Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Wednesday, March 29, 2017

Tirp to Medan - Final Part


Ok, ampun udah telat baru mau update. Actually aku dah lupa since da 2 bulan x update, tapi aku cubalah korek2 sisa memory yang tinggal. Okay, after dah sarapan bagai once da touch down, kami terus shoot ke Danau Toba. From airport Medan ke Danau Toba lebih kurang 4-5 jam. Dengan jalan yang berpusing-pusing tu, memang mabuk dibuatnya. Tapi dun worry, let say kalau korang jenis yang mabuk dan terlupa nak beli ubat siap-siap from Malaysia, boleh minx supir singgah ke kedai runcit mana-mana di Medan untuk beli ubat AntiMol (anti-muntah). Seriously it works.. Ubat tu kalau korang beli di kedai runcit memang sangatla murah, dalam 15sen sebiji. Ubat tu mcm panadol, tapi once kau da telan, memang ngantuk dan x rasa mual ke apa. Cita skg aku menyesal tak beli banyak2 buat spare di Malaysia.sob sob..

Kitorang sampai hotel tu betul2 depan tasik Danau Toba. Memandangkan da petang and di Indonesia petang dalam kol 5 tu dah gelap, so malam tu just untuk rehat before ke Pulau Samosir esoknya.





view Danau Toba from hotel kami


Pulau Samosir 2nd day "Horas"

Pulau Samosir ni memang cantik. Perjalanan nak ke sini daripada Danao Toba takes around 1 jam. Memang sejuk cuaca kat sini. Ok, kat Pulau Samosir ni memang banyak kedai2 yang jual barang2an souvenir dan kain-kain, If korang nak shopping kat sini, aku suggestkan untuk korang pergi kedai yang hujung sekali. Harga dia sangat beza berbanding kedai yang depan even kita x tawar pun lagi.  Macam aku beli kain tenun yang sebiji dengan kawan aku, dalam 70,000 rupiah (RM23), kawan aku pula beli 180,000 rupiah (RM 60). Tapi, yang paling penting skil tawar-menawar tu sebenarnya kalau kata korang x sempat nak round setiap kedai. Tips yang aku boleh bagi kat sini, korang mestilah tawar 50% daripada harga yang ditawar. Kalau dia x bagi harga tu, buat-buat blah konfem dia panggil balik.



rumah orang batak,,tengok pintu dia kecik gila weh

perkuburan bangsawan kaum batak

depan jeti 



On the way balik daripada Pulau Samosir tu Agus bawak singgah di beberapa tempat untuk ambil gambar. Sejuk gila tempat dia, lagi sejuk dari Cameron Highlands.



belakang yang luas tu tasik Danau Toba..bapak luas


belakng ni air tejun, tinggi gila..boleh turun kat bawah tu, tapi aku malas


aku kan bajet superdiva, maka terhasillah pose menggelikan..ahaks


Hari ketiga

Ok, ni aku update mana yang ingat jelah ye. Pagi2 tu lagi Agus da bawak kitorang ke Gunung Sinabung sejenis gunung berapi yang keebtulan masih berasap sebab baru je meletus semalamnya. Memang cantik sangat tempat ni. Subhanallah rasa macm nak pergi lagi je. Balik tu, kami singgah ke tempat peberet aku, Pajak Ikan...yeayyyy

Gunung Sinabung


Shopping di Pajak Ikan

Ok, sebenarnya harga barang di Medan taklah semurah Bandung. Ada kain aku beli tu, beza dalam RM10 walhal kain yang sama. Cuma masih tak boleh kalahkan lah harga di Malaysia, still banyak beza. Mau sawan kalau korang pergi sana sebab kain-kain dia sangat cantik dan banyak pilihan. Cuma rimas bila orang ikut-ikut kita paksa beli souvenir bagai. Yang tak boleh blah tu, mamat yang ikut-ikut kita tu boleh cakap muka aku mcam Ayu Ting Ting.. cita skg muka aku memang muka orang belah-belah sana ke apa?aigooo.. Ada gak orang Indonesia kat sana cakap Kelantan dengan aku, wakakak...daebak.


Actually aku shopping banyak nak mams, tapi tah kemana tah gambar tu sume pergi. Kawan aku ada kirim telekung, balik tu puas hati dia. Siap mak dia pun nak kirim bagai. Jawapan aku, memang aku setiap bulan pergi Medan cita dye...memang xlah..haha.. kalau ada jumpa gamba nanti aku update lagi hasil tangkapan.Owh btw, korang kena try nasi goreng Indonesia sedapppppppp gilaaaaaaaa...serius. Dahla murah, pakej sekali air dalam RM4.50.. tapi ni kedai tepi jalan yang bersihla..sebab aku dah tak boleh blah nasi padang, minx Agus bawak makan tempat lain pulak.












with Agus yang baik dan sopan

Ok, thats it..Perjalanan yang sangat best walaupon penat, but enjoyyy.. Shopping kain sangat berbaloi.. Still murah lagi dari Malaysia..Wokayyyy, byee


Much Love
Ayoko


Surat cinta buat starla


ku tuliskan kenangan tentang
caraku menemukan dirimu
tentang apa yang membuatku mudah
berikan hatiku padamu
takkan habis sejuta lagu
untuk menceritakan cantikmu
kan teramat panjang puisi
tuk menyuratkan cinta ini
telah habis sudah cinta ini
tak lagi tersisa untuk dunia
kan telah ku habiskan
sisa cintaku hanya untukmu
aku pernah berpikir tentang
hidupku tanpa ada dirimu
dapatkah lebih indah dari
yang ku jalani sampai kini
aku selalu bermimpi tentang
indah hari tua bersamamu
tetap cantik rambut panjangmu
meskipun nanti tak hitam lagi
bila habis sudah waktu ini, tak lagi berpijak pada dunia
telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu
dan telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu, untukmu, hidup dan matiku
bila musim berganti sampai waktu terhenti
mulai dunia membenci, ku kan tetap di sini
bila habis sudah waktu ini, tak lagi berpijak pada dunia
telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu
dan telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu

Thursday, January 26, 2017

Kening bergerak-gerak/ Bulu mata jatuh - Kenyataan atau kebetulan


Assalamualaikum,

Hye everybody! Mood tengah x berapa nak ada, tapi kalau aku x sibukkan diri, aku akan terfikir2 benda yang jadi bertimpa-timpa kat aku sebulan dua ni. So, let's busykan diri okayy.

Lately, kening belah kiri aku selalu bergerak-gerak. Ada dalam 2 minggu jugak la, dan pada masa yang sama juga, bulu mata selalu jatuh, x kisahlah kiri ke kanan..hari ni pun beberapa kali dah bulu mata jatuh. Orang kata kalau bulu mata jatuh belah kanan ada orang rindu, kalau belah kiri pula ada orang tak suka. If kening pula, belah kiri nak nangis and belah kanan pula nak gembira. Idk, but benda yang paling aku risau sebenarnya bila kening bergerak-gerak. Sebelum ni, dua kali kening belah kiri aku begerak, tak lama kemudian berlaku perkara buruk kat aku.

Kening bergerak-gerak (belah kiri)
Kejadian pertama
A week before dan sewaktu kejadian tu, kening aku bergerak-gerak. And yeah, something happen to my family.

Kejadian kedua
Sepupu aku meninggal sebabkan kanser. Tapi sebelum tu galak kening aku bergerak non stop sampaikan aku rasa rimas. Time ni memang aku sedih sangat-sangat.

Kejadian ketiga
Kejadian ni baru je berlaku pada aku. 2 minggu kening aku bergerak-gerak, dan aku mula rasa tak sedap hati. Tapi masa ni aku just fikir yang aku tak cukup rehat. Sebab at the same time mata belah kiri juga bergerak-gerak. Orang kata kalau mata bergerak-gerak tandanya nak nangis. Kebetulan belah mata kiri yang gerak-gerak. Aku risau dan terfikir-fikir ada ke benda buruk nak berlaku pada aku. Dalam hati berdoa supaya takde benda buruk jadi. Then, waktu aku nak balik dari ofis, wind screen belakang kereta aku retak 1000. Tak tahu nak nangis ke apa. Aku dah takde perasaan. Sebabnya, dari bulan 12 lagi sampai hari kejadian berlaku keretakan pada kereta aku, bertimpa-timpa nasib buruk berlaku pada aku. Love, career, difitnah, dianiayai and many things happen to me at the same time. Kegembiraan yang aku ingat akan berpihak pada aku tahun 2016 ternyata tak terjadi. Maybe 2016 bukan tahun aku. Kehilangan opah, kak Adah, putus cinta (3 huge incident) yang membuatkan aku sedih sangat2. But whatever it is, aku yakin kaitan dengan kening/mata yang bergerak ni just kebetulan. Itu semua kuasa tuhan kan?So, let's be positive okay..Allah kan ada..

Bulu mata (kiri+kanan)
Yang ni aku x sure. Tapi yang aku perasan belah kiri kerap. Probably memang aku tengah x berapa baik dan tak akan baik dengan ex aku since kejadian tempoh hari. Mungkin memang dye dah benci aku ke, idk. Entahlah, kalau dia nak membenci aku pun terpulanglah pada dia, walaupun aku sebenarnya mangsa yang dianiayai. Takpelah, Allah tu maha Adil. InsyaAllah adalah hikmahnya tu. Let's spread positive vibe okayy..

Ok, that's all. It just my experience facing dengan mitos/kata orang dulu-dulu. Probably korang pun ada experience benda ni jugak. Just doa banyak2 ok. n doakan untuk aku jugak k supaya sentiasa kuat..aminnn :)

Much love
Ayoko


Trip to Medan - First day

Assalamualaikum,

Morning yaww.. ok, kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku menjejakkan kaki ke Kota Medan, Indonesia. Just so u know, ni kali ketiga aku travel ke Indonesia. Jadi, berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan aku ni, skil tawar-menawar tang membeli-belah tu serahkan aje pada kakak..Tapi bab shopping tu, kemudian aku sharekan hasil tangkapan yang berjaya diperoleh.

So, tarikh yang aku da book dengan travel agent adalah pada 13-16 Jan 2017. Ok, memandangkan ni first time aku dengan kwn rapat nak bercuti bersama+ masing-masing x pernah pergi Medan, kitorang decide untuk ambil travel agent and complete pakej which included return flight, makan, hotel, transportation, supir dan entrance tiket. Total kesemua ni bagi aku sangat murah, hanya RM650 per head. Deposit kita bayar siap-siap di Malaysia, and balance tu bayar pada Agus, supir yang uruskan kitorang kat sana. Ko takyah pening kepala nak book hotel bagai, ape sume, sebab semua diorang dah settlekan. Tinggal bawak duit shoppimg ajerr...

Flight kitorang pagi, pukul 7.35 a.m. So, ko bayangkan pukul berapa nak gerak daripada rumah. Boleh tahan kemamaian aku terserlah. Imagine khamis tu aku meeting, selasa-rabu tu ada bengkel.  Jumaat pagi dah berangkat kol 3 pagi. Khamis tu kol 1.30 a.m baru tidur. Kau rasa? Bukan tidur-tidur ayam dah, kambing, babun, segala binatang dah aihh.haha

Perjalanan dari KLIA2 ke Medan tak lama, sejam ajer..Fuhh, lega mak. Bukan apa, aku ini jenis mabuk kalau naik apa-apa kenderaan. Mau kejung perut aku kalau lama-lama dalam kapal terbang. Tu belum cerita sistem pencernaan buat hal tetibe. Kelegaan besar untuk aku kalau sekejap je perjalanan ke sana.

By the way, waktu dekat Indonesia lewat sejam daripada Malaysia. Jadi, kitorang sampai kat Kuala Namu International Airport Medan ni lebih kurang 7.40 a.m macamtu. Disebabkan que panjang gila masa nak lepas kastam kat sana, kitorang settle semua tu dalam 8 lebih gak la. And, kitorang 4 orang adalah orang terakhir okayyy. Lepas je semua settle, aku dah nampak Agus tengah tunggu sambil pegang kertas tulis nama aku. Ok, legaa...

Kalau hampa nak tahu, nak menuju satu tempat ke satu tempat tu bapak laa jauhhh. Hari pertama tu kitorang terus ke Parapat, di mana terletaknya Danau Toba. Ok mak eksaited. Tapi nak menyampaikan ke sana tu, guess what, 5 jam. Kan aku cakap tadi, aku ni cepat mabuk. Lagi-lagi jalan berliku, perghhhhh biol otak aku. Ok, to be continue to the next part.. aku nak wat keje dulu.. Nah, akak blanje gamba..:)




Sebelum berlepas yaw...,muka ceria jer
Singgah sarapan kol 8.30 pagi...ayam penyett okayy..gile ah


Trip to Medan - Second day



Much Love
Ayoko


Thursday, May 12, 2016

Us

Assalamualaikum,

Lately ni semangat aku da takde. Separuh jiwa aku dah pergi. Takde apa yang tinggal..Sejak arwah kak Adah n arwah opah meninggal, aku rasa macam dunia dah hampir kiamat. Sungguh, aku tak pernah rasa macam ni. Mungkin jarak mereka tak jauh, sebulan lebih je. That's why aku rasa macam down. Orang yang paling aku kesian of course mak aku..Dia yang paling rapat dengan arwah opah. Lagi pulak, arwah opah dan arwah kak Adah tinggal dengan aku. Mungkin tu yang membuatkan susah nak terima kenyataan bila mereka dah tiada. Tapi aku yakin, percaturan Allah tu tepat. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Arwah opah pernah tanya aku banyak kali bile aku nak kahwin? Jawapan aku simple je, malasla...nak jaga mak dengan opah..Tapi, tulah tak sempat sebab dia dah pergi menghadap Ilahi dulu.

Teringat aku tahun lepas, sewaktu Han ajak aku kuar malam tu waktu kat kampung..Aku katakan pada dia malas la, sebab dah malam, tak elok pulak anak dara kuar malam..lagi pulak, masa tu aku sakit hati dengan si Han tu..mood nak keluar memanglah takde. Tapi, Han ajak juga sebab dia memang nak sangat jumpa dan keluar dengan aku. Untuk puaskan hati dia, aku pergi tanya mak yang keebtulan ada di tingkat atas dengan opah. Mak waktu tu tengah tidur, so aku malas la nak gerak. Aku bagi tahu opah yang Han ajak keluar, dengan harapan opah xbagi aku keluar sebab dah malam. Ternyata sangkaan aku meleset, opah yang beria suruh aku keluar dengan Han. Katanya, tak baik menghampakan permintaan orang. Ok, kenapa opah yang beria? dalam hati aku, kalau opah nak, opah jelah keluar dengan dia..Tapi, akhirnya aku keluar juga dengan Han,.. Opah memang suka sangat dengan si Han ni, sebabnya Han ni pandai bersembangla, hensemlaaa(muntah) dan yang penting dia ni dekat je dengan kampung aku..so senang la kalau nak balik kampung... Pelikkan, baru jumpa pertama kali je, opah terus da suka pada Han....amboiii ilmu apa tah dia pakai tu... Tapi, lepas ni mungkin aku da jarang balik kampung...semalam aku tanya pada mak, tahun ni nak balik raya bila? selalunya 3-4 hari sebelum raya famili aku akan balik kampung.. Tapi, jawapan mak aku yang paling aku x sangka..dia xnak balik..dia nak raya kat KL. Aku tahu yang mak sebenarnya sedih.. Aku tanya lagi pada mak, takkan mak xnak lawat kubur arwah opah? Jawapan mak, kalau balik kampung pun, mungkin akan balik raya ke-2..Biasanya, saban tahun akan singgah ke 1 kubur je,.Tapi tahun ni ada tambahan 2 lagi...so akan ada 3 yang akan kami singgah.. Jujurnya, sampai ke detik ini, tiap kali teringat je mesti akan sedih. Lumrah manusia yang pergi tetap akan pergi dan takkan kembali. Bukan tak redha, tapi masih belajar untuk redha.

Apa yang tertulis kita kena terima. Kadang-kadang apa yang dirancang tak akan menjadi kenyataan tanpa izinnya. Mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dan diberikan petunjuk dan hidayah..InsyaAllah..aminn..

*aku da takde kawan sembang pagi2 sebelum pergi kerja,n takkan ada dah orang yang akan ketuk pintu bilik pagi2 sebab nak ambil tuala dan solat...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...aminnn

Monday, April 25, 2016

Maaf

Assalamualaikum,

Kadang-kadang tiada kata yang terluah apatah lagi untuk aku titipkan di sini. Aku hanya mampu untuk simpan dalam hati dan aku pasti lama-kelamaan apa yang aku simpan akan semakin dilupakan. Seboleh-bolehnya aku tak mahu perkara-perkara sedih menghantui diri aku sehingga ke akhir hayatku. Hanya coretan ringkas dapat aku luahkan di sini agar segala kesedihan tidak bersarang di benak fikiranku.

Belum pun sempat tahun 2016 mencapai pertengahannya, dua orang insan yang rapat dengan aku telah pergi buat selama-lamanya. Kadang-kadang aku rasa umpama hampir kiamat dan aku rasa hampir putus asa.Apa yang paling aku kesalkan ialah aku tak sempat nak minta maaf kepada mereka.Itulah penyesalan terbesar dalam hidup aku. Ditambah pula dengan lepas satu-satu tragedi yang menimpa diri aku dan keluarga.

Aku tahu walau air mata darah sekalipun yang mengalir, tetap tak dapat hapuskan penyesalan aku pada mereka yang telah pergi. Aku akui yang aku hampir lupa diri..aku lupa pada pencipta aku.Aku leka dengan dunia aku sendiri. Mungkin inilah hikmah yang ingin ditunjukkan kepada aku. Semoga Allah beri aku petunjuk untuk aku sentiasa istiqamah dalam mencari keredhaanNya.

Hanya satu je pesanan aku, sentiasalah minta maaf kepada orang di sekeliling kita dan seboleh-bolehnya jagalah hati dan perasaan sesiapa sahaja. Remember that manusia adalah makhluk tuhan yang paling istimewa. Kita akan sedar kebaikan mereka setelah mereka tiada di sisi kita. Di kesempatan ini juga, aku nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakitkan hati, terumpat atau termengata sama ada secara sengaja atau pun tidak..

Buat arwah Kak Adah dan arwah opah, semoga kalian tenang di sana. Al-fatihah..semoga kita jumpa di syurga..InsyaAllah..aminn. i miss both of u :'(

Monday, November 9, 2015

Segarkan muka dengan facial masker

Assalamualaikum,

Heyya! Lama dah aku tak menulis. Been busy lately!puihh alasan..padahal malas update.

Anyway, since this gonna be a short simple entry, I just wanna share some beauty tips gittew.. Lagipun aku dah lama bangat seyhh tak update tips kulit gebu-gebas kennnn..Why not this entry akak khususkan pada those yang nak kulit mcm kulit telur gred A.Letoppp metaphore aku nih..

Ok, dulu masa awal-awal akak berkecimpung dalam dunia blogging ni kan ada beberapa entry yang aku dok tulis pasal nak dapatkan tips kulit mulus, review product and many more.. Just clik kat    sinisinisinisinisinisinisini kalau nak tengok balik entry pasal beauty tips. Itu pun kalau hampa gigih la kennn..haha..

So, memandangkan beauty tips before this lebih kepada nature based, la ni aku nak memperkenalkan salah satu solution yang dapat jimatkan masa terutamanya carrier woman yang sibuk bekerja. Taraaaa....


Facial masker nature based


Memandangkan facial masker ni banyak flavour dye, so aku pun try each of flavour.. dasat dasat..Terus gebu-gebas muka aku esoknya bila bangun pagi..And just so u know, i've been using this masker since 1 years ago. Memang daebak hasil dye..Aku dah tak perlu nak bancuh tepung la apa la just tempekkan masker ni pada muka dalam 20 minutes dan buka...settle. If nak hasil yang meletop, masukkan masker dalam peti ais, nak pakai baru ambil..serius segar-bugar muka..dark circle and eyebag pudar secara keseluruhannya..If u guys nak pakai siang hari pun boleh, xde masalah. After pakai dalam 20 mins, tanggalkan masker tu dan lebihan collagen yang masih lembab di muka tu, korang just urutkan secara bulatan..memang segar dan best pakai..ok kalau dah terpengaruh tu bolehlah cuba beli..hihikss..

Kelebihan Facial Masker:

1.Mengawal minyak lebihan di muka
2.Memberi efect glowing
3.Melicinkan dan menghaluskan kulit
4.Melembabkan kulit
5.Memutihkan kulit
6.Mengecilkan pores
7.Menghalang pembiakan jerawat

Allryte, ada sejuta kebaikan which is kalau nak share kene buat 18 entry haha. For those yang ragu-ragu kandungan bahan dalam masker ni, sila buang perasaan tersebut kerana bahan-bahan yang terdapat dalam masker ni semuanya adalah nature herbs seperti beras, timun, sayur-sayuran, strawberi, mutiara dan pelbagai lagi bahan semula jadi. X perlu risau ye anak-anak..hihikss




Much love
Ayoko





Monday, July 13, 2015

Ikhlas

Assalamualaikum,

Dulu, aku tak pernah kenal dan faham erti 'ikhlas'. Dan, aku tak pernah berminat langsung nak selami makna ikhlas tu. Dalam hidup ni ada ke orang yang betul-betul ikhlas? Aku bagi contoh situasi ya..

1. Dalam wallet korang ada duit RM1, RM5,RM10 dan RM50. Mana yang kau akan pilih?
2. Ada satu tabung yang disediakan dalam sesuatu event yang memerlukan kau untuk sumbangkan duit, dan kebetulan time tu ada ramai orang termasuk kawan-kawan kau, adakah kau akan buat tak tahu je ataupun derma je duit supaya orang tak labelkan kau si kedekut? Dan, jumlah amaun duit yang disumbangkan tu adakah mengikut keikhlasan hati kau? Ataupun nak tunjuk pada kawan-kawan sikap dermawan kau yang langsung tak berkira pasal duit? Atau nak jaga nama?

Hmm, itu baru sentuh pasal ikhlas dalam bersedekah atau derma, belum lagi pasal keikhlasan dalam beribadat dan berpuasa? Bagaimana pulak dengan kerja/tugasan di tempat kerja ? Ikhlas ke kita buat kerana Allah? Ataupun kita buat sebab terpaksa?

Aku selalu tertanya-tanya kalau betul ada orang yang ikhlas, kenapa kita bila doa je mesti minta supaya Allah ikhlaskan hati kita? Ikhlas bila mana kau langsung tak pernah terfikir pun atau teringat segala perbuatan baik yang pernah kau buat dan kadang-kadang kau lupa yang kau pernah lakukan perkara baik tu. Tapi, Allah tak pernah lupa. Sebab tu, Malaikat tu diutuskan untuk mencatat segala amalan baik dan buruk yang manusia lakukan...sebagai bukti kat akhirat nanti..

Tapi, kita ni manusia biasa. Mana mungkin kita lupa perbuatan baik yang kita buat. Tapi, perbuatan jahat kita mudah je lupa. Contohnya, mengumpat. Kau ingat tak berapa kali kau mengumpat dalam setahun?  Kau ingat tak berapa jumlah duit yang kau pinjamkan pada kawan kau? Kau ingat tak kali terakhir kau  buat qiamullail?Errrr...jadi, ikhlas ke kita?

Sebenarnya aku sendiri susah nak ikhlaskan hati aku dalam sesuatu perkara. Hati kata ikhlas. Tapi, sejauh mana keikhlasan tu diukur? Pasti ke itu dikira ikhlas?

Hakikatnya, keajaiban ikhlas tu sebenarnya terletak di setiap sudut ruang diri kita. Bukan sahaja hati, tapi semua anggota badan kita yang menyambungkan dan menghubungkan setiap satu fungsi kepada fungsi yang lain. Insya Allah, aku doakan agar kita semua memperoleh keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan..aminn..


Much love
Ayoko


Wednesday, June 24, 2015

Istikharah

Assalamualaikum,

Happy 7th ramadan everyone.. Camne puasa?ada baik ka?Akak so far puasa cukup, dan mcm biasa azam akak tahun ni untuk puasa penuh. Harap-harap azam akak ni tercapai..kihkih..adik toksah gelak sgt eh..babab kang...grrrr

Anyway, this is 2015 and yeah, umur akak 26 tahun.Masih bujang. Masih comel.Dan, masih kuat berangan.haha. Nama glemer akak is Ayoko. Dan, akak mempunyai 1001 impian dan cita-cita untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah, sedang cuba untuk ikhlaskan diri untuk menuju ke jalan yang diredai Allah.

Actually, last week I got letter calling for interview in UTM,JB. I was susprised because this is actually what i'm waiting for. Pegawai Penerbitan tetap. Thus, working in IPT is something that i'm looking for, because i've planning to pursue my masters. So, by working in IPT i guess is quite a good idea. And, yeah since the location is in JB, i think my mission to get marry with Tunku Idris will be come true.hahah..verangan uolzz

Then, when i told my mom about the offer, she seems not happy. Obviously. She not allowed me to go to the interview. So, I've decided to solat istikharah. Almost 3 days i did it, but i got no clue. Well, perhaps I
 should'nt go. I think about 3 times i've spoke to my mom, but  still the same NO. So, what im trying to say is, sometimes solat istikharah is not appeared in our dream, it can be from our heart and probably Allah give me the signal through my mom. And now, i feel more better and 'redha' if this is the 'ketentuan'. Insya Allah, He knows better for me..

Ok peeps, last word, dont ever stop to ask for his help. I believe everything happens for a reason. Do keep continue praying ok!! n happy fasting everyone, dont forget to solat tarawikh k...:)



Much love
Ayoko

Monday, May 18, 2015

Tabiat makan yang melampau

Assalamualaikum,

One thing I realized, my eating habits da macam orang bela saka kekdahnya. All those thing happen since my mom retired on Jan 2015.Berat aku da mcam obesiti melampau. Yang paling bikin hati panas, berat tu naik bukannya secara seimbang...sungguh waddefish btol...

Setiap hari ada sahaja lauk baru yang akan menambat selera kau..gila tak jamah..cayaq ayaq liur nanti..Ada lauk yang aku x pernah jumpa mak aku masak pon ada..tup tap da pencen dandan pelbagai jenis menu muncul secara tiba-tiba...unsangkarable unsangkarable....

Kadang-kadang mak aku masak lauk ikan bilis je pun, tapi kesedapan dye sehingga menusuk ke pankreas. Sungguh tidakku paham..memang benarlah kata pepatah air tangan ibu ni memang thorrbaikkk. TQ mom for ur delicious food :)  Aku pernah juga sabotaj diri sendiri dengan tak makan. Hasilnya, aku hampir-hampir bertukar menjadi Hulk Hogan. Akhirnya, aku memberontak lalu singgah mencari kepsi yang mengandungi 1001 minyak dan kolesterol. Hampeh, elak makan nasi kengkononnya, akhirnya makan makanan yang double xtra kalori. Sungguh sia-sia usaha aku satu hari tu.. Lepas makan, terus aku gembira dan senyum sampai tido.. what a wonderful life with foods...nyummy..

Jadi, aku simpulkan pepatah  "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati". Sebab, aku betul-betul gembira lepas makan kepsi. Samalah perasaan macam kau buka puasa, siang tu kau da senaraikan pelbagai jenis makanan yang kau nak bedal malam tu. Pas berbuka, kau maki diri sendiri sebab makan terlalu banyak dan sakit perut sehinggakan malam tu jadi malas nak beribadat...sighh, tolong jangan contohi akak yer adik-adik...

So, apa yang membelenggu diri aku skang ni ialah camno nak kuruihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh??? helpppppp



Nah gamba bagi hampa terliuq...tq mr.google sy pinjam...

Much Love
Ayoko

Thursday, May 7, 2015

Urban menurut kamus hidup aku

Assalamualaikum,


Seumur hidup aku tak pernah  bercuti di luar negara. Jangankan ke Korea, ke Indonesia apatah Singapura lagi lah belum jejak lagi. Kadang-kadang rasa cam tak urban sebab tak pernah ke negara orang. Ada kene mengena tak urban dengan tak pernah ke luar negara? Ia seolah-olah dah jadi trend dah aku tengok...x aci nih!!!grrrr

Perasaan aku ni mula meronta-ronta malahan jiwa aku memberontak.Salahkan kenalan aku kat FB sebab suka post gamba depa bercuti kat oversea.....Jadi, untuk merealisasikan impian aku ni menjadi realiti, siang malam pagi petang aku memikirkan strategi bagi menjayakan misi aku yang kian lama kian memaksa. Bukan  tak nak, tapi disebabkan faktor kesibukan aku dan juga kawan-kawan aku tu yang menghalang untuk aku bersuka ria. Faktor ongkos pon perlu diambil kira.

Akhirnya,



Ohmy fake smile..laili pls!! 

Dalam ni serius sejuk, tenang dan nyaman enggak percaya?masa sihhhhh

Masa ni, supir drop kitorg kol 12.15p.m utk shopping kat pasar atas..bagi masa 2 jam, haha kau rasa sempat? ambil gambar pun setengah jam..aptb..pompuan2...

Nampak tak yg bunjut2 dgn beg ala2 clutch tu?dalam tu telekung utk travel..bile aku da convert duit Msia, ko taw bape?RM8..Balik Msia aku maki diri sendiri sbb xbeli...sighh.. Tapi habaq hang barang super murah, rasa cam nak beli kedai2 tu dgn akak2 tu skali bawa Msia...nampak  x hiperbola aku?kihkih          

     
Nak ambil gambar dengan budak ni pun kene bayar 10000..Bijak taktik depa cari duit...


Ini istana apatah aku x igt..padah pas 2 bulan baru update...sighh



Welcome tu rumah kebudayaan minangkabau..tapi masa smp ni da tutup..so kat lua jelah kita berposing uolzz...





posing xnak kalah...hehe..sumpah cantik istana pagaruyung ni..






selfie perkara wajib dalam idup aku..kahkah



Tamatlah pengembaraan mak jemah di bumi  Serambi Mekkah ni..actually ada 2 juta lagi gamba tapi kang hampa muntah pulak..kihkih..Anyway, tips for those yang nak bercuti di padang ni, tawarkan gila2 harga atleast 50%...Contoh macam aku beli telekung tu memula akak tu jual RM120,,,ni aku cite duit Malaysia je la eh, senang sket..So, aku tawar-tawar sampai dapat RM60..Mulanya tak nak beli, dah akak tu beria -ria aku pun beli la..Material cotton paling sejuk nak mams aku cakap..boleh buat hantaran nanti nih...hihi...gamba aku  xtunjuk karang hampa jeles...

Lagi satu, orang Padang ni mostly baik-baik dan sopan..Serius lepas balik termimpi-mimpi ke sini lagi..Insyaallah akan datang semula ke Padang..rindu weyhhhhh!!!over tak..haha


Tak lengkap la kan kalau aku x cite hasil tangkapan:

1.Telekung 5 pasang (sulam). 4 pasang beli depan hotel dapat RM85. Sepasang RM60 tadi tu beli kat Pasar atas.
2.Kain pasang sulam cotton 3 pasang..beli dekat Pasar Aur Kuning...Satu RM43 mcm tu..aku rasa cam better beli kat Pasar atas..lagi banyak pilihan dan harga pon mungkin boleh kawtim..
3.Tudung bawal RM7. aku x galakkan hampa beli tudung bawal kat Indonesia...sebab kualiti x setanding Malaysia.Kalau tudung and shawl, Malaysia win.
4. T-shirt mana-mana ko beli pun sama je harga..Kat depan hotel pun ok, murah..Tapi pendek kata, kat pasar atas semua ada..kalau supir bawa ke butik2 mana-mana aku nasihatkan xyah la kot beli,unless kalau rasa nak kualiti lebih baik boleh sajo...duit hampa kan...hehe
5.Barang orang yang aku beli banyak kesimpulannya...sob sob..actually padang tu tempat shopping sangat best and historical places mmg banyak..Ramai gak peniaga dr Malaysia yang amik kain kat sini..So, kalau rasa-rasa nak niaga tu bolehla ke mari uolzzz...kihkih..so perbelanjaan aku kat bumi Padang ni dalam RM1200 masuk tiket flight+tour guide(hotel+transport+makan+entrance ticket) + shopping etc...

Allryte..thats all...phewwww...


Much love
Ayoko

Monday, March 9, 2015

Beautiful wedding with beautiful people

Assalamualaikum,

Masa kecik-kecik dulu aku selalu berangan kengkonon nak wedding ala-ala garden, aku lah princess yang pakai gaun sekembang alam macam cinderella tu. Lepas tu, nak pulak ada prince charming yang mempunyai seraut wajah yang tampan datang melamar aku..cewahhhh..(angan-angan yang aku adaptasikan dan aku hanya dapat realisasikan melalui penulisan....sungguh kasihan..sob sob)

Tapi, bila dah dewasa ni, angan-angan tu terkubur layu sebab aku sedar yang aku hanyalah Laili Ayoko bukan Nora Danish apatah lagi Siti Nurhaliza. So, aku pun hentikanlah angan-angan karut aku tu..haha..kot kalau Tunku Jalil tu melamar aku ke sape tahu kan?hakss...

So, back to the story, on 21 Feb yang lepas, cousin aku pun melangsungkanlah perkahwinannya di Taman Rekreasi Bukit Jalil. Aku ingatkan akulah manusia yang paling eksaited dalam dunia, rupanya ternyata silap. Kakak ipar akulah manusia yang paling20x eksaited.Aku tak tahu nak gambarkan macam mana dah ke'eksaited'annya tu,, dye umpama mcm baby yg baru dapat menyusu...habaq hang..dari A to Z sume dye eksaited. Aku hanya mampu melihat dan melihat dan melihat. Hebat bukan kakak ipar aku? kalau kau ada masalah berkenaan relationship ke, cinta ke, apa-apa jelah, kakak ipar aku adalah manusia yang paling tepat untuk kau rujuk.Pendek kata, kakak ipar aku adalah seorang  wanita perkasa yang serba-serbi boleh..Belum lagi bak selfie, lepas dye, dye, lepas dye,dye balik. Kalau kau gune kamera yang kodak tu kan, dalam 30 keping, mungkinlah gambar kau terselit sekeping dua.haha...(nasib baik dye xtaw kewujudan blog ni, kalau x mampuih den kene sembelih aihh)..

Tapi, sejak dari kejadian wedding tu, tabiat selfie tu seolah-olah dah berjangkit pada aku dan sepupu aku. Buktinya ada aku paparkan di bawah..haa mcm 999 dah ayat aku nih..


Kesimpulannya, gamba pengantin ada 2 keping je dalam simpanan aku, selebihnya gamba.....xpayah tanya kau orang pun da paham kan..hehe..so, here we go, garden's wedding...
























finally sekeping gamba bersama pengantin..i told ya!!!walaupun pengantin xpndg kamera..errrr


Fuuhhh,lama betul aku nak saring gamba , xnak la kak ipar aku overshadow aku kennnn..........

Ok,happy reading..xoxo


Much love
Ayoko

Tuesday, February 3, 2015

Saviour

Assalamualaikum

Dulu aku ada seorang kawan baik,  Kalau nak diikutkan aku kenal sejak tadika, tapi bila tolak tambah bahagi darab lebih kurang dalam 12 tahun aku kenal. Tapi mula rapat since aku di sekolah menengah. Dia selalu jadi saviour aku waktu aku kene buli dulu, waktu kt kelas dsb. Kalau nak diceritakan aku pun dah xigt sgt. Faktor usia mungkin..kiki..Almost every activity yang aku buat semua dengan dia. Family dia pun semua aku kenal. Menjadi saviour aku dlm setiap perkara yang aku buat.

Tapi, aku paham, bila da menginjak ke alam dewasa ni apa yang aku harapkan tak kan sama dengan waktu dulu. Memang aku rindu dia yang dulu, yang bagi aku cukup sempurna.

Dear saviour, sekiranya aku tak pernah cakap benda ni, hari ni aku nak cakap yang million thanks sebab penah jd kwn aku. Kenangan kita dulu2 memang aku takkan lupa sampai bebila. Dulu aku takde pape pun, in fact aku bukanlah punya ramai kawan, tapi Allah hadirkan dia untuk memberi keceriaan dalam hidup aku yang kosong dulu.

Walaupun kita masing-masing dah berubah, but in my mind, u're still saviour yang 12 tahun lepas aku kenal.








Thursday, January 22, 2015

Sempurna oleh waktu


Assalamualaikum,

Sejujurnya aku telah mati. Perasaan. Kebebasan.Nafsu. Hanya yang tinggal jasad yang bernyawa. Itu pun jika diizinkan Allah untuk terus menghembuskan nafas di muka bumiNya.

Benarlah apa yang orang kata, waktu yang paling sukar dalam kehidupan ni bila saja kau tempuh alam perkejaan dan perkahwinan.

Mungkin aku hanya mengaplikasikan 'sempurna oleh waktu' dalam kehidupan seharian aku. Apa yang jadi aku teruskan, apa yang buruk aku cuba elakkan, dan apa yang berlaku  aku cuba berlapang dada. Supaya aku dapat menjadi insan yang cekal dan kuat.

Perkara yang mendatang aku cuba telan. Tiadalah kehidupan tanpa pancaroba, tiadalah laili tanpa ayoko.EH?

Puitis gak kata-kata aku ni..kihkih..

Last word, pls tk cr of urself frens..errmmm i miss him, truly miss him..

Much love
Ayoko

Thursday, January 8, 2015

Selamat tahun baru 2015

Assalamualaikum,

Since tahun baru pun dah membuka tirai, secara tidak langsung aku pun nak buka azam baru dengan harapan baru. Sebenarnya, aku tak pernha pun tanam azam ke apa sebab sama je, bukan tercapai pun, paling tidak pun aku forward2 ke depan. Last2 harapan menjadi layu..

Tapi, pembukaan tahun baru jugak da buat aku sedih dengan 2-3 perkara. Tapi, sebagai seorang yang cool dan comel as usual, perkara tersebut tak pun membenakkan fikiran aku yang memang sentiasa kusut ni.sedih bukan kisah aku?sobs

So, azam tahun baru aku nak lupakan perkara indah yang terjadi pada tahun 2014. Sebab, nanti kita akan dibayangi dengan memori indah yang pada hakikatnya benda tu tak lagi releven bagi tahun baru ni.

Jadi, kepada semua pembaca catatan akhir sekolah, akak nak wish uolz selamat tahun baru 2015!!! yuhhuuu.. pls read this entry with happy mood k!

Monday, December 29, 2014

Selamat malam dunia


Selamat malam dunia,
Walau kita berjauhan,
Kami sentiasa denganmu,
Untuk mendoakan kalian,

Selamat malam dunia,
Di saat kami bahagia,
Kau pula menderita,
Mencari sebutir kejujuran

Selamat malam dunia,
Mogamu lena di sana,
Di sisi tuhanmu,
Pastinya bahagia.

*Titipan buat saudara-saudara kita. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di seluruh dunia. Sesungguhnya, tuhanmu sentiasa ada di sisimu. Moga tahun 2015 memberi kita sinar baharu dan menjadikan kita hambaNya yang beriman dan bertaqwa..aminnn

Thursday, December 18, 2014

Review: Olay regenerist serum


Assalamualaikum,

It's been quite long time jugak aku x buat review about beauty product. Since everyone know that I've been faicng a toughest month, so aku x dapat membahagikan masa dengan sempurna gittew...

So, sepanjang kesepian aku daru dunia blog, aku sebenarnya telah menjumpai satu solusi yang mengakses kepada penyerlahan kecantikan bak mutiara mekar mengindahkan muka tuan/puan. Atau ayat yang lebih ringkas, produk yang kasi muka kau yang dah mulus tu, berkali ganda mulus. contohnya sekarang ni muka kau da sekali mulus, bila kau pakai produk ni, muka kau akan jadi 20x mulus. Terkesima x? Aku pon..

Keterujaan tentang produk tu membuatkan aku x boleh duduk diam.Panas punggung dibuatnya tatkala melihat kulit model korea tu halus bak bayi yang baru semalam dilahirkan. Tapi, sebenarnya aku menghadapi masalah setiap kali aku masuk ke Guardian/Watson. Sebabnya, kalau tujuan aku tu nak beli serum A, aku mesti tengok sampai serum Z. Kesimpulannya aku akan terbeli serum M. Itu masalah yang serinng aku hadapi, engkorang punya masalah aku x khatam la plakss. Tapi normally, kebanyakan perempuan mesti akan sama dengan aku. Nak beli A terbeli Q. But, for this one, akhirnya aku stick kepada pilihan pertama aku iaitu olay regenerist serum.

So, ini lah rahsia kulit bertambah mulus aku tu.kahkah..mulus ke kulit aku ni?

olay regenerist serum


SO far dalam 3 bulan dah aku guna, even harga mahal sikit, tapi aku rasa lah perubahan kulit menjadi lebih mulus.hikss. So, aku sgt syorkan kepada mereka-mereka yang bz bekerja tu untuk try guna produk ni supaya kulit korang x nampak la kusam.. kalau kasam pun, kusam-kusam manja gittew..

And, sesetengah orang berpendapat yang serum ni hanya untuk warga 40-an ke atas, tapi ternyata silap.Sebab, tidak semestinya, serum ada banyak jenis, sebab tu bila nak beli sesuatu produk tu, pls make sure korang tahu apa fungsi/kegunaan produk tu dan masalah kulit yang dihadapi..ok aku dah boleh jadi beauty consultant dah aku igt..kahkah..

That's it, and selamat mengekalkan kecantikan kulit!!! letopp ayat mak taw..hikss.


Much love
Ayoko

Wednesday, November 19, 2014

.....

Assalamualaikum,

Belakangan ni, aku rasa aku makin jauh daripada dia.Aku merasakan aku makin lupa diri. Aku seolah-olah menjauhkan diri daripada dia. Walhal, dialah yang selalu menjadi peneman aku, selalu mendegar rintihan hati aku, dan selalu beri aku harapan.Dialah 'A', yang abadi dalam hati aku.

Sesungguhnya, di waktu kejatuhan aku, di waktu aku sedih kau tak pernah jauh dari aku Ya Allah.Tiada 'A' yang boleh mengisi ruang dalam hatiku ini ya Allah. Sejujurnya, aku tak pernah memberi cinta aku kepada mana-mana 'A' seperti yang digembar-gemburkan.Engkaulah 'A' yang sering bertakhta dalam hati aku.

Ya Allah, aku merayu kepadamu, peliharalah aku daripada kejahatan dunia. Peliharalah aku daripada setiap kemungkaran yang berlaku di dunia ini Ya Allah, aku rindu ramadan yang lalu. Aku rindu saat-saat aku menghabiskan masa-masa aku menghadapmu.Sesungguhnya, saat paling indah dalam hidup aku bila engkau membuka peluang dan ruang untuk aku menghadapmu.Terima kasih Ya Allah, aku percaya apa yang aku rasa ni pasti sukar untuk diungkapkan kepada orang lain kerana kemanisannya hanya engkau dan aku sahaja yang rasa.

Ya Allah, aku berjanji kepadamu, aku akan menjadi manusia yang taat akan perintahmu dan akan menjadi hambamu yang solehah.Insyaallah.... Aku rindu padamu Ya ALLAH... :'(

Wednesday, November 5, 2014

Kisah aku dan pejabat

Assalamualaikum,

Semenjak bekerja, aku tak penah post gamba aku dan rakan-rakan satu department, senang cite gamba yang adalah ialah gamba selfie bak nora danish tak berapa nak siap.Haha..Ini sebab takde orang nak amek kan gamba aku sob sob.

Sebnanya aku adalah seorang pemalu, bila beraksi depan kamera muka aku suci persis bayi yang baru dilahirkan. Jadi, mak aku habaq, tak baik hipokrit. Jadi, bila selfie diperkenalkan, aku adalah manusia yang mula-mula sekali faham erti keterujaan. Lihat sahaja dekat dalam fon aku, 3267426478748&*^%!@###$ keping gambar 'selfie' aku. . Tapi, dun worry bebeh, aku selfie sorang-sorang, tak mainlah tayang kat fesbuk, aku cintakan privacy. So, yeahh sebab itu aku bukan dilahirkan dalam kalangan retiss walaupun darah yang mengalir dalam badan aku ni ada kacukan seni.

Zaman belajar aku adalah sangat berbeza dengan masa aku bekerja. Dulu, aku boleh dikatakan berkawan dengan orang yang letop dan femes. Bukan aku yang nak act, depa yang nak...aku ok je universal la katakan..So, tempiasnya dapatlah sikit aku rasakan. Kalau dulu, aku aktif join berlakon,menyanyi bla bla bla, so secara tidak langsung bahang nora danish tu sipi-sipi dah kene kat aku.
Sebab tulah, aku tak heran sangat populariti bagai ni..muahhaha

Bukan itu je, zaman bergelar pelajarlah aku berani buat hal ponteng kelas, lewat datang kelas, makan nasi lemak, buli orang, meniru tu toksah cite every sem aku buat, nasib baik aku berpengalaman coverline cemerlang, tapi kenakalan aku tu terbatas semenjak aku berkawan/sebilik dengan budak-budak dekan. Secara tidak langsung, aku pun turut jadi insaf dan kembali ke pangkal jalan..Hasilnya seperti yang korang nampaklah skang, laili yang ayu,manis lagi bersopan-santun kekal hingga ke hari ini....muahhahah

Nak dijadikan cerita dan dipendekkan cerita supaya related dengan tajuk entry aku, zaman kegemilangan aku diteruskan apabila aku berkhidmat di bawah pusat RNI,MKM. I absolutely feel grateful cuz having colleague macam diorang because we help each other..walaupun aku yang paling muda dan comel.hahah

So, that's it..Enjoy?yay or nay? Nah aku blanje gamba...haha

Bye,,,
Much love
Ayoko

nasib aku pakai heels yg betul2 heels.heee

waktu 5S, dah macam mangsa banjir aku tgk

kan dah kata,bab selfie aku demam pon bleh sihat

masa kolokium,Melaka..yg laki 2 orang tu pembuli!! pembuliiii!!

during BP yang aku jd emcee kengkononnya tu..hihi

boleh tahan playboy abby yus nii

sesi bermaaf-maafan selepas masing2 kutuk each other..haha





Friday, October 3, 2014

Kenapa manusia sangat awesome?

Assalamualaikum,

Hey, it's friday! Pepagi lagi aku da bedal Nasi Dagang. Memang harapan menjadi layu nak kuruskan badan. Agaknya aku memang dah dilahirkan untuk menjadi segini badan aku. Pasrah aku.Aku memang berdendam dengan lemak aku ni.Tak reti nak blah.

Tapi xpe, keajaiban akan berlaku jua satu hari nanti. Just wait and see.

Anyway, I just thinking to share some of my opinion about life. Kau pepaham jelah, bila usia makin meningkat, kematangan pun setara dengan pemikiran. Hakikatnya, aku memang bukan lagi budak hingusan yang engkorang sesenang je nak buli, walhal kat ofis aku selalu dibuli untuk bancuh air dan mop lantai..apakah??? hihi...

So, aku perasan yang dalam hidup ni kita kene belajar memberi dan menghargai. Not even for human, but all the god's creatures.We are special in our own. Whenever aku bagi sesuatu kat orang, depa mesti appreciate. Honestly dari sudut hati aku, kalau aku boleh bagi jiwa aku ni kat orang (kalau benda ni boleh menggembirakan mereka) Insyaallah I will. Mungkin bila kita bagi sesuatu kat orang, orang itu akan mendoakan kita.Kan? x gitu?

Jadi, jangan kedekut dan berkira untuk memberi. Pls appreciate setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita tu. Insyaallah Allah akan mempermudahkan dalam setiap apa yang kita lakukan. Inilah kegembiraan yang paling tak tenilai dalam hidup kita yang sementara ni.

Last word, di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti selama ini and Selamat Menyambut Hari Raya Qurban kepada semua muslimin di dunia. Kelas satu dunia baca blog aku dowh!!haha....

Remember, manusia ni sangat awesome kalau kau pemurah,suka memberi dan suka menghargai!!!

daaa....c ya!!

Much Love,
Ayoko