Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Tuesday, May 28, 2013

Novel:Mimpi bab 1



M.I.M.P.I

SINOPSIS
Mimpi kadangkala sukar ditafsirkan. Kadangkala ia boleh menjadi kenyataan, kadangkala ia hanya mainan tidur.
Lara seorang gadis berusis 24 tahun yang sering dibelenggu masalah penceraian ibu bapanya selalu didatangi mimpi pelik. Pelik kerana kelibat lelaki yang muncul di dalam mimpi tersebut tidak jelas kelihatan. Walaupun sudah beberapa kali mimpikan orang yang sama, dia masih tidak dapat mengenalpasti maksud mimpi tersebut. Dalam hari-hari Lara mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu fikirannya, dia didatangi seorang lelaki secara kebetulan.
“Kenapa saya selalu terserempak dengan awak? Jangan cakap awak ikut saya”! Aku pula bersuara tatkala melihat dia dengan muka blurnya.
“Saya takde masa nak ikut awaklah. Baik saya kejar model ke. Tolong jangan perasan”. Balas lelaki itu. Pendek.Tapi, sentap aku dibuatnya.
Azrol. Lelaki yang sering dijumpai Lala. Sejak pertemuan pertama di Shopping mall itu, makin kerap mereka bertembung. Seperti sudah dirancang.
Siapa Azrol sebenarnya?Dan siapa lelaki di dalam mimpi Lala? Apakah kaitan mimpi Lala dengan semua yang berlaku?



Bab 1
Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa petang itu menyedarkan aku bahawa jam hampir 6.30 petang. Aku masih duduk sendirian di taman layang-layang Kepong. Sejak akhir-akhir ni aku rasa jiwa macam kosong.Entah. Aku sebenarnya tertekan.Hal keluarga lain, hal rumahtangga lain dan bila semua masalah ni bercampur buat aku rasa nak lari ke Korea tenangkan diri. Fuhhh, tak beragak aku nak bercuti ke Korea.”Mimpilah cik Lara oii”.Detik hati aku sendiri. Dan, angan-angan aku tu berlalu pergi bersama sorakan kanak-kanak riang yang bermain layang-layang di situ.
Disebabkan terlalu banyak berfikir dan sering tidur lewat, aku perasan yang muka aku nampak kusam dan mata aku sudah dihuni eyebag. Di usia 24 tahun ni aku sedar yang banyak proses kematangan yang aku dah tempuh. Kehidupan aku tak sama seperti remaja seusiaku. Aku dibelenggu dengan masalah penceraian ibu bapaku yang sehingga kini masih belum menenemui penghujungnya. Sejujurnya aku malu dengan jiran-jiran yang lain, tetapi demi kebahagiaan ibuku, aku rela penceraian mereka terjadi.Jika diikutkan, memang sejak kecil lagi aku tak pernah dapat kasih sayang dari seorang bapa, apatah lagi wang saku. Semuanya adalah hasil ibuku bekerja penat lelah. Dan, aku tak kisah tak punya seorang bapa kerana bagiku ada atau tiada sama sahaja,tiada perbezaan. Hati aku kini kebal.Tanpa kehadiran seorang bapa pun aku boleh hidup bahagia.Namun, aku tidak pernah menyalahkan takdir, aku tahu semua ini adalah dugaan Allah dan semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku seorang remaja berusia 24 tahun, pendiam dan kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling. Yang pastinya, ke mana sahaja aku pergi pasti akan dilabel “anti-sosial” yang kebanyakannya adalah golongan lelaki. Bagi aku, lebih baik aku digelar anti sosial daripada seorang yang sosial. Itukan lebih baik bukan? Arghhh, mereka senang untuk menggelar seseorang, tetapi mereka tak faham yang aku ni tidak pandai bergaul dengan lelaki. Sejak kecil lagi aku dilarang untuk rapat dengan budak lelaki, apatah lagi bercinta. Jadi, sehingga aku dewasa boleh dikatakan aku tiada langsung kawan lelaki. Setakat kawan sekelas sahaja adalah. Itu pun kalau terserempak di luar, aku akan menyorokkan diri dan pura-pura tidak perasankan mereka.

 **************************************************

 Memandangkan hari itu hari sabtu, aku bercadang untuk keluar membeli belah. Fikirku, dapat sehelai seluar jeans pun jadilah kerana seluar aku banyaknya dah ketat. Alamatnya memang aku kena kawal pemakanan aku la nampak gayanya.
Aku mengambil keputusan untuk pergi ke Parkson area Selayang sahaja, malas pulak aku nak keluar jauh-jauh. Fikirku, nak cari parkir lagi konfem dah buang masa di situ. Sedang aku membelek-belek seluar jeans di Parkson, aku terasa ada sepasang mata memerhatikan aku. Mulanya aku malas nak layan, tetapi bila hampir 5 minit “dia” khusyuk perhatikan aku, haruslah aku cepat cepat blah. “Haish, nak shopping pon tak senang”.Marah aku dalam hati.
Setelah lebih kurang sejam mencari-cari, namun satu seluar jeans pun langsung tak berminat. Kalau ada pun, saiznya pulak habis. Bila saiz ada, warna pula tak berkenan. Tuhan maha mengetahui, dia tahu aku nak memboroskan diri sebab tulah pencarian aku hari ni menemui kegagalan. “Macam tu lebih baik aku pergi makan dulu, perut pun boleh tahan meraung dari tadi” bisik hati aku sambil menuju ke arah restoran KFC.
Setelah membuat pembayaran untuk set Snack Plate, aku menuju ke meja kosong di hujung berhampiran dengan sos. Bukan apa, senang nak ambil sos, tak payah nak ke hulu kehilir patah balik. Leceh.
Lebih kurang setengah jam sahaja makanan yang terhidang di atas meja aku tadi licin. Memang betul lapar aku ni sambil gelak sendirian. Usai makan aku pon berlalu kearah sinki. Bukan main terkejut aku tatkala terpandang wajah seseorang yang agak familiar di benak fikiranku.Otak aku tidak mampu berfikir apabila pandangan lelaki itu tajam menusuk mataku. Ah, satu yang aku tak suka dengan diri aku bila aku cepat kelihatan gelabah walhal tiada apa yang perlu aku kabutkan. Ah, baru aku teringat dia lelaki yang aku nampak kat Parkson tadi. Jahanam.
“Awak, boleh saya tumpang tanya’”? tegur lelaki itu apabila selesai aku mencuci tangan Dengan muka yang agak blur aku menjawab dengan gugupnya “Nak tanya apa”?. Sebenarnya paras degupan jantung aku agak tinggi ketika itu. Rasa seperti nak terkeluar jantung aku ni. Mana tahu laki ni perogol bersiri ke.Fuhhhh, di fikiran aku terbayang dah benda bukan-bukan.Memang shopping mall ni kecil, kenapa aku kena jumpa lelaki ni lagi. Masalah lain pula timbul.
“Saya rasa macam kita pernah jumpa.Tapi saya tak boleh ingat kat mana”. Perlahan sahaja lelaki di hadapanku ini menutur kata-kata. Jika diamati, lelaki ini agak boleh tahan dari segi paras rupa.Tetapi agak-agakla, aku bukan macam Dora yang pantang tengok lelaki hensem sikit dah longlai. Setakat jadi pemerhati dari jauh bolehlah, aku mana pandai bergaul dengan golongan diorang ni. Mahu terketar lutut aku dibuatnya.
“Tapi saya tak pernah kenal awak.Jumpa apatah lagi” dengan yakin aku membidas kata-kata lelaki itu. Memang sah, takde alasan lain gamaknya nak bagi.Cliche. “Ha,mungkin dalam mimpi kot” tambah aku lagi. Tatkala itu aku sudah tergelak sakan. Sebenarnya aku agak kekok nak berbual lama-lama dengan orang yang aku tak kenal. Lebih-lebih lagi lelaki. Bimbang sekarang ni macam-macam kes keluar di dada akhbar. Seriau aku dibuatnya.
Setelah melihat muka lelaki itu seperti berkerut kerut memikirkan sesuatu, aku terus berlalu meninggalkan lelaki tersebut. Tak kuasa aku nak tunggu lama-lama sampai dia habis berfikir. Aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah setelah jam menunjukkan jam 3 petang. Disebabkan kepenatan, aku tertidur bersama pakaian dan tudung yang tidak diganti.


**********************************************
Mak memberi sampul surat yang tertera nama aku. Aku mengambil dan terus membuka isi kandungan surat tersebut. Serentak itu aku tersenyum apabila mendapati isi kandungan surat itu adalah kad jemputan perkahwinan rakan sekolah yang suatu ketika dahulu pernah rapat dengan aku. “Mun nak kahwin dah mak 2 minggu lagi, tak sangka” jelas aku apabila melihat muka mak yang penuh dengan persoalan. “Mun?Oh,kawan sekolah kau dulu tu”? tanya mak. Aku mengiyakan pertanyaan mak sambil tersenyum. “Eh, macam kau pula yang nak kahwin ni. Tersenyum-senyum macam kerang busuk”  tegur mak. Teguran mak itu membuatkan aku sedikit terperanjat. Aduh, yang aku tak tahan dengan mak aku ni satu je, volume suara tu memang tak boleh nak control. Alamat tak lama lagi memang aku sah jadi penghidap sakit jantung.
“Mana ada.Merepak” jawab aku sambil berlalu ke dalam bilik. Berita perkahwinan rakan aku itu benar-benar mengejutkan aku. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Sebenarnya tahun ni sahaja berbelas –belas kad undangan perkawinan yang aku terima. Perasaan?hmmm… 

Malam itu, aku mimpi pelik. Aku mimpi aku memakai gaun perkahwinan ala-ala princess gitu ditemani seorang lelaki. Adakah aku yang berkahwin?Tak dapat aku gambarkan betapa meriahnya perkahwinan yang berkonsepkan garden wedding itu.Tapi sayang, muka lelaki atau senang cerita suami aku tu langsung aku tak nampak. Yang pastinya, dia berkulit putih dan tinggi dari aku.Damnn. Aku pernah dengar orang kata, kalau dalam mimpi kita tak nampak wajah seseorang tu, maksudnya dialah bakal suami kita.Erm, petunjuk yang sangat bagus.

“Hello, Ziana kau pergi tak wedding Mun ke”? Tanya aku apabila telefon berjawab.”Kau yang nak kahwin ke apa”?Soalan dibalas dengan soalan. “Ala,cepatlah berpeluh aihh aku tunggu kau ni”. Terus aku meletakkan telefon bimbit.Tak kuasa aku nak layan alasan minah ni.
Tak lama kemudian telefon bimbit aku berbunyi. mesej masuk. “Ok.Tunggu depan rumah kau.Lagi 5 saat aku sampai”. Mesej dari Ziana rupanya. Kadang-kadang ayat yang digunakan Ziana ni memang hiperbola. Nasib kawan, kalau tak dah lama aku tak mengaku kawan. 

Ziana antara kawan yang aku rapat sejak sekolah. Walaupun kaya, tapi dia tak pernah berlagak atau membangga diri. Semua orang tahu yang aku tak kan mulakan sebarang perbualan sewaktu awal pertemuan. Tapi, Ziana ni lah di antara orang yang pertama tegur aku semasa hari pertama aku di Tingkatan satu dulu. Sehingga kini, perhubungan kami tidak pernah renggang. Kalau cakap sayang, memang aku tak tipu. Tapi memang tidaklah aku cakap depan dia. Kalau nak memalukan diri dan kena bahan bolehlah bagitahu dia. Kaki mengejek boleh tahan perempuan seorang ni.

Sejurus terlihat kelibat kereta Viva biru, aku pun berlari-lari anak menuju dan masuk ke dalam kereta tersebut. Belum panas punggung aku duduk, Ziana dah menegur aku “ Bukan main cantik kau hari ni, tu yang aku tanya tadi kau ke yang nak kahwin”?.Terdegar ketawa garau yang menjengkelkan bikin hati aku panas sahaja. “Aku rasa aku hari-hari cantik, tapi takdelah sejelita macam kau dengan berkebaya pink bagai wahai kak Ziana Zain”. Perli aku. Dalam hati aku gelak sakan. Nak perli aku konon,puihhh..
Dulu sewaktu masih bersekolah, Ziana digelar tomboy oleh pelajar lelaki disebabkan perangainya yang lasak dan berambut pendek. Tapi, aku tak kisah berkawan dengan dia kerana bagi aku, dia seorang yang jujur dan tak hipokrit.

“Yelah.Aku dah berubah ok. Manusia berubah.Mesti kau bangga kawan dengan perempuan hot macam aku ni kan”? Pertanyaan Ziana ku biarkan tanpa jawapan. Sambil memuncungkan bibir aku pura-pura sibuk cari lokasi peta. Perempuan ni kalau dah start merepek meraban memang aku biarkan je malas nak layan. Lagi dilayan sawan aku dibuatnya.
“Ok.kat dewan yang banyak kereta tu.Jom cari parkir”. Arah aku sambil menunjuk kearah dewan yang sudah dipenuhi kereta.
Sesampai sahaja di dewan. Aku terus bersalaman dengan mak pengantin dan beberapa penyambut di situ. Setelah kuhulurkan hadiah, kami bergerak untuk mengambil makanan. Perasaan aku semacam gemuruh. Tak tahu kenapa. Sebenarnya sejak dari rumah lagi aku rasa macam ada yang tak kena.Nervous. Tapi aku biarkan sahaja perasaan itu berlalu.
“Eh, Lara. Kalau aku cakap ni kau jangan pandang tau. Mamat kat meja belah hujung kiri kau tu dari tadi asik pandang sini je. Berkenan kat kau kot”. Hampir tersedak nasi minyak yang aku makan apabila ditegur Ziana.”Kau ni terkejut aku jelah, nak cerita apa-apa pun tunggu aku habis makan boleh tak? Aku ni dari semalam tak makan. Nak nasi pengantin punya pasal”. Marah aku sambil meneruskan makan.
“Kau kena tengok mamat tu, entah- entah kau kenal kot” pujuk Ziana lagi. Bukan aku tak kenal Ziana ni, kalau dia suruh kau buat sesuatu, kau kena la turutkan apa kata dia.
“Yang mana?Baju warna apa?Aku ni dah la rabun”.Bising aku sambil meliar mencari susuk yang dikatakan oleh Ziana tadi.
Tiba-tiba mata aku terpersan sesuatu. “Oh my god.Macam mana lelaki ni boleh ada dekat sini”. Hati aku berdebar-debar buat kali ke 150 juta kali. Takkan dia jodoh aku?Jap, tapi dia sangat hensem ok pakai baju melayu.Ini aku tak tipu. Patutlah dari tadi aku nervous. Ok apa aku nak buat? Aku nampak dia buat isyarat keluar. Oh no, mamat ni nak apa pulak dari aku.Pening kepala dibuatnya.
“Kan aku cakap kau mesti kenal punya dia.Dia panggil kau tu, pergilah”.Sambil membuat isyarat mata Ziana menyuruh aku pergi berjumpa lelaki yang aku sendiri tak pernah kenal.
Malas nak panjangkan cerita, aku pun turuti langkah lelaki itu sehingga ke luar dewan. “Ada apa panggil saya”?. Soal aku sambil buat muka tak puas hati. Walaupun hensem, tapi aku bukan jenis yang mudah longlai dengan lelaki. Aku lebih senang memerhati dari jauh.Couple? apa tu?
“Saya rasa betul apa yang awak cakap.Saya pernah jumpa awak 2-3 kali.Pasti”. Jelas lelaki tersebut dengan wajah yang yakin. Dia fikir aku bodoh.Keluar rumah pun jarang-jarang, ni kan pulak terserempak 2-3 kali. “Sudahlah.Sekarang ni zaman da berubah.Alasan lapuk”. Balas aku pula. Aku tidak selesa bila bercakap lama-lama dengan lelaki. Oleh itu, aku sebenarnya tak nak tersangkut dengan persolan lelaki ni yang bagi aku sungguh mengarut.
Baru sahaja aku melangkah kaki kananku lelaki itu sudah bersuara. “Demi Allah saya tak tipu, saya pernah jumpa awak.”. Makin berserabut kepala otak aku dengan lelaki ni. Kalau jumpa aku kat mana-mana pun, apa masalahnya.Lantaklah dia. Panas pula aku dengan mamat ni. Siap main sumpah-sumpah pulak.
“Ok.So?Apa masalah dia sekarang ni”?Soal aku tak puas hati. Aku risau jugak kalau-kalau betul aku kenal dia ke ataupun aku ada terpinjam barang dia sewaktu aku pergi kursus. Memang kalau diamati memang wajahnya macam pernah aku kenal.Tapi, aku tak boleh nak ingat. Kalau jumpa sewaktu kursus memang logiklah sebab da beratus kursus aku pernah pergi sepanjang berkerja ni.
“Saya takde niat pun nak takutkan awak, Cuma saya nak pastikan betul ke awak ni”.Bersungguh-sungguh lelaki itu menenangkan aku.Padahal tak pernah kenal.
“Hah?pastikan betul ke saya?Awak pernah jumpa saya kat mana”?.Kali ni aku pula nak kepastian.Nampak gaya dia tak nak habiskan perbualan ni. Aku go with the flow je. Dalam hati aku ragu-ragu. Kata-kata lelaki susah nak dipercayai.Ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku.Bukan aku kata.

bersambung.............


1 comment :

  1. Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
    purely handmade jewelries~
    쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
    http://fifteenpril.blogspot.com/
    http://twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

Time Kacehh sebab udah baca ini entry:)