Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Monday, April 25, 2016

Maaf

Assalamualaikum,

Kadang-kadang tiada kata yang terluah apatah lagi untuk aku titipkan di sini. Aku hanya mampu untuk simpan dalam hati dan aku pasti lama-kelamaan apa yang aku simpan akan semakin dilupakan. Seboleh-bolehnya aku tak mahu perkara-perkara sedih menghantui diri aku sehingga ke akhir hayatku. Hanya coretan ringkas dapat aku luahkan di sini agar segala kesedihan tidak bersarang di benak fikiranku.

Belum pun sempat tahun 2016 mencapai pertengahannya, dua orang insan yang rapat dengan aku telah pergi buat selama-lamanya. Kadang-kadang aku rasa umpama hampir kiamat dan aku rasa hampir putus asa.Apa yang paling aku kesalkan ialah aku tak sempat nak minta maaf kepada mereka.Itulah penyesalan terbesar dalam hidup aku. Ditambah pula dengan lepas satu-satu tragedi yang menimpa diri aku dan keluarga.

Aku tahu walau air mata darah sekalipun yang mengalir, tetap tak dapat hapuskan penyesalan aku pada mereka yang telah pergi. Aku akui yang aku hampir lupa diri..aku lupa pada pencipta aku.Aku leka dengan dunia aku sendiri. Mungkin inilah hikmah yang ingin ditunjukkan kepada aku. Semoga Allah beri aku petunjuk untuk aku sentiasa istiqamah dalam mencari keredhaanNya.

Hanya satu je pesanan aku, sentiasalah minta maaf kepada orang di sekeliling kita dan seboleh-bolehnya jagalah hati dan perasaan sesiapa sahaja. Remember that manusia adalah makhluk tuhan yang paling istimewa. Kita akan sedar kebaikan mereka setelah mereka tiada di sisi kita. Di kesempatan ini juga, aku nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakitkan hati, terumpat atau termengata sama ada secara sengaja atau pun tidak..

Buat arwah Kak Adah dan arwah opah, semoga kalian tenang di sana. Al-fatihah..semoga kita jumpa di syurga..InsyaAllah..aminn. i miss both of u :'(