Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Tuesday, September 28, 2010

Media Antara Persepsi dan Realiti

Media antara Persepsi dan Realiti

Umum ketahui bahawa media memainkan peranan penting dalam menyampaikan wadah informasi yang berguna kepada para pembaca.Kata media berasal dari bahasa latin Medius yang secara harfiyah berarti “tengah”, perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab, media adalah perantara atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Sementara Syaiful Bahri Djamarah dan Aswan Zein menuliskan bahawa media berasal dari bahasa latin dan merupakan bentuk jamak dari kata “Medium” yang secara harfiyah bererti perantara atau pengantar.
Oleh yang demikian, peranan media dalam mendidik pemikiran anak bangsa terhadap sesuatu isu yang dikemukakan memberi impak yang sangat besar tidak kira sama ada ianya berbentuk politik,hiburan mahupun isu-isu semasa kerana media merupakan medium yang paling berpengaruh dalam kehidupan seharian kita. Diantara jenis-jenis media ialah media elektronik dan media cetak. Televisyen. Radio dan internet tergolong di dalam media elektronik manakala media cetak pula terdiri dari suratkhabar dan majalah.
Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis surat khabar mahupun majalah yang berbahasa melayu, inggeris, cina dan india yang kita ketahui isinya tetap melaporkan sesuatu berita. Contohnya ialah, Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro,KOSMO,The Star, New Straits Time,The News Daily,Nanyang Siang Pao dan banyak lagi. Suratkhabar adalah media cetak yang paling banyak dibaca oleh masyarakat kerana bukan sahaja harganya yang murah, tetapi juga ia mudah didapati di mana-mana sahaja. Selain dari itu, bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki televisyen,mereka boleh memperolehi berita dan isu-isu semasa melalui suratkhabar.
Kini, media bukan lagi ruangan sepenuhnya untuk meyampaikan berita mahupun maklumat kepada pembacanya kerana sesetengah media cuba untuk mereka cerita yang tidak benar, semata-mata untuk menarik pembaca untuk membeli atau mengikuti berita yang mereka sediakan. Hal ini demikian, telah merosakkan peranan dan tanggungjawab media itu sendiri hanya disebabkan segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu berita tersebut.
Namun begitu, sejauh manakah penilaian seseorang indidvidu itu terhadap keberkesanan media dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau berita kepada pembacanya terpulang kepada diri masing-masing kerana setiap jenis media meyampaikan informasi dari sudut, pemikiran dan cara yang berbeza.
Walaupun sedemikian, media masih lagi menjadi sumber utama masyarakat untuk mendapatkan berita kerana tanpa kehadiran media dalam kehidupan kita, tiadalah berita ataupun maklumat akan diperolehi. Justeru, media antara persepsi dan realiti tidak menggambarkan sepenuhnya peranan sesuatu media itu baik ataupun buruk, tetapi bergantung kepada keberkesanannya dalam menyampaikan sesuatu berita itu tanpa berunsurkan politik ataupun pilih kasih.
Secara kesimpulannya, media perlu membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka merupakan suatu wadah penyampaian maklumat yang sangat bernas dan benar-benar belaka supaya masyarakat akan yakin akan peranan dan tanggungjawab media yang sebenarnya.

No comments :

Post a Comment

Time Kacehh sebab udah baca ini entry:)