Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Thursday, January 26, 2017

Trip to Medan - First day

Assalamualaikum,

Morning yaww.. ok, kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku menjejakkan kaki ke Kota Medan, Indonesia. Just so u know, ni kali ketiga aku travel ke Indonesia. Jadi, berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan aku ni, skil tawar-menawar tang membeli-belah tu serahkan aje pada kakak..Tapi bab shopping tu, kemudian aku sharekan hasil tangkapan yang berjaya diperoleh.

So, tarikh yang aku da book dengan travel agent adalah pada 13-16 Jan 2017. Ok, memandangkan ni first time aku dengan kwn rapat nak bercuti bersama+ masing-masing x pernah pergi Medan, kitorang decide untuk ambil travel agent and complete pakej which included return flight, makan, hotel, transportation, supir dan entrance tiket. Total kesemua ni bagi aku sangat murah, hanya RM650 per head. Deposit kita bayar siap-siap di Malaysia, and balance tu bayar pada Agus, supir yang uruskan kitorang kat sana. Ko takyah pening kepala nak book hotel bagai, ape sume, sebab semua diorang dah settlekan. Tinggal bawak duit shoppimg ajerr...

Flight kitorang pagi, pukul 7.35 a.m. So, ko bayangkan pukul berapa nak gerak daripada rumah. Boleh tahan kemamaian aku terserlah. Imagine khamis tu aku meeting, selasa-rabu tu ada bengkel.  Jumaat pagi dah berangkat kol 3 pagi. Khamis tu kol 1.30 a.m baru tidur. Kau rasa? Bukan tidur-tidur ayam dah, kambing, babun, segala binatang dah aihh.haha

Perjalanan dari KLIA2 ke Medan tak lama, sejam ajer..Fuhh, lega mak. Bukan apa, aku ini jenis mabuk kalau naik apa-apa kenderaan. Mau kejung perut aku kalau lama-lama dalam kapal terbang. Tu belum cerita sistem pencernaan buat hal tetibe. Kelegaan besar untuk aku kalau sekejap je perjalanan ke sana.

By the way, waktu dekat Indonesia lewat sejam daripada Malaysia. Jadi, kitorang sampai kat Kuala Namu International Airport Medan ni lebih kurang 7.40 a.m macamtu. Disebabkan que panjang gila masa nak lepas kastam kat sana, kitorang settle semua tu dalam 8 lebih gak la. And, kitorang 4 orang adalah orang terakhir okayyy. Lepas je semua settle, aku dah nampak Agus tengah tunggu sambil pegang kertas tulis nama aku. Ok, legaa...

Kalau hampa nak tahu, nak menuju satu tempat ke satu tempat tu bapak laa jauhhh. Hari pertama tu kitorang terus ke Parapat, di mana terletaknya Danau Toba. Ok mak eksaited. Tapi nak menyampaikan ke sana tu, guess what, 5 jam. Kan aku cakap tadi, aku ni cepat mabuk. Lagi-lagi jalan berliku, perghhhhh biol otak aku. Ok, to be continue to the next part.. aku nak wat keje dulu.. Nah, akak blanje gamba..:)




Sebelum berlepas yaw...,muka ceria jer
Singgah sarapan kol 8.30 pagi...ayam penyett okayy..gile ah


Trip to Medan - Second day



Much Love
Ayoko


No comments :

Post a Comment

Time Kacehh sebab udah baca ini entry:)