Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Tuesday, November 29, 2011

masih mencari

orang selalu cakap "hey, come on la, open la sikit"! yes, memang kite kene open sebab di padang mahsyar nanti memang tiada istilah tutup bagai. islam itu sangat indah, jadi kenapa kite perlu kompleks kannya menjadi sesuatu yang sangat sukar.

walau sejauh mana kite melangkah pun, yang pastinya nun akhirat sana. bukan selama-lamanya kita hidup di dunia yang penuh dengan sandiwara ini.

aku, ye aku adalah di antara golongan yang masih terkapai-kapai mencari maksud hidup tanpa ada rasa untuk menyelami maksud islam itu sendiri.

biarlah orang nak kata aku ni sangat kemelayuan atau pun kolot. biar sahaja mulut orang. tapi yang pastinya aku adalah diri aku sendiri. bukan hendak menjadi diri orang lain. itu memang bukan cara hidup aku. dan sekarang, aku berdiri di sini, di dunia ini mencari erti kehidupan dan belajar untuk berubah.

aku cuba untuk menerima segala kritkan. buat apa aku perlu berlakon semata-mata memuaskan hati kamu semua,. ok stop, dulu aku memang pretend like nothing happens. but, now it is really happen and i have the rights to say NO. saya bukan kolot, tetapi saya mengikut ajaran islam. do respect me..

Saturday, November 26, 2011

coretan untuk dia.

lagi beberapa miggu 2011 berakhir.
tapi, kesedaran aku x pernah berakhir.
semakin lama aku merasakan aku semakin berubah.
berubah menjadi seorang yang pemarah, sensitif dan ego.
bagaimana dengan azam 2011 yang aku tanamkan awal tahun lalu?

hakikatnye aku semakin berubah.
tapi aku pasti perubahan ini bukan hanya disebabkan aku seorang.
dia, dia dan dia. kamu semua yang mendorong aku untuk berubah.
tidakkah kamu rase sebegitu?
aku berubah demi kamu semua.

perubahan demi untuk tidak menjadi mangsa kamu.
hakikatnye, aku belajar semua dari kamu.
tetapi, kenapa aku yang dipersalahkan?
aku hanya mengikut rentak kamu.
walhal aku sememangnya tidak sedemikian.

wahai teman,
sungguhpun aku tidak pernah menganggap kamu semua sebagai teman terbaikku,
namun, aku berterima kasih di atas segala jasa yang pernah engkau hulurkan,
cukuplah sehingga 2011 melabuhkan tirainya
titik perkenalan kita sudah menemui penghujungnya.


Sunday, November 13, 2011

penat yang melampaui batasan

agak lama sebenarnya aku x update ini blog..di saat ini aku tengah memerah kepala otak yg memang da tepu. hey, idea mane kamu? tolong la, aku rase lately otak aku sangat lembab dans angat slow..seperti siput yang sedang melintas jalan..ha~~~itulah aku sekarang..dan yang paling best bile aku semakin kuat tido..homaigodd ini serius. belakangan ini aku selalu kepenatan?adakah aku kurang vitamin? owh ye, habit aku yang satu ni ialah bile aku x suka minum.sangat benci minum.xsuke air.air masak lagi x suke.kalo air gas dimaafkan la, air masak no wayy..saye benci sangat! adakah ia sangat teruk?aku rasakan aku sangat x sehat..kenapa air masak x manis..kalo manis semut pun suke,,aku pun suke..tapi........





erm,ok bye.

Tuesday, October 25, 2011

persiapan menuju

baru-baru ni aku mempunyai satu perasaan sedih sangat dan sayu.tak tahu kenapa.mungkin ada satu berita yang telah membuatkan aku sedih.biarlah hanya aku yang tahu. apa yang aku boleh katakan yang setiap orang pastinya akan menghadap ke penciptNYA satu hari nanti. cuma kita sahaja tidak menyedarinya walhal hari itu pasti tiba. hanya persiapan yang perlu disediakan. buat rakan-rakanku yang telah menghadap illahi..al-fatihah buat kamu semua..aminn

Thursday, September 29, 2011

diri aku.cedera jiwa.sekian

persoalannye???kenapa kite ade perasaan obeses terhadap seseorang?adakah itu normal pada setiap orang?ke orang lain cover tu yg x nampak?tapi tak mungkin kot. entah. aku pun tak tahu. kekadang aku rasa bodoh. perasaan tu akan ada setiap kali aku bangun pagi. apatah lagi kalo duduk seorang.demmit.wtp..someone pls...this is so terrible.im gonna kill myself if it turns to badly.cedera jiwa. serius. what is happening to me..oh goshhhh...you...yes you..what am i suppose to do???

Friday, September 9, 2011

monolog dalaman vs kammuu

entah kenapa malam ni aku susah untuk melelapkan mata. tak, yang pasti tido memang tak penah cukup untuk model hot macam aku ~tangan di dada mata ke atas~. entah, mungkin aku agak teruja nak update entry baru ni..oh yeah??? takdela..biase je..tadi berjalan jauh membuatkan badan aku agak keletihan disitu..oh ye..lepas ni mesti kammmu kammu rindu nak baca blog aku ni kan...(ok aku pasan lagi,jap aku nak sepak diri sendiri)..takdelah minggu depan da start mensibukkan diri sendiri dengan kelas dan thesis bagai dan makin mencurah-curahlah kerinduan aku nak update entry baru tapi aku dengan yakin seyakin yakinnya memberitahu kammu yang agak sukarlah untuk aku update blog aku...sumpah!!!jadi tu lah, nanti tweet je lah ok..erm jap jap celah mane aku ade buat twitter,sepatah haram pun aku x reti...opah aku ntah ntah lagi advance, bukan ley caye warga emas zmn skg ni lagi maju gamaknye...(ok tak tak maksud aku kat sini aku cuba berlawak jenaka..hahaha...sumpah yang ni klaka..hahah....owh x ea? cover cover cover line cemerlang padahal sebeban gelak...(p/s aku memang kelaka..~tangan di dada mata ke atas~).ok mesti korang cam nak sepak aku kan?mencarut ape lak budak pasan jepun nie...ea hello dis is my blog suke hati wa la....ok da da..banyak main .. parah..serius serius. tapi kammu, nanti aku akan update blog kalo ade free time. bese la senior mestilah busy... ( sambil jerit kuat2 ea....wa senior ok!!!!wa da tua ok!!oh yg tua tu wa bisik je...x jerit malu la jiran dgr igt aku sangap ape...haha mesti ade yang maki aku gak ni igt update ape..haha.sorila aku kadang2 memang suke buat keje bodo n pas2 ak rase berjuta maki aku kat situ...haha padahal follower baru 4org ..ape ko hengat ko erra fazira follower beriban...haha.ok mak sentap!! da la biol lak otak aku mencarut lebey2 ni da la di bulan syawal plak...astaghfirullah..k k da abes da nie..serius..ketemuin lagi ya kammmu...peace yaww..:)

ini ialah monolog dalaman diantara diri aku sendiri.tapi hati aku kuat mengatakan ada diantara kammu ni silent reader aku...hihi..ntah.ade kot. it's ok...asalkan kammmu bahagia... :)
p/s: kammmu tu refer pada my follower n kamu yg tgh baca ni..

Saturday, September 3, 2011

jejaka puitis

ada satu lelaki yang aku rasa memang menjadi idaman semua gadis. gaya,sikap dan attitudenya. gaya penulisan yang sangat puitis dan sangat jarang dimiliki oleh anak muda zaman sekarang. senyumannya yang tidak lekang dari bibir dan sikap pendiamnya yang membuatkan ramai gadis di luar sana makan hati apabila dirinya sudah dimiliki seorang gadis bertuah. dari dulu lagi aku memang peminat setianya kerana apabila berjumpa live dengannya ternyata beliau seorang yang sangat 'cool' dan baik. blog yang dikarangnya memang sangat mencairkan hati aku sebab tak pernah aku follow sampai berjam-jam hanya untuk baca entry yang sudah 2-3 tahun lepas. memang gigih usaha aku. dan yang peliknya aku membayangkan dia dengan ungu..owh damnnn.. they are totally different. zahiril tetap zahiril yang sangat berbakat,bertuah sheira dapat die. erm, anyway hopefully he will sucess in his carrier one day...LOL


damn..aku tulis guna bahasa penjajah lagi...