Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Thursday, January 26, 2017

Kening bergerak-gerak/ Bulu mata jatuh - Kenyataan atau kebetulan


Assalamualaikum,

Hye everybody! Mood tengah x berapa nak ada, tapi kalau aku x sibukkan diri, aku akan terfikir2 benda yang jadi bertimpa-timpa kat aku sebulan dua ni. So, let's busykan diri okayy.

Lately, kening belah kiri aku selalu bergerak-gerak. Ada dalam 2 minggu jugak la, dan pada masa yang sama juga, bulu mata selalu jatuh, x kisahlah kiri ke kanan..hari ni pun beberapa kali dah bulu mata jatuh. Orang kata kalau bulu mata jatuh belah kanan ada orang rindu, kalau belah kiri pula ada orang tak suka. If kening pula, belah kiri nak nangis and belah kanan pula nak gembira. Idk, but benda yang paling aku risau sebenarnya bila kening bergerak-gerak. Sebelum ni, dua kali kening belah kiri aku begerak, tak lama kemudian berlaku perkara buruk kat aku.

Kening bergerak-gerak (belah kiri)
Kejadian pertama
A week before dan sewaktu kejadian tu, kening aku bergerak-gerak. And yeah, something happen to my family.

Kejadian kedua
Sepupu aku meninggal sebabkan kanser. Tapi sebelum tu galak kening aku bergerak non stop sampaikan aku rasa rimas. Time ni memang aku sedih sangat-sangat.

Kejadian ketiga
Kejadian ni baru je berlaku pada aku. 2 minggu kening aku bergerak-gerak, dan aku mula rasa tak sedap hati. Tapi masa ni aku just fikir yang aku tak cukup rehat. Sebab at the same time mata belah kiri juga bergerak-gerak. Orang kata kalau mata bergerak-gerak tandanya nak nangis. Kebetulan belah mata kiri yang gerak-gerak. Aku risau dan terfikir-fikir ada ke benda buruk nak berlaku pada aku. Dalam hati berdoa supaya takde benda buruk jadi. Then, waktu aku nak balik dari ofis, wind screen belakang kereta aku retak 1000. Tak tahu nak nangis ke apa. Aku dah takde perasaan. Sebabnya, dari bulan 12 lagi sampai hari kejadian berlaku keretakan pada kereta aku, bertimpa-timpa nasib buruk berlaku pada aku. Love, career, difitnah, dianiayai and many things happen to me at the same time. Kegembiraan yang aku ingat akan berpihak pada aku tahun 2016 ternyata tak terjadi. Maybe 2016 bukan tahun aku. Kehilangan opah, kak Adah, putus cinta (3 huge incident) yang membuatkan aku sedih sangat2. But whatever it is, aku yakin kaitan dengan kening/mata yang bergerak ni just kebetulan. Itu semua kuasa tuhan kan?So, let's be positive okay..Allah kan ada..

Bulu mata (kiri+kanan)
Yang ni aku x sure. Tapi yang aku perasan belah kiri kerap. Probably memang aku tengah x berapa baik dan tak akan baik dengan ex aku since kejadian tempoh hari. Mungkin memang dye dah benci aku ke, idk. Entahlah, kalau dia nak membenci aku pun terpulanglah pada dia, walaupun aku sebenarnya mangsa yang dianiayai. Takpelah, Allah tu maha Adil. InsyaAllah adalah hikmahnya tu. Let's spread positive vibe okayy..

Ok, that's all. It just my experience facing dengan mitos/kata orang dulu-dulu. Probably korang pun ada experience benda ni jugak. Just doa banyak2 ok. n doakan untuk aku jugak k supaya sentiasa kuat..aminnn :)

Much love
Ayoko


Trip to Medan - First day

Assalamualaikum,

Morning yaww.. ok, kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku menjejakkan kaki ke Kota Medan, Indonesia. Just so u know, ni kali ketiga aku travel ke Indonesia. Jadi, berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan aku ni, skil tawar-menawar tang membeli-belah tu serahkan aje pada kakak..Tapi bab shopping tu, kemudian aku sharekan hasil tangkapan yang berjaya diperoleh.

So, tarikh yang aku da book dengan travel agent adalah pada 13-16 Jan 2017. Ok, memandangkan ni first time aku dengan kwn rapat nak bercuti bersama+ masing-masing x pernah pergi Medan, kitorang decide untuk ambil travel agent and complete pakej which included return flight, makan, hotel, transportation, supir dan entrance tiket. Total kesemua ni bagi aku sangat murah, hanya RM650 per head. Deposit kita bayar siap-siap di Malaysia, and balance tu bayar pada Agus, supir yang uruskan kitorang kat sana. Ko takyah pening kepala nak book hotel bagai, ape sume, sebab semua diorang dah settlekan. Tinggal bawak duit shoppimg ajerr...

Flight kitorang pagi, pukul 7.35 a.m. So, ko bayangkan pukul berapa nak gerak daripada rumah. Boleh tahan kemamaian aku terserlah. Imagine khamis tu aku meeting, selasa-rabu tu ada bengkel.  Jumaat pagi dah berangkat kol 3 pagi. Khamis tu kol 1.30 a.m baru tidur. Kau rasa? Bukan tidur-tidur ayam dah, kambing, babun, segala binatang dah aihh.haha

Perjalanan dari KLIA2 ke Medan tak lama, sejam ajer..Fuhh, lega mak. Bukan apa, aku ini jenis mabuk kalau naik apa-apa kenderaan. Mau kejung perut aku kalau lama-lama dalam kapal terbang. Tu belum cerita sistem pencernaan buat hal tetibe. Kelegaan besar untuk aku kalau sekejap je perjalanan ke sana.

By the way, waktu dekat Indonesia lewat sejam daripada Malaysia. Jadi, kitorang sampai kat Kuala Namu International Airport Medan ni lebih kurang 7.40 a.m macamtu. Disebabkan que panjang gila masa nak lepas kastam kat sana, kitorang settle semua tu dalam 8 lebih gak la. And, kitorang 4 orang adalah orang terakhir okayyy. Lepas je semua settle, aku dah nampak Agus tengah tunggu sambil pegang kertas tulis nama aku. Ok, legaa...

Kalau hampa nak tahu, nak menuju satu tempat ke satu tempat tu bapak laa jauhhh. Hari pertama tu kitorang terus ke Parapat, di mana terletaknya Danau Toba. Ok mak eksaited. Tapi nak menyampaikan ke sana tu, guess what, 5 jam. Kan aku cakap tadi, aku ni cepat mabuk. Lagi-lagi jalan berliku, perghhhhh biol otak aku. Ok, to be continue to the next part.. aku nak wat keje dulu.. Nah, akak blanje gamba..:)




Sebelum berlepas yaw...,muka ceria jer
Singgah sarapan kol 8.30 pagi...ayam penyett okayy..gile ah


Trip to Medan - Second day



Much Love
Ayoko