Ekslusif..
Bunyi macam sesuatu yang mahal.
Mungkin sesuatu yang berharga.
Sesuatu yang suci mungkin......
Tiada istilah tepat untuk gambarkan betapa tidak ternilainya sesuatu yang ekslusif itu. Ibarat dikurung di dalam sangkar emas yang tidak bisa disentuh oleh umum. Begitulah jua diibaratkan perempuan.
Perempuan ekslusif?
Ya, mungkin perkataan ini janggal disatukan untuk membawa maksud yang sangat bermakna. Namun, bila disatukan membawa erti yang sangat mendalam.
Mungkin daripada sudut pandangan aku, perempuan yang diibaratkan ekslusif itu sangat dihormati. Kenapa?
Kerana, di zaman ini agak sedikit jumlah perempuan ekslusif itu. Kerana, peranan yang dipegang oleh perempuan ekslusif itu sangat besar.
Sedikit perkongsian daripada http://tintaseorangmujahidah.blogspot.com/2013/05/9-ciri-ciri-wanita-solehah-yang-perlu.html.
Ciri-ciri perempuan ekslusif :)
1. Menundukkan pandangan (ghadhdul bashar) kepada yang bukan mahramnya, nescaya hati dan jiwa akan semakin bening dan jernih.
Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (Surah an-Nur ayat 30-31)
2.Sentiasa bersikap jujur, nescaya akan menjadi semakin manis.
Daripada Abdullah bin Masud r.a. katanya sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
“Sesungguhnya kejujuran mengantarkan kepada kebaikan, dan kebaikan
mengantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur
hingga ia disebut siddiq (orang yang senantiasa jujur). Sedang dusta
mengantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dari perilaku menyimpang
mengantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta
hingga ia disebut pendusta besar.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan
Tirmizi).
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang maksudnya : “Wahai orang-orang
yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan
orang-orang yang benar (jujur)” (Surah At-Taubah ayat 119).
Dalam ayat lain, Allah S.W.T. berfirman, yang maksudnya: “Jikalau mereka
jujur kepada Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka”
(Surah Muhammad ayat 21)
3. Ketiga : Rasa malu yang lahir daripada Iman.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman
mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah
satu cabang dari cabang iman.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sifat malu adalah sifat yang terpuji. Dengan memiliki sifat ini
seseorang wanita solehah akan terlepas daripada segala kejahatan kerana
adanya sifat ini akan terhindarlah segala keburukan. Dengan sifat malu
juga akan meningkatkan darjat keimanannya.
Sayyidina Ali bin Abi Thalib berkata : “Orang yang menjadikan sifat malu
sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela
pada dirinya.”
4. Sentiasa beristighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang di lakukan.
Istighfar merupakan syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang Nabipun
yang tidak beristighfar dan selalu mengajak umatnya untuk beristighfar.
Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa beristighfar atas dosa yang telah mereka
perbuat sepertimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Araf ayat 23
maksudnya :” Keduanya berkata “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri
kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat
kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”.
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Barangsiapa mengucapkan ‘Astaghfirullahal
Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi’ akan
diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan”
(Hadis Riwayat Al Hakim)
5. Sentiasa menjaga kehormatan diri dan menutup aurat.
Wanita solehah dalam perjalanan harian kehidupannya penuh dengan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sentiasa menjaga kehormatan
diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di dalam percakapan, pergaulan
dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud ” Dunia ini adalah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. ” (Hadis Riwayat
Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Apabila seorang wanita
(isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di
akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka
(mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Firman Allah SWT maksudnya :”…Dan hendaklah mereka menutupkan kain
tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki
mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita
Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan
laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka
memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung”. (Surah An.Nur ayat 31)
6. Sentiasa bersifat tawaduk dan membina rasa ukhwah.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala maksudnya : “(Mereka) keras terhadap
orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (Surah al-Fath
ayat 29)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyuruh Nabi-Nya dengan firman-Nya yang
bermaksud : “dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang
mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah Asy-Syu’ara ayat
215)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang
paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf orang yang
menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung
silaturrahim orang yang memutuskanmu”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku
tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?”
Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah kemudian menjelaskan,
“Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang
terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah,
menyambungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di
antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya.
Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya,
hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).
7. Mengelakkan fitnah untuk menjaga kesucian diri .
Dari Abu Malih Al- Hudzli : Kaum perempuan kota Himsh atau penduduk Syam
menemui Aisyah. lalu Aisyah berkata ” Kamu adalah kaum perempuan yang
masuk ke kamar mandi. padahal, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
maksudnya : “Siapa saja perempuan yang meletakkan pakaiannya bukan di
rumah suaminya, Allah akan membuka aibnya”
( Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Hakim )
Abu Hurairah r.a pun menyebutkan, ketika turun ayat al- Mula’anah (
tentang suami-isteri yang saling melaknat kerana tuduhan perbuatan
serong ) Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Siapapun perempuan yang
menemui suatu kaum yang bukan kerabatnya, ia akan tidak memperoleh
apapun dari Allah SWT dan Dia tidak akan memasukkannya ke syurga “
Dari Aisyah ra berkata : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki
beberapa kelebihan. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak pernah melihat
wanita lain yang lebih baik daripada wanita kaum Anshar dalam hal
keimanannya terhadap kitabullah dan apa-apa yang diturunkan-Nya. Ketika
turun surat An-Nur, pada potongan ayat (yang artinya) : Dan hendaknya
mereka memakai tudung sampai menutupi dada mereka. Maka saat itu pula
para suami membacakan kepada anak-anak perempuan, saudara-saudara
perempuan dan kerabat-kerabatnya setelah dibacakan, maka tidak ada satu
wanita pun kecuali mereka memakai tudung (jilbab) lalu mereka
melipatkannya di atas kepala mereka. Hal itu dilakukan kerana
kepercayaan dan keimanan mereka terhadap apa yang telah diturunkan Allah
dalam kitab-Nya. Kemudian tatkala mereka berada di belakang Nabi
Shallallahu Alaihi Wasallam , mereka terlihat sudah mengenakan jilbab.
Seolah-olah di atas kepala mereka ada seekor burung ghirban.”
Hadis di atas menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga diri
daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah yang akan
menjerumuskan pada fitnah yang lebih besar. Semoga semua para wanita
senantiasa menjaga kesucian diri mereka dan elakkanlah segala bentuk
fitnah yang mungkin boleh berlaku tanpa disedarinya.
Fitnah dizaman morden ini adalah berhati-hati di dalam perhubungan
dengan lelaki yang bukan mahram di alam maya samaada melalui facebook
atau blog atau hubungan telifon bimbit dan mengelakkan meletakkan
gambar-gambar peribadi yang mungkin boleh disalah gunakan oleh mereka
yang telah rosak akhlaknya.
8.Sentiasa berwuduk nescaya akan bercahaya wajahnya di hari akhirat.
Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Umatku akan tampil pada hari kiamat
dengan wajah bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas
wuduk.”
9. Sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat
Nabi SAW bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita solehah mengharapkan balasan syurga daripada Allah SWT sebagai
ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendakinya. Maka wanita solehah
akan sentiasa belajar dan menuntut ilmu yang bermanfaat samaada ilmu
fardu ain atau fardu kifayah, kerana sesiapa yang menutut ilmu akan
dinaungi dan didampingi oleh para malaikat dan mendapat rahmat daripada
Allah SWT. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat
Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi SAW bersabda maksudnya, “Belajar
satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus
rakaat”.
InsyaAllah aku cuba untuk meletakkan diri aku dalam kelompok 'perempuan ekslusif'. Mudah-mudahan Allah mendengar apa yang aku doakan ni..aminnn :)
No comments :
Post a Comment
Time Kacehh sebab udah baca ini entry:)