekal hingga ke hari ini....muahhahah

Nak dijadikan cerita dan dipendekkan cerita supaya related dengan tajuk entry aku, zaman kegemilangan aku diteruskan apabila aku berkhidmat di bawah pusat RNI,MKM. I absolutely feel grateful cuz having colleague macam diorang because we help each other..walaupun aku yang paling muda dan comel.hahah

So, that's it..Enjoy?yay or nay? Nah aku blanje gamba...haha

Bye,,,
Much love
Ayoko

nasib aku pakai heels yg betul2 heels.heee

waktu 5S, dah macam mangsa banjir aku tgk

kan dah kata,bab selfie aku demam pon bleh sihat

masa kolokium,Melaka..yg laki 2 orang tu pembuli!! pembuliiii!!

during BP yang aku jd emcee kengkononnya tu..hihi

boleh tahan playboy abby yus nii

sesi bermaaf-maafan selepas masing2 kutuk each other..haha





Friday, October 3, 2014

Kenapa manusia sangat awesome?

Assalamualaikum,

Hey, it's friday! Pepagi lagi aku da bedal Nasi Dagang. Memang harapan menjadi layu nak kuruskan badan. Agaknya aku memang dah dilahirkan untuk menjadi segini badan aku. Pasrah aku.Aku memang berdendam dengan lemak aku ni.Tak reti nak blah.

Tapi xpe, keajaiban akan berlaku jua satu hari nanti. Just wait and see.

Anyway, I just thinking to share some of my opinion about life. Kau pepaham jelah, bila usia makin meningkat, kematangan pun setara dengan pemikiran. Hakikatnya, aku memang bukan lagi budak hingusan yang engkorang sesenang je nak buli, walhal kat ofis aku selalu dibuli untuk bancuh air dan mop lantai..apakah??? hihi...

So, aku perasan yang dalam hidup ni kita kene belajar memberi dan menghargai. Not even for human, but all the god's creatures.We are special in our own. Whenever aku bagi sesuatu kat orang, depa mesti appreciate. Honestly dari sudut hati aku, kalau aku boleh bagi jiwa aku ni kat orang (kalau benda ni boleh menggembirakan mereka) Insyaallah I will. Mungkin bila kita bagi sesuatu kat orang, orang itu akan mendoakan kita.Kan? x gitu?

Jadi, jangan kedekut dan berkira untuk memberi. Pls appreciate setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita tu. Insyaallah Allah akan mempermudahkan dalam setiap apa yang kita lakukan. Inilah kegembiraan yang paling tak tenilai dalam hidup kita yang sementara ni.

Last word, di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti selama ini and Selamat Menyambut Hari Raya Qurban kepada semua muslimin di dunia. Kelas satu dunia baca blog aku dowh!!haha....

Remember, manusia ni sangat awesome kalau kau pemurah,suka memberi dan suka menghargai!!!

daaa....c ya!!

Much Love,
Ayoko

Monday, September 22, 2014

Hari-hari terakhir bergelar pendakap gigi 1


Assalamualaikum,

Semalam aku ada appointment dengan dentist. Sebnanya bukan semalam, tapi kelmarin. Tabiat aku kalau appointment hari tu, mesti aku akan postpone esoknye. Aku pun pelik asal tabiat aku pelik.Korang tak pelik ke?

So, dipendekkan cerita, Dr.Fazren Dafi merawat aku seperti biasa. Aku tak faham kenapa debar semalam lain mcam. Seumpama nak tercabut jantung aku. Bagaikan jantung di hujung tanduk. Begitulah hendaknya keadaan jantung aku yang aku sayangi.Aku simpulkan yang kesan ubat aku consume tu. Serius lain mcam dowh.

Bila je turn aku masuk dalam bilik rawatan tu, jantung aku buat hal. Dia pam selaju yang boleh. Macam marathon.Ya tuhan, kadang-kadang memang aku tak boleh nak kawal organ-organ dalam badan aku ni. Bikin saspen je. Kalau ya pun, tak kan la di pangkuan doktor tu plak jantung aku ni nak buat hal.haishhh
Lima minit pas doktor tu dtang,  jantung aku pun stabil. Warm up gamaknya..kadang-kadang jantung aku memang suka buat kelakar.Pantang nampak mamat hensem lagi berkaliber dandan dye buat hal.

Fortunately, kejadian semalam berjalan dengan lancar wlaaupun haruman doktor tu menikam jiwa. Perghhh perfume apa dye pakai..Serius luntur dan kabur iman aku. Nasib baik iman aku kental. Kalau tidak, aku risau aku yang g peluk doktor tu kang..hahaha..

Dan, perkhabaran suka dan dukanya ialah aku dah cukup tempoh pakai pendakap gigi tu. Kau paham-paham la apa yang suka apa yang dukanya. Suka sebab gigi aku dah letup kebaboom alhamdulillah.. Yang duka plak, xleh nak dating dengan doktor wangi dah..sobsob

Ok, will be continue on the next entry.. Mak mentua xcakap pape lagi so aku pakai je lagi besi ni haaa...allryte



im gonna miss u mr.braces..peace one love..sobsob



Much Love
Ayoko

Tuesday, September 2, 2014

Hadiah dari hati


Assalamualaikum,

Buat sang pemberi, 
Terima kasih.
30 Ogos 2014.



Doaku buat kekasih hatiku

Ya Allah hanya padamu ku bersujud
matikan lah aku dalam keimanan
ya allah hanya padamu ku memohon
kurniakanlah kebahagiaan di akhirat
jauh dan lindungi aku dari kejahatan dunia
manusia yang sering alpa
mengejar kemewahan dunia

ku tahu suatu hari akan tiba
waktu untuk aku pergi menghadapmu
Ya Allah berikan aku kesempatan
dalam sisa waktu ini untuk aku bertaubat

sesungguhnya aku berdoa
agama umat sekian alam
ampunilah dosa-dosa kami
oh ya Allah

pancarkan cahaya kepada seluruh anggotaku
mataku telingaku hatiku seluruh anggotaku

ya Allah kabulkan doa-doa hamba
jantungku bergoncang mendengar kalimahmu..



"Ya Allah, 
Aku mohon kepadamu.
Walau setebal mana kebahagiaan yang kau limpahkan kepadaku,
Janganlah jauhkan diriku kepada-Mu Ya Allah,
Kau tetapkanlah cinta aku kepada-Mu setinggi gunung yang tidak bisa untuk aku daki,
Janganlah kau kaburi cinta aku terhadap manusia melebihi daripada cinta kepada-Mu wahai sang pencipta,
Sesungguhnya cinta yang kekal abadi hanyalah cinta buatmu wahai kekasih hatiku,
Terima kasih Ya Allah atas segalanya"...

Much love,
Hamba Allah

Friday, August 22, 2014

Braces and fashion?

Assalamualaikum,

Since I’m turning 25, I feel like kakak-kakak and aku macam da reda la with any gelaran yang those people panggil aku. Just so u know that, masa aku 20-22 y/o, most people call me kakak, even I guess that diorang yang sepatutnya dipanggil kakak sebab obviously la they look older and mature than me. I feel like, heyyy what is your problem call me like that? See……. How sensitivenya bila usia ni menjadi isu especially ‘perempuan’ macam ahkak.

But, what happen now is, people start calling me ‘dik’. Di usia aku yang mcm sekarang ni sebnanye aku x expect pun people call me adik..sebab, first thing first is, aku da keje. Hey, come on la, xkan la nak panggil dik kot?jatuhlah reputasi i!! Mesti orang fikir yang aku ni baru lepas SPM walaupun da berabad aku abes kot.


So, jenuh aku pikir punya pikir, telek punya telek muka aku ni, barula dapat idea.Otak aku mula menunjukkan ion-ion positif dan bila aku start merepek mcm ni uolz tahulah kan I try to make u guys laugh even it’s not funny.haha…

So,finally aku dapat jawapan kepada persoalan ini. I think that this is because of my braces. Muka aku nampak bujur dan kecil. Pendek cite mcm Nora Danish.Eh?? awet muda dan comel..muahahhaha..just joking

Aku bukan suruh korang pakai braces sebab nak cantik, nauzubillah..kalau gigi korang da letup, tidak perlu mengubah ciptaan Allah. Just be confident and keep smiling exactly macam apa yang aku tengah buat sekarang ni.. keep smiling while typing..bukankah ciptaan Allah itu semua indah-indah belaka? Aku punya alasan tersendiri kenapa aku pakai besi ni.. Tidak sama sekali berangan-angan untuk mendapatkan bentuk muka atau gigi yang cantik. Kesempurnaan bukan perkara utama dalam hidup aku..let me keep this braces story in my heart..gitteww

Tapi, nowadays, aku ada jumpa satu iklan kat fesbuk pasal satu braces untuk fesyen. Dia mcam trend la uolzz. Pakai untuk cantik.errrrr.... no comment. 

So, that's it..

Much love
Ayoko



Tuesday, August 12, 2014

Aku Bukan Malaikat


Aku bukan Malaikat

Walau seteguh mana sekalipun imanku, memang hakikatnya aku bukan malaikat,
Aku adalah insan biasa, dilahirkan ke bumi ini sebagai hamba Allah
Berkongsi kesedihan bersama kalian tatkala Gaza dizalimi zionis laknatullah
Ya, aku tak sehebat saudara maraku di sana, aku akui aku lemah.
Hanya doa mampu aku titipkan buat kamu wahai penghuni firdausi


Aku bukan Malaikat,

Tetapi aku yang kerdil ini insyaallah akan sentiasa berhijab demi agamaku
Walau di hati tak siapa tahu kemelut yang bersarang di jiwa,
Yang pasti Dia lebih mengetahui segala-gala yang berserakan di hati ini.


Aku bukan Malaikat,

Justeru aku perlukan kamu sebagai pelindung, sebagai pendamping, dan sebagai pepohon 
untuk dahan ini bersandar.
Mahukah kamu? relakah kamu?
Pergilah menghadap Tuhanmu. Dia setia menunggumu di 1/3 malam.

Thursday, July 17, 2014

Korea dan aku memang tak boleh dipisahkan

Assalamualaikum,

Happy fasting everybody!! Nama saya Ayoko, tapi darah yang mengalir dalam badan saya bukan dari kalangan komunis haa. Ini adalah truly Malaysian yang berwajah bak korea.ececececec...

Anyway, bercerita pasal Korea, as u all know itulah tempat yang aku idam-idamkan selama ini..Tapi, belum berkesempatan nak melawat ke sana..Tunggu aku kawen, aku ajak laki aku honeymoon sana...sweet sweet la kononnya..haishhhh x sabar pulak kita nak kawen....hagagagaga...

So, when talking about korea, memang fenomena yang depa bawak ke negara kita ni memang mcm tsunami dah aku tengok. Bukan aku je terpengarauh, siap mak dengan opah aku  yang umo 73thn tu pun terjebak sama. Apatah lagi anak buah aku yang baru 2 tahun..haaa detail kau umo siap.

Kalau kau tanya aku pasal korea, inilah manusia yang boleh menceritakan segala-galanya, konon akulah queen of korea gitu..padahal jejak kaki ke sana pon idok.hihkhikhik. Jangan salah paham, maksud aku kalau kau tanya pasal running man ke, drama korea ke, itu aku lah master nya. Jangan kau tanya tiket masuk ke Everland udahlah..jenuh mak nak google uolzz..

Jadi, untuk tatapan kalian, aku belanja gamba ehem ehem aku..semoga gamba ni dpt merangsang korang untuk TERUS berpuasa...haha.Tetibe aku tengok muka mamat ni mcm muka aku EH? berjodohkah kami? errrrrrr....hahah..bye c ya






                               

Much love'
Ayoko                                                    

Wednesday, July 16, 2014

Gaza need us!!

Assalamualaikum,

Sekarang Gaza tengah kritikal akibat diserang Israel laknatullah. So, sebagai seorang Muslim aku memang kalau boleh tak nak langsung ketinggalan untuk bantu saudara seislam kita di sana. So, kat sini ada few steps yang boleh kita lakukan untuk sedikit sebanyak membantu mereka. Mudah-mudahan sedikit bantuan ni dapat meringankan bebanan dan boleh tampung bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk mereka.Mudah-mudahan di bulan ramadan ni, pahala kita akan berlipat ganda dengan amalan yang kita lakukan ni. Sorry for the straightforward intro.

1. kalau nak menderma boleh ikut panduan ni




2. Boikot barangan keluaran israel

3. Sama-sama doakan buat saudara kita di Gaza


4. Teruskan berdoa usai solat fardu kerana doa adalah senjata orang mukmin. Mudah-mudahan doa kita diterima Allah dan jangan putus berdoa untuk mereka ya. InsyaAllah. TQ


Much love
   Ayoko

Monday, July 7, 2014

please read this if u think that u're awesome

Assalamualaikum,


Semenjak bulan puasa ni aku asik kekurangan tidur. Kesannya, mata aku mula ada menunjukkan lingkaran hitam semacam panda. Tapi, tu hanya untuk sebulan je. So, aku kena sabar dan nanti raya aku boleh qada' balik tidur aku.haha..

ok. aku nak cerita kisah yang tiada kaitan dengan pengenalan di atas.

Sebelum ni, aku ada tersuka pada seseorang ni, actually dari tahun lepas lagi. Tapi aku tak mengharapkan apa-apa sebab memang agak mustahil. Tapi yang aku pasti, semua crush aku ni mesti start dengan huruf A. Adakah aku sememangnya berjodoh dengan depa ni?haha...

Nak dipendekkan cerita, si A ni contact aku 2 bulan lepas and until now he still contact me. Memang tak dinafikan aku memang pernah suka dia.Dan, setiap kali lepas solat, aku mesti akan doa kalau betullah dia untuk aku, maka permudahkanlah segalanya, tapi kalau dia bukan jodoh aku, maka timbulkanlah perkara2 yang boleh membuatkan aku  rasa jauh dengan dia.

At the first place, yeah. Aku admit aku senang dengan dia. Tapi, sekarang ni aku rasa macam jauh dengan dia.Perasaan aku memang dah takde langsung untuk dia.Gila tak? kejap je perasaan tu..Termakbulkah doa aku? and now aku hanya nak beri kasih sayang pada parents and family aku je.memang agak poyo ayat aku ni, tapi aku memang sweet kot.So, terima jelah hakikat tu ye!!

........................................................................................................................

Mungkin aku terlalu bosan dan mengantuk sehingga mengarang cerita mengarut ni...hahaha..tq for reading!!! xsabar nak hang out dengan kawan Uni n sekolah..miss them so much!!

Much love'
laili

Thursday, June 26, 2014

Perihal tentang aku yang korang tak tahu

Assalamualaikum,

First of all, boleh tak aku nak explain something before i go through the discussion. eceh discussion sgt.Ok, let me clear something ya.

To whom it may concern:

1.Hati aku memang susah nak dipaksa.Jadi, jantung, ginjal semua pun sama.Pendek kata, jangan kau cari nahas nak paksa dia. Kang dia collaborate sesama depa,naya kau.
2.kadang-kadang aku pun tak paham dengan diri sendiri, jadi apa segala yang aku pernah cakap it might be different from time to time. Aku jenis takde pendirian.Indeed
3.Memang. perasaan suka dan cinta tu tak boleh dipaksa.Tapi kalau Amar Baharin ajak aku bercinta, kau gila nak tolak?
4.Aku tak suka orang puji lebih -lebih.Cakap sekali dah. Tapi kalau Jep, hari-hari dia cakap memang sweet..hihi..pingsannn
5.Bajet bagus tu memang kepantangan aku. Kau rileks buat biasa kan da comelll...
6.Tak yah buat lawak bajet Johan.Aku memang tahu aku lagi kelakar...so wat?
7.Aku memang selalu perasan aku korea. kang aku pasan cantik kang muntah plak memasing..
8.Cinta aku terhadap Jep memang tak dapat disangkal lagi.Eh?
9.Ok,dah habis.Cukup-cukup la tu.Aku bukn Nora Danish pon.


Much love'
Ayoko

Wednesday, June 25, 2014

To 'Allah'


Assalamualaikum,

This is what I feel dan sejujurnya aku makin merasakan aku dekat dengan dia. Terima kasih kerana menyempurnakan hidup aku. Terima kasih kerana mendengar segala rintihan aku.Dan, terima kasih kerana memberi keajaiban dalam hidup aku. I love u so much 'A'. Terima kasih sebab menberi sinar baru dalam kehidupan aku. No words can describe how much I love u.. Cinta aku pada dia seindah pelangi. Aku harap dia akan sentiasa sayang dan cinta pada aku juga :')


Aku tak bisa menyedari 
bau cinta aku..
tentang kamu 
tak pernah kuhargai..

Kini aku jatuh cinta
pada pertemuan yang terindah..
telah membuatku  dekat padamu


kini ku bisa menyedari 
erti cinta kamu..
tentang aku 
selalu kau hargai..


kini aku jatuh cinta
pada diri kamu
segenap hujung duniaku
ingin kau tahu

kini aku jatuh cinta
semua tentang kamu
sehingga hujung duniaku
ingin kau tahu

kini aku jatuh cinta
pada diri kamu
segenap hujung duniaku
ingin kau tahu
kini aku jatuh cinta
semua tentang kamu
sehingga hujung duniaku

Jatuh cinta....

Much love
Ayoko

Thursday, June 19, 2014

Welcoming Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Another few days we'll be celebrating the fasting month, which is a month that provides an opportunity for Muslims to get closer to Allah. Well, I'm so excited to celebrate it because this is called as "ibadah month". And, yeah I'm realize that I still have to improve myself. So, hopefully Allah ease everything for me and InsyaAllah we all can meet that called "Night of Power".

Frankly speaking, I never feel excited as before. So now, I am struggling to qadha' my puasa..InsyaAllah another three days left. Hopefully sempat!!aigoooo

Ok, here I want to share the signs of "Lailatul Qadr"
  • The night will be peaceful, neither hot nor cold, with a clear moon shinning but with no rays.
  • There will be no shooting stars in the night
  • At sunrise the sun will rise as just a disc without and radiant beams of light.
  • One companion of the Prophet reported that on Laitatul Qadr he tasted sea water and it was sweet.
This is the Dua of Lailatul Qadr:
Qadr Dua Three
"O Allah, you are the One who grants pardon for sins. You love to pardon so pardon me".

InsyaAllah, kalau kita ikhlas dan bertawadho'  dalam mencari keredhaan Allah, pasti kita akan dapat jumpa malam tu nanti.aminn :)
So, selamat berpuasa semua!!!

Allryte then :)  
Bye!!! 

Much love
Ayoko

Tuesday, June 17, 2014

Muka glowing bak Nora Danish


Assalamualaikum,

Baru aku pasan.Lama sungguh aku tak update tip-tip memuluskan kulit bak nora danish. Aku bukan apa, cuma kekangan masa.Nak taip panjang-panjang tu perlu kan fokus yang tinggi.Jenuh jugaklah aku nak menaip ni haa..demi pahala sharing is caring aku layankan jela untuk hampa..x gittew?


Ok.Sesi berdrama tamat.Ni, aku nak share satu produk yang super awesome.haha kalau x awesome idoknye aku nak share..So,here we go!


Kalau kau rajin pegi butik-butik jamu, kompem kau akan tahu produk D'nars Skincare ni..Produk ni tengah letoop kebaboom kat pasaran.Muka yang kusam boleh jadi bersinar..yang gelap diputihkan..haa apa lagi kau nak? 100000 manfaat dalam satu produk..haa dah mcam duta D'nars dah aku ni..Bebel banyak pun x guna yang penting kau kene try sebab x try x tahu kan?

Persoalannya?Perlu ke idok aku bubuh gamba aku ni ha?hikhik..


sebnanye nak bajet gamba dengan retis x gitu?hihi

ok.Ni gamba aku pas dah 4-5 bulan dah aku guna produk ni.For those yang mmg kenal aku sejak azali memang tahu aku ni jenis yang susah nak stick dengan satu-satu produk.Tengok aje review aku dekat 7-8 produk..Nampak x aku ni jenis xde pendirian??oh noo...

But now, iolzz stick dengan D'nars je.Kang elok2 muka cam Nora danish jadi cam Oprah Winfrey kang nayo den haa...Tapi serius beb, produk ni kasi muka aku putih gebuss gittew. wink wink...even kau bersukan bagai nak gila, muka tetap maintain gitteww..apatah lagi kalau kau berselfie menggunakan apps camera 360.perghhh pingsann dek effect muka macam model korea..

Jap, kau jangan salah sangka awat aku bubuh gamba ni as reference hampa.Aku bukan perli sesape eh. Mohon abang Ebby Yus jangan terasa,,takdak niat pon nak perli sapa2..cuma nak berlagak je yang aku ada amik gamba dengan Ebby Yus,,kau ada?haha..terlebih sudahhh!!

So, this product is highly recommended by me.Kalau dah glowing muka tu jangan lupa diri plaks.haha..untuk product ni aku gune yang set percubaan normal yang mcm kat atas ni haa..tahan 2 bulan kauu..hampir menangis aku tengok produk ni sebab tahan lama..jimattt duit nak beli setiap bulan..so, untuk cara penggunaan kau boleh refer kat kertas yg depa sediakan dalam pek tu..jangan risau, produk tu takde kandungan berbahaya pasal aku da check kat website KKM.letopp x mak sampai ke situ aku gagahkan diri nak check punya pasal...hihi

Allryte, as usual masa mencemburui aku, nanti aku akan sambung balik dengan entry yang superb eh!!haa nampak dak yang aku dah ghairah nak update blog?haha..allryte adios amigosss!!!

Kalau nak tengok huge differences muka aku, pepandai la kau usha pesbuk aku yo!! jangan malas!!!

much love
Ayoko

Thursday, June 12, 2014

kadang benda yang spontan tu lah ikhlas dari hati kamu

Assalamualaikum,

Due to time constraints I rarely updating my blog.So,  yeahh here we go!!!updating blogggg!!Eventhough I've lot works to do.Like a boss.

Ok.First,because what i want to share here is something that is kinda serious, so no joke and let's be serious.

Second, the topic today would be the expression of my feelings.So, I warn u to prepare physically and mentally.haha..see i break my own rules.

Ok no la,actually I want to say that I'm getting recover after I'm completing my 'istikharah' for 3 days. Eventhough it's very hard to forget him but I let it everything to Allah because He knows what best for me. Probably he's not good enough for me and I deserved someone better than him,InsyaAllah. We never know,isn't it? out of sudden Jep propose me?kann?Anyway, I am thankful to Allah because he ease everything for me. TQSM.ILUA.


Ikhlas dari lubuk hati aku.Aku sememangnya mencintaiNya lebih daripada segala-galanya.Aku harap dia juga begitu juga sebab aku tahu cinta manusia tak kekal lama, tetapi cinta kepadaNya cinta sampai mati.Satu benda yang aku belajar bila aku dah getting recover ni ialah takde sesiapa pun akan paham perasaan kau secara mendalam melainkan dia.Aku berdoa supaya cinta aku terhadapNya tak akan berhenti sampai akhir hayat aku ini.And yeah, aku bangga jadi seorang Islam,Melayu dan Malaysian....


And, those who drop by my blog, please recite al-fatehah to my late grandmother, Lipah bt Mulud. I just got this news 10 minutes ago while updating my blog..tq :(

Wednesday, April 30, 2014

A letter to my mom

Assalamualaikum,


Dear mom,

I want you to know that I’m really thankful to have you as my mom and I also want to say this for you, but I’m not really that strong to tell you that I’m really thanks to you for birthed me, care me, teach me, be patient with me and cheering for me. Mom, I’m also really wanted to say this because I always make you feel worries, angry, and cry. Mom I’m really sorry for everything because sometimes without me realized or not my words were too tough and hard. Mom, please forgive me. I know everything you do for me just want me to be a good person. Mom, if I always make you feel uneasy please tell me because I will try my best to change it and make you feel comfortable. Mom, I want you to know that I’m proud to have you as my mom and I love you. Last but not least, mom, I just want you do one more things to me. Mom if I cannot be your proud one, I hope you don’t mind. Please believe me in everything I do and please support me. Mom promise me that you will never stop believe me and support me, just believe and believe me. I don’t mind if no one wants to trust me but I don’t want you to stop trust me. Because only you my inspiration and only you can light up my strength, as long as you with me. Mom, if I had done something that makes your heart broken, please trust me that I don’t mean to do it. Mom, your trusts are the most important to me. Mom, the trusts of you are the supporter to me to do the best in my life. Mom, please stay at my sides until the end.

Thanks Mom…

Your daughter
Zaharatul Laili Zakaria


when i was 17 y/o, n yeah we look so young..(8 years ago)
sis,mom n me.(last year -2013)

Monday, April 7, 2014

Dengarlah bintang hatiku

 Assalamualaikum,

Just wanna share with u guys my fav song.Look at the lyrics and feel the words.AWESOME!

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepati

Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepat


Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Karena bagiku….
Engkaulah nyawaku…

Tuesday, March 18, 2014

Perempuan Ekslusif


Ekslusif..

Bunyi macam sesuatu yang mahal.
Mungkin sesuatu yang berharga.
Sesuatu yang suci mungkin......

Tiada istilah tepat untuk gambarkan betapa tidak ternilainya sesuatu yang ekslusif itu. Ibarat dikurung di dalam sangkar emas yang tidak bisa disentuh oleh umum. Begitulah jua diibaratkan perempuan.

Perempuan ekslusif?
Ya, mungkin perkataan ini janggal disatukan untuk membawa maksud yang sangat bermakna. Namun, bila disatukan membawa erti yang sangat mendalam.

Mungkin daripada sudut pandangan aku, perempuan yang diibaratkan ekslusif itu sangat dihormati. Kenapa?

Kerana, di zaman ini agak sedikit jumlah perempuan ekslusif itu. Kerana, peranan yang dipegang oleh perempuan ekslusif itu sangat besar.

Sedikit perkongsian daripada http://tintaseorangmujahidah.blogspot.com/2013/05/9-ciri-ciri-wanita-solehah-yang-perlu.html.



Ciri-ciri perempuan ekslusif :)

1. Menundukkan pandangan (ghadhdul bashar)  kepada yang bukan mahramnya, nescaya hati dan jiwa akan semakin bening dan jernih.

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (Surah an-Nur ayat 30-31)

2.Sentiasa bersikap jujur, nescaya akan menjadi  semakin manis.
Daripada Abdullah bin Masud r.a. katanya sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya kejujuran mengantarkan kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut siddiq (orang yang senantiasa jujur). Sedang dusta mengantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dari perilaku menyimpang mengantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi).
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar (jujur)” (Surah  At-Taubah ayat 119).
Dalam ayat lain, Allah S.W.T. berfirman, yang maksudnya: “Jikalau mereka jujur kepada Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka” (Surah Muhammad ayat 21)
 
3. Ketiga : Rasa malu yang lahir daripada Iman.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)    
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sifat malu adalah sifat yang terpuji. Dengan memiliki sifat ini seseorang wanita solehah akan terlepas daripada segala kejahatan kerana adanya sifat ini akan terhindarlah segala keburukan. Dengan sifat malu juga akan meningkatkan darjat keimanannya.
Sayyidina Ali bin Abi Thalib berkata : “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”
4. Sentiasa beristighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang di lakukan.
Istighfar merupakan syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang Nabipun yang tidak beristighfar dan selalu mengajak umatnya untuk beristighfar. Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa beristighfar atas dosa yang telah mereka perbuat sepertimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Araf ayat 23 maksudnya :” Keduanya berkata “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”.
Sabda Nabi SAW  maksudnya : “Barangsiapa mengucapkan ‘Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi’ akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan” (Hadis Riwayat Al Hakim)


5. Sentiasa menjaga kehormatan diri dan menutup aurat.
Wanita solehah dalam perjalanan harian kehidupannya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sentiasa menjaga kehormatan diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di dalam percakapan, pergaulan dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud ” Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W.  yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Firman Allah SWT maksudnya :”…Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Surah An.Nur ayat 31)
  
6. Sentiasa bersifat tawaduk dan membina rasa ukhwah.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala maksudnya : “(Mereka) keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (Surah al-Fath ayat 29)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyuruh Nabi-Nya dengan firman-Nya yang bermaksud : “dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah Asy-Syu’ara ayat  215)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah  kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyambungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
7. Mengelakkan fitnah untuk menjaga kesucian diri .
Dari Abu Malih Al- Hudzli : Kaum perempuan kota Himsh atau penduduk Syam menemui Aisyah. lalu Aisyah berkata ” Kamu adalah kaum perempuan yang masuk ke kamar mandi. padahal, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Siapa saja perempuan yang meletakkan pakaiannya bukan di rumah suaminya, Allah akan membuka aibnya”
( Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Hakim )
Abu Hurairah r.a pun menyebutkan, ketika turun ayat al- Mula’anah ( tentang suami-isteri yang saling melaknat kerana tuduhan perbuatan serong ) Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Siapapun perempuan yang menemui suatu kaum yang bukan kerabatnya, ia akan tidak memperoleh apapun dari Allah SWT dan Dia tidak akan memasukkannya ke syurga “
Dari Aisyah ra berkata : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki beberapa kelebihan. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita lain yang lebih baik daripada wanita kaum Anshar dalam hal keimanannya terhadap kitabullah dan apa-apa yang diturunkan-Nya. Ketika turun surat An-Nur, pada potongan ayat (yang artinya) : Dan hendaknya mereka memakai tudung sampai menutupi dada mereka. Maka saat itu pula para suami membacakan kepada anak-anak perempuan, saudara-saudara perempuan dan kerabat-kerabatnya setelah dibacakan, maka tidak ada satu wanita pun kecuali mereka memakai tudung (jilbab) lalu mereka melipatkannya di atas kepala mereka. Hal itu dilakukan kerana kepercayaan dan keimanan mereka terhadap apa yang telah diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Kemudian tatkala mereka berada di belakang Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam , mereka terlihat sudah mengenakan jilbab. Seolah-olah di atas kepala mereka ada seekor burung ghirban.”
Hadis di atas menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah yang akan menjerumuskan pada fitnah yang lebih besar. Semoga semua para wanita  senantiasa menjaga kesucian diri mereka dan elakkanlah segala bentuk fitnah yang mungkin boleh berlaku tanpa disedarinya.
Fitnah dizaman morden ini adalah berhati-hati di dalam perhubungan dengan lelaki yang bukan mahram di alam maya samaada melalui facebook atau blog atau hubungan telifon bimbit dan mengelakkan meletakkan gambar-gambar peribadi yang mungkin boleh disalah gunakan oleh mereka yang telah rosak akhlaknya.

8.Sentiasa berwuduk nescaya akan bercahaya wajahnya di hari akhirat.
Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan  wajah bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wuduk.”

9. Sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat
Nabi SAW  bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita solehah mengharapkan balasan syurga daripada Allah SWT sebagai  ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendakinya. Maka wanita solehah akan sentiasa  belajar dan menuntut  ilmu yang bermanfaat samaada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kerana sesiapa yang menutut ilmu akan dinaungi dan didampingi oleh para malaikat dan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi SAW  bersabda maksudnya, “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.


InsyaAllah aku cuba untuk meletakkan diri aku dalam kelompok 'perempuan ekslusif'. Mudah-mudahan Allah mendengar apa yang aku doakan ni..aminnn :)

Friday, March 14, 2014

Sebagai seorang manusia

Assalamualaikum,

Well, it's been 7 days already we missing the aircraft which was actually something mystery. Dan, aku pasti bukan aku sahaja yang tertanya-tanya kemana menghilangnya pesawat tersebut.Yang pasti, Allah ada jawapannya.Dan aku pasti, media banyak kene hentam..

Jadi, sebagai manusia dan sebagai seorang Islam, xperlu lah nak kuarkan teori dan konspirasi bagai.Yang penting kita hanya perlu berdoa,solat hajat dan jangan berputus asa..k :)

InsyaAllah..everything will be revealed soon...:)

Thursday, February 27, 2014

Mengapa jam itu sangat cool?


Assalamualaikum,

When talking about jam, i am pretty sure that 24 juta penduduk di Malaysia sangat membenci dengan perkataan tersebut. Kadang-kadang tu sifat sawan menular dalam diri tatkala perkataan jam diutarakan. Buat mereka yang konfius jam  ape yg aku cuba maksudkan tu ape, ia adalah sejenis bakteria yang menyakitkan malah manusia bleh jadi paranoid.Yes, it is enough to pictures what is actually 'jam' means.

Bayangkan aku pada mulanya seorang yang pemurah lagi peramah boleh menjadi seorang yang sawan x bertempat, apatah lagi manusia yang sememangnya dah dlahirkan pemarah?habaq hang...begitulah hebatnya penangan 'jam' atau bahasa Melayunya adalah kesesakan lalu lintas.Keadaan menjadi lebih kurfuffle bile ada pemandu yang kurang kalsium dengan konfiden dan bongkak yang menebal dalam diri cuba untuk buktikan dialah bapak jalanan.Atau senang cite, pemandu yang kurang ajarla..aigoooo.. itu aku pun pantang derr, boleh bikin mood spoil seharian dowh bila tyme nak pergi kerja tu.So, kesimpulannya baik aku amek cuti.Habes cite tak gitu?

Tapi..........................

Ada something yang hampa xtaw!!!disebalik jam tu, tersimpul suatu rahsia ttg keindahan jam. Meh aku habaq hang keindahan tersebut:-

1.Kau boleh rest dowh sambil disulami air-cond...satu kelegaan yang berlipat kali ganda derr.(untuk aku best , pasai umah aku xdak air-cond)
2.Kalau hujan, kau xyah nak risau pasal basah lencun bagai, ko wat rileks je...bukanlah itu cool?
3.Kau boleh karoke sambil dengar lagu2 terkini...aku tgk sepupu aku bukan main sume lagu radio pasang dye hapal..nasib tak lagu tamil n cina je..so, kau boleh join jangan lupa lirik nanti.Menang duit woo!!! sekali lagi aku tanya, bukankah itu sesuatu yang cool?habaq hang....
4.Senang cite, jam itu sangat cool.


                                     


+

 

Allryte..pikir2 kanlah ye keindahan jam ye...adios amigossss!!!! i heart u!!! :)