Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Monday, October 11, 2010

Kes Pembunuhan kanak-kanak berusia 3 tahun yang membabitkan warga Sudan.

Kes bunuh kanak-kanak berusia 3 tahun, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah yang dilaporkan oleh media tempatan pada Oktober tahun lepas masih lagi dalam perbicaraan. Ringkasan serba sedikit mengenai kes tersebut ialah seorang wanita rakyat tempatan bersama teman lelakinya warga Sudan berdepan dengan tuduhan membunuh anak perempuan wanita itu yang meninggal dunia disyaki akibat didera teruk di sebuah kondominium di Cheras antara jam 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009.

Pasangan itu yang masing-masing berusia 24 tahun telah disoal siasat berhubung kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Kedua-dua suspek itu ditangkap pada 14 oktober dan kes ini masih dalam perbicaraan.

Wanita itu yang bernama Ellina
Maulad Mahather dipercayai cuba menyembunyikan sebab kematian anaknya berusia tiga tahun itu dan pada mulanya dilaporkan memberitahu polis bahawa anaknya didera oleh pembantu rumah tetapi siasatan menunjukkan dia tidak pernah mempunyai pembantu rumah.

Mohd Sakaruddin berkata lelaki Sudan itu, Mohannad Taha memasuki negara ini menggunakan visa sebagai pelajar tetapi dia tidak menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi di negara ini.

Berhubung dengan kes pembunuhan tersebut, perbicaraan bersambung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Oktober 2010 jam 11.16 pagi dibawah kendalian Tuan Alfred.

Pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Mardina Saari, menyatakan tiada DNA yang mengesahkan Ellina adalah ibu kepada si mati, yang ada hanyalah surat beranak.

Ellina yang ditahan pada 14 oktober telah dibebaskan pada 22 Oktober 2009 iaitu semiggu selepas beliau dituduh bersubahat membunuh anaknya sendiri. Inspektor puan madinah telah mengambil kunci kondo ketika Ellina ditahan dan mendapati ada sukses kad dan pas masuk bersama dengan kunci tersebut. Beliau ada membuat catitan tentang kunci tersebut di dalam borang rampasan kunci.

Ketika penyiasatan, puan Mardina ada membuat sedikit temubual dengan jiran yang berdekatan dengan tempat kejadian, namun tiada sesiapa yang mengenali Ellina dan anaknya. Tetapi berdasarkan temubual bersama dengan seorang pengawal keselamatan iaitu Bala yang merangkap sebagai sekuriti supervisor yang juga bertugas di tempat kejadian ada menyatakan bahawa dia pernah ternampak Ellina dan suspek utama sebelum dan selepas kejadian. Namun begitu, puan Mardina tidak merekod sebarang temubual, hanyalah semata-mata temubual secara lisan kerana beliau merasakan hasil siasatan tersebut tidak membantu dan menyebabkan beliau tidak memfokuskan sebarang bentuk buktian.

Selain itu juga, puan Mardina ada membuat semakan rakaman cctv, seminggu sebelum kejadian dan mendapati ada imej mangsa bersama suspek utama sedang berdiri dan berjalan di pintu pagar di pondok hadapan kondo tersebut dan masuk semula dalam keadaan berdukung. Tetapi, beliau tidak menyimpan rakaman tersebut kerana merasakan ia bukan dalam keadaan yang mncurigakan. Disamping itu juga, beliau lebih memfokuskan siasatan pada hari kejadian iaitu pagi dan petang sehinggalah mangsa dibawa ke hospital.


No comments :

Post a Comment

Time Kacehh sebab udah baca ini entry:)