Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Wednesday, March 29, 2017

Surat cinta buat starla


ku tuliskan kenangan tentang
caraku menemukan dirimu
tentang apa yang membuatku mudah
berikan hatiku padamu
takkan habis sejuta lagu
untuk menceritakan cantikmu
kan teramat panjang puisi
tuk menyuratkan cinta ini
telah habis sudah cinta ini
tak lagi tersisa untuk dunia
kan telah ku habiskan
sisa cintaku hanya untukmu
aku pernah berpikir tentang
hidupku tanpa ada dirimu
dapatkah lebih indah dari
yang ku jalani sampai kini
aku selalu bermimpi tentang
indah hari tua bersamamu
tetap cantik rambut panjangmu
meskipun nanti tak hitam lagi
bila habis sudah waktu ini, tak lagi berpijak pada dunia
telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu
dan telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu, untukmu, hidup dan matiku
bila musim berganti sampai waktu terhenti
mulai dunia membenci, ku kan tetap di sini
bila habis sudah waktu ini, tak lagi berpijak pada dunia
telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu
dan telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu
karena telah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu

Thursday, January 26, 2017

Kening bergerak-gerak/ Bulu mata jatuh - Kenyataan atau kebetulan


Assalamualaikum,

Hye everybody! Mood tengah x berapa nak ada, tapi kalau aku x sibukkan diri, aku akan terfikir2 benda yang jadi bertimpa-timpa kat aku sebulan dua ni. So, let's busykan diri okayy.

Lately, kening belah kiri aku selalu bergerak-gerak. Ada dalam 2 minggu jugak la, dan pada masa yang sama juga, bulu mata selalu jatuh, x kisahlah kiri ke kanan..hari ni pun beberapa kali dah bulu mata jatuh. Orang kata kalau bulu mata jatuh belah kanan ada orang rindu, kalau belah kiri pula ada orang tak suka. If kening pula, belah kiri nak nangis and belah kanan pula nak gembira. Idk, but benda yang paling aku risau sebenarnya bila kening bergerak-gerak. Sebelum ni, dua kali kening belah kiri aku begerak, tak lama kemudian berlaku perkara buruk kat aku.

Kening bergerak-gerak (belah kiri)
Kejadian pertama
A week before dan sewaktu kejadian tu, kening aku bergerak-gerak. And yeah, something happen to my family.

Kejadian kedua
Sepupu aku meninggal sebabkan kanser. Tapi sebelum tu galak kening aku bergerak non stop sampaikan aku rasa rimas. Time ni memang aku sedih sangat-sangat.

Kejadian ketiga
Kejadian ni baru je berlaku pada aku. 2 minggu kening aku bergerak-gerak, dan aku mula rasa tak sedap hati. Tapi masa ni aku just fikir yang aku tak cukup rehat. Sebab at the same time mata belah kiri juga bergerak-gerak. Orang kata kalau mata bergerak-gerak tandanya nak nangis. Kebetulan belah mata kiri yang gerak-gerak. Aku risau dan terfikir-fikir ada ke benda buruk nak berlaku pada aku. Dalam hati berdoa supaya takde benda buruk jadi. Then, waktu aku nak balik dari ofis, wind screen belakang kereta aku retak 1000. Tak tahu nak nangis ke apa. Aku dah takde perasaan. Sebabnya, dari bulan 12 lagi sampai hari kejadian berlaku keretakan pada kereta aku, bertimpa-timpa nasib buruk berlaku pada aku. Love, career, difitnah, dianiayai and many things happen to me at the same time. Kegembiraan yang aku ingat akan berpihak pada aku tahun 2016 ternyata tak terjadi. Maybe 2016 bukan tahun aku. Kehilangan opah, kak Adah, putus cinta (3 huge incident) yang membuatkan aku sedih sangat2. But whatever it is, aku yakin kaitan dengan kening/mata yang bergerak ni just kebetulan. Itu semua kuasa tuhan kan?So, let's be positive okay..Allah kan ada..

Bulu mata (kiri+kanan)
Yang ni aku x sure. Tapi yang aku perasan belah kiri kerap. Probably memang aku tengah x berapa baik dan tak akan baik dengan ex aku since kejadian tempoh hari. Mungkin memang dye dah benci aku ke, idk. Entahlah, kalau dia nak membenci aku pun terpulanglah pada dia, walaupun aku sebenarnya mangsa yang dianiayai. Takpelah, Allah tu maha Adil. InsyaAllah adalah hikmahnya tu. Let's spread positive vibe okayy..

Ok, that's all. It just my experience facing dengan mitos/kata orang dulu-dulu. Probably korang pun ada experience benda ni jugak. Just doa banyak2 ok. n doakan untuk aku jugak k supaya sentiasa kuat..aminnn :)

Much love
Ayoko


Trip to Medan - First day

Assalamualaikum,

Morning yaww.. ok, kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku menjejakkan kaki ke Kota Medan, Indonesia. Just so u know, ni kali ketiga aku travel ke Indonesia. Jadi, berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan aku ni, skil tawar-menawar tang membeli-belah tu serahkan aje pada kakak..Tapi bab shopping tu, kemudian aku sharekan hasil tangkapan yang berjaya diperoleh.

So, tarikh yang aku da book dengan travel agent adalah pada 13-16 Jan 2017. Ok, memandangkan ni first time aku dengan kwn rapat nak bercuti bersama+ masing-masing x pernah pergi Medan, kitorang decide untuk ambil travel agent and complete pakej which included return flight, makan, hotel, transportation, supir dan entrance tiket. Total kesemua ni bagi aku sangat murah, hanya RM650 per head. Deposit kita bayar siap-siap di Malaysia, and balance tu bayar pada Agus, supir yang uruskan kitorang kat sana. Ko takyah pening kepala nak book hotel bagai, ape sume, sebab semua diorang dah settlekan. Tinggal bawak duit shoppimg ajerr...

Flight kitorang pagi, pukul 7.35 a.m. So, ko bayangkan pukul berapa nak gerak daripada rumah. Boleh tahan kemamaian aku terserlah. Imagine khamis tu aku meeting, selasa-rabu tu ada bengkel.  Jumaat pagi dah berangkat kol 3 pagi. Khamis tu kol 1.30 a.m baru tidur. Kau rasa? Bukan tidur-tidur ayam dah, kambing, babun, segala binatang dah aihh.haha

Perjalanan dari KLIA2 ke Medan tak lama, sejam ajer..Fuhh, lega mak. Bukan apa, aku ini jenis mabuk kalau naik apa-apa kenderaan. Mau kejung perut aku kalau lama-lama dalam kapal terbang. Tu belum cerita sistem pencernaan buat hal tetibe. Kelegaan besar untuk aku kalau sekejap je perjalanan ke sana.

By the way, waktu dekat Indonesia lewat sejam daripada Malaysia. Jadi, kitorang sampai kat Kuala Namu International Airport Medan ni lebih kurang 7.40 a.m macamtu. Disebabkan que panjang gila masa nak lepas kastam kat sana, kitorang settle semua tu dalam 8 lebih gak la. And, kitorang 4 orang adalah orang terakhir okayyy. Lepas je semua settle, aku dah nampak Agus tengah tunggu sambil pegang kertas tulis nama aku. Ok, legaa...

Kalau hampa nak tahu, nak menuju satu tempat ke satu tempat tu bapak laa jauhhh. Hari pertama tu kitorang terus ke Parapat, di mana terletaknya Danau Toba. Ok mak eksaited. Tapi nak menyampaikan ke sana tu, guess what, 5 jam. Kan aku cakap tadi, aku ni cepat mabuk. Lagi-lagi jalan berliku, perghhhhh biol otak aku. Ok, to be continue to the next part.. aku nak wat keje dulu.. Nah, akak blanje gamba..:)




Sebelum berlepas yaw...,muka ceria jer
Singgah sarapan kol 8.30 pagi...ayam penyett okayy..gile ah


Trip to Medan - Second day



Much Love
Ayoko


Thursday, May 12, 2016

Us

Assalamualaikum,

Lately ni semangat aku da takde. Separuh jiwa aku dah pergi. Takde apa yang tinggal..Sejak arwah kak Adah n arwah opah meninggal, aku rasa macam dunia dah hampir kiamat. Sungguh, aku tak pernah rasa macam ni. Mungkin jarak mereka tak jauh, sebulan lebih je. That's why aku rasa macam down. Orang yang paling aku kesian of course mak aku..Dia yang paling rapat dengan arwah opah. Lagi pulak, arwah opah dan arwah kak Adah tinggal dengan aku. Mungkin tu yang membuatkan susah nak terima kenyataan bila mereka dah tiada. Tapi aku yakin, percaturan Allah tu tepat. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Arwah opah pernah tanya aku banyak kali bile aku nak kahwin? Jawapan aku simple je, malasla...nak jaga mak dengan opah..Tapi, tulah tak sempat sebab dia dah pergi menghadap Ilahi dulu.

Teringat aku tahun lepas, sewaktu Han ajak aku kuar malam tu waktu kat kampung..Aku katakan pada dia malas la, sebab dah malam, tak elok pulak anak dara kuar malam..lagi pulak, masa tu aku sakit hati dengan si Han tu..mood nak keluar memanglah takde. Tapi, Han ajak juga sebab dia memang nak sangat jumpa dan keluar dengan aku. Untuk puaskan hati dia, aku pergi tanya mak yang keebtulan ada di tingkat atas dengan opah. Mak waktu tu tengah tidur, so aku malas la nak gerak. Aku bagi tahu opah yang Han ajak keluar, dengan harapan opah xbagi aku keluar sebab dah malam. Ternyata sangkaan aku meleset, opah yang beria suruh aku keluar dengan Han. Katanya, tak baik menghampakan permintaan orang. Ok, kenapa opah yang beria? dalam hati aku, kalau opah nak, opah jelah keluar dengan dia..Tapi, akhirnya aku keluar juga dengan Han,.. Opah memang suka sangat dengan si Han ni, sebabnya Han ni pandai bersembangla, hensemlaaa(muntah) dan yang penting dia ni dekat je dengan kampung aku..so senang la kalau nak balik kampung... Pelikkan, baru jumpa pertama kali je, opah terus da suka pada Han....amboiii ilmu apa tah dia pakai tu... Tapi, lepas ni mungkin aku da jarang balik kampung...semalam aku tanya pada mak, tahun ni nak balik raya bila? selalunya 3-4 hari sebelum raya famili aku akan balik kampung.. Tapi, jawapan mak aku yang paling aku x sangka..dia xnak balik..dia nak raya kat KL. Aku tahu yang mak sebenarnya sedih.. Aku tanya lagi pada mak, takkan mak xnak lawat kubur arwah opah? Jawapan mak, kalau balik kampung pun, mungkin akan balik raya ke-2..Biasanya, saban tahun akan singgah ke 1 kubur je,.Tapi tahun ni ada tambahan 2 lagi...so akan ada 3 yang akan kami singgah.. Jujurnya, sampai ke detik ini, tiap kali teringat je mesti akan sedih. Lumrah manusia yang pergi tetap akan pergi dan takkan kembali. Bukan tak redha, tapi masih belajar untuk redha.

Apa yang tertulis kita kena terima. Kadang-kadang apa yang dirancang tak akan menjadi kenyataan tanpa izinnya. Mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dan diberikan petunjuk dan hidayah..InsyaAllah..aminn..

*aku da takde kawan sembang pagi2 sebelum pergi kerja,n takkan ada dah orang yang akan ketuk pintu bilik pagi2 sebab nak ambil tuala dan solat...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...aminnn

Monday, April 25, 2016

Maaf

Assalamualaikum,

Kadang-kadang tiada kata yang terluah apatah lagi untuk aku titipkan di sini. Aku hanya mampu untuk simpan dalam hati dan aku pasti lama-kelamaan apa yang aku simpan akan semakin dilupakan. Seboleh-bolehnya aku tak mahu perkara-perkara sedih menghantui diri aku sehingga ke akhir hayatku. Hanya coretan ringkas dapat aku luahkan di sini agar segala kesedihan tidak bersarang di benak fikiranku.

Belum pun sempat tahun 2016 mencapai pertengahannya, dua orang insan yang rapat dengan aku telah pergi buat selama-lamanya. Kadang-kadang aku rasa umpama hampir kiamat dan aku rasa hampir putus asa.Apa yang paling aku kesalkan ialah aku tak sempat nak minta maaf kepada mereka.Itulah penyesalan terbesar dalam hidup aku. Ditambah pula dengan lepas satu-satu tragedi yang menimpa diri aku dan keluarga.

Aku tahu walau air mata darah sekalipun yang mengalir, tetap tak dapat hapuskan penyesalan aku pada mereka yang telah pergi. Aku akui yang aku hampir lupa diri..aku lupa pada pencipta aku.Aku leka dengan dunia aku sendiri. Mungkin inilah hikmah yang ingin ditunjukkan kepada aku. Semoga Allah beri aku petunjuk untuk aku sentiasa istiqamah dalam mencari keredhaanNya.

Hanya satu je pesanan aku, sentiasalah minta maaf kepada orang di sekeliling kita dan seboleh-bolehnya jagalah hati dan perasaan sesiapa sahaja. Remember that manusia adalah makhluk tuhan yang paling istimewa. Kita akan sedar kebaikan mereka setelah mereka tiada di sisi kita. Di kesempatan ini juga, aku nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakitkan hati, terumpat atau termengata sama ada secara sengaja atau pun tidak..

Buat arwah Kak Adah dan arwah opah, semoga kalian tenang di sana. Al-fatihah..semoga kita jumpa di syurga..InsyaAllah..aminn. i miss both of u :'(

Monday, November 9, 2015

Segarkan muka dengan facial masker

Assalamualaikum,

Heyya! Lama dah aku tak menulis. Been busy lately!puihh alasan..padahal malas update.

Anyway, since this gonna be a short simple entry, I just wanna share some beauty tips gittew.. Lagipun aku dah lama bangat seyhh tak update tips kulit gebu-gebas kennnn..Why not this entry akak khususkan pada those yang nak kulit mcm kulit telur gred A.Letoppp metaphore aku nih..

Ok, dulu masa awal-awal akak berkecimpung dalam dunia blogging ni kan ada beberapa entry yang aku dok tulis pasal nak dapatkan tips kulit mulus, review product and many more.. Just clik kat    sinisinisinisinisinisinisini kalau nak tengok balik entry pasal beauty tips. Itu pun kalau hampa gigih la kennn..haha..

So, memandangkan beauty tips before this lebih kepada nature based, la ni aku nak memperkenalkan salah satu solution yang dapat jimatkan masa terutamanya carrier woman yang sibuk bekerja. Taraaaa....


Facial masker nature based


Memandangkan facial masker ni banyak flavour dye, so aku pun try each of flavour.. dasat dasat..Terus gebu-gebas muka aku esoknya bila bangun pagi..And just so u know, i've been using this masker since 1 years ago. Memang daebak hasil dye..Aku dah tak perlu nak bancuh tepung la apa la just tempekkan masker ni pada muka dalam 20 minutes dan buka...settle. If nak hasil yang meletop, masukkan masker dalam peti ais, nak pakai baru ambil..serius segar-bugar muka..dark circle and eyebag pudar secara keseluruhannya..If u guys nak pakai siang hari pun boleh, xde masalah. After pakai dalam 20 mins, tanggalkan masker tu dan lebihan collagen yang masih lembab di muka tu, korang just urutkan secara bulatan..memang segar dan best pakai..ok kalau dah terpengaruh tu bolehlah cuba beli..hihikss..

Kelebihan Facial Masker:

1.Mengawal minyak lebihan di muka
2.Memberi efect glowing
3.Melicinkan dan menghaluskan kulit
4.Melembabkan kulit
5.Memutihkan kulit
6.Mengecilkan pores
7.Menghalang pembiakan jerawat

Allryte, ada sejuta kebaikan which is kalau nak share kene buat 18 entry haha. For those yang ragu-ragu kandungan bahan dalam masker ni, sila buang perasaan tersebut kerana bahan-bahan yang terdapat dalam masker ni semuanya adalah nature herbs seperti beras, timun, sayur-sayuran, strawberi, mutiara dan pelbagai lagi bahan semula jadi. X perlu risau ye anak-anak..hihikss




Much love
Ayoko





Monday, July 13, 2015

Ikhlas

Assalamualaikum,

Dulu, aku tak pernah kenal dan faham erti 'ikhlas'. Dan, aku tak pernah berminat langsung nak selami makna ikhlas tu. Dalam hidup ni ada ke orang yang betul-betul ikhlas? Aku bagi contoh situasi ya..

1. Dalam wallet korang ada duit RM1, RM5,RM10 dan RM50. Mana yang kau akan pilih?
2. Ada satu tabung yang disediakan dalam sesuatu event yang memerlukan kau untuk sumbangkan duit, dan kebetulan time tu ada ramai orang termasuk kawan-kawan kau, adakah kau akan buat tak tahu je ataupun derma je duit supaya orang tak labelkan kau si kedekut? Dan, jumlah amaun duit yang disumbangkan tu adakah mengikut keikhlasan hati kau? Ataupun nak tunjuk pada kawan-kawan sikap dermawan kau yang langsung tak berkira pasal duit? Atau nak jaga nama?

Hmm, itu baru sentuh pasal ikhlas dalam bersedekah atau derma, belum lagi pasal keikhlasan dalam beribadat dan berpuasa? Bagaimana pulak dengan kerja/tugasan di tempat kerja ? Ikhlas ke kita buat kerana Allah? Ataupun kita buat sebab terpaksa?

Aku selalu tertanya-tanya kalau betul ada orang yang ikhlas, kenapa kita bila doa je mesti minta supaya Allah ikhlaskan hati kita? Ikhlas bila mana kau langsung tak pernah terfikir pun atau teringat segala perbuatan baik yang pernah kau buat dan kadang-kadang kau lupa yang kau pernah lakukan perkara baik tu. Tapi, Allah tak pernah lupa. Sebab tu, Malaikat tu diutuskan untuk mencatat segala amalan baik dan buruk yang manusia lakukan...sebagai bukti kat akhirat nanti..

Tapi, kita ni manusia biasa. Mana mungkin kita lupa perbuatan baik yang kita buat. Tapi, perbuatan jahat kita mudah je lupa. Contohnya, mengumpat. Kau ingat tak berapa kali kau mengumpat dalam setahun?  Kau ingat tak berapa jumlah duit yang kau pinjamkan pada kawan kau? Kau ingat tak kali terakhir kau  buat qiamullail?Errrr...jadi, ikhlas ke kita?

Sebenarnya aku sendiri susah nak ikhlaskan hati aku dalam sesuatu perkara. Hati kata ikhlas. Tapi, sejauh mana keikhlasan tu diukur? Pasti ke itu dikira ikhlas?

Hakikatnya, keajaiban ikhlas tu sebenarnya terletak di setiap sudut ruang diri kita. Bukan sahaja hati, tapi semua anggota badan kita yang menyambungkan dan menghubungkan setiap satu fungsi kepada fungsi yang lain. Insya Allah, aku doakan agar kita semua memperoleh keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan..aminn..


Much love
Ayoko